Sunday, June 9, 2013

ada ke lagi melayu yg berani

melayu di pkr dan pas boleh ke dikategorikan sebagai melau yg masih berani?
melayu di umno - dari pemimpin sampailah ke akar umbi - melayu berani dah pupus
melayu yg non-party-member - berani hanya tinggal dibibir

Friday, June 7, 2013

akar pun dah tak ada umbi

percayakah anda bahawa akar umbi umno akan bangun dan berjuang menentang pemimpin umno yg sudah hilang semangat perjuangan kebangsaan dan melayu?

apakah ada akar umbi pas bangun menentang pemimpin mereka yang sudah terpesong dari perjuangan isle?


Wednesday, June 5, 2013

najib tahu pengaruh mahathir sudah tipis utk mengancamnya.

perkembangan semasa menunjukkan:

1. najib akan terus kekal pm kerana mendapat sokongan dari parti2 pembangkang yg merasakan mereka akan lebih rasa selamat dan makin kuat jika najib masih berkuasa. dikuatiri penggantinya kelak mempunyai keberanian dan sokongan padu dari org melayu.

pemimpin pembang sudah mula memujuk anwar supaya terus bersabar dan tidak meneruskan tekanan kpd najib bagi memastikan pru14 menjadi kerja mudah untuk mereka menawan putrajaya jika najib kekal sebagai pm yg terus leka mengambil hati org cina.

2. pesaing terdekat yg mampu bertanding presiden umno setakat ini adalah muhyiddin yassin dan zahid hamidi belum menunjukkan tanda2 sanggup bertanding jawatan presiden.

3. adalah dijangkakan jika ada sedikit sahaja pergerakan dari muhyiddin untuk mencabar najib, zahid hamii akan diminta untuk bertanding timbalan presiden - kedudukan yg merbahaya bagi muhyiddin. zahid tentunya lebih selesa untuk bertanding jika mendapat restu najib.

4. malah dalam keadaan sekarang, muhyiddin bila2 masa boleh dicabar dan dijatuhkan berdasarkan najib telah pun memasang orang2 nya di sekeliling muhyiddin.

5. bagaimanapun najib perlu berhati-hati kerana sentimen akar umbi umno sekarang bukan sekadar tidak berminat dengannya malah sudah benci - sudah ramai yg tukar channel setiap kali najib di udara.

6. najib terselamat dari ancaman mahathir kerana mukhriz tidak mempunyai pengaruh di pusat dan sokongan group paklah diketuai kj sebagai ketua pemuda sangat kuat di belakangnya. siapa lagi org mahathir?

sharizat atau siapa sahaja penggantinya ( halimah sidique? juga dlm kawalan najib.

permainan politik najib dalam umno memang hebat tetapi jika terus kekal - umno akan terjun longkang di pru14...terpulang kpd ahli umno.

# ramai ahli umo akan jadi non-party-member selepas pau jika najib kekal.

Tuesday, June 4, 2013

striker kebangsaan desparate tidak terpilih

bekas ketua pasukan selangor, khalid  yg dipilih semula sebagai kapten pasukan kini mengukuhkan lagi kedudukan dengan meletakkan bekas striker kebangsaan,isappudin disisi pertahanan

pertandingan sesama puak di selangor menarik banyak perhatian menyaksikan pemain tengah, rani tidak terpilih walaupun dikatakan layak

lebih menyengat dan menyakitkan, calon kapten pasukan, mat zamin mat aghip yang disebut-sebut bukan sahaja gagal dipilih untuk mengetuai selangor tetapi langsung tidak diberi peluang menduduki barisan pemain.
penyerang desperado kesayangan jurultih perancis, anwaro lazaro dikatakan mempunyai masalah disiplin, kerap ponteng masuk jamban untuk merokok.

difahamkan anwaro lazaro akan berjumpa mat zamin untuk diberi kata dua dan nasihat.

Siapa Dalang dibelakang Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri ini

SEREMBAN: Umno Negeri Sembilan pada Isnin membuat resolusi bahawa jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan pada semua peringkat akhir tahun ini.

KETETAPAN ATAS RASA TERHUTANG BUDI DICALONKAN SEMULA DAN DILANTIK SEMULA SEBAGAI MENTERI BESAR... ???

Gendang belum dipukul, mamat ni dah berjoget, mana adat dia pakai,

Dah tanya akar umbi.... 

5 tahun sebelum pru14 adalah paling sesuai tahun ini untuk membuat apa saja perubahan drastik termasuk pertandingan di peringakt paling tinggi, kalau nak pecah biarkan dia pecah...kan mengaku UMNO dah matang, ahli UMNO dah matang...bab kena batang hidung sendiri, lain pula skripnya.

Lain-lain parti di dunia bilangan ahli mereka sangat kecil, jadi apa yg UMNO nak takutkan..kuantiti tapi berselerak macam sekarang tak gunanya..lebih baik sedikit tapi kualtiti.

Sangat pelik mamat ni takut pada bayang2 sendiri...sah jenis ni memang kaki bodek habis-habisan.Pemimpin yang tidak tahu kehendak akar umbi, semborono, mulut tak ada insuran..inilah perangai mempercepatkan umno bungkus.



SEREMBAN: Umno Negeri Sembilan pada Isnin membuat resolusi bahawa jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan pada semua peringkat akhir tahun ini.

Pengerusi Badan Perhubungannya Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pendirian itu bagi memantapkan lagi parti itu menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Selain itu, ia juga bagi mengelak perpecahan dalam parti serta mahu gandingan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku presiden dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dikekalkan.

"Gandingan ini adalah amat mantap dalam menghadapi PRU14," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan itu dan Barisan Nasional (BN) negeri di sini pada Isnin.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/umno-ns-tidak-mahu-pertandingan-jawatan-tertinggi-15551?cp

Monday, June 3, 2013

Che Det dah mula habaq...dengaq

1. “Umno’s victory this time was not due to its strength or unity within the party, but the fear of the Malays, especially if the party led by (Datuk Seri) Anwar Ibrahim together with DAP would form the government.
“If they have managed to form the government in Malaysia, the Malays will be worse off. That was why most of the Malay voters gave their support to Umno in the GE13,” Tun Mahathir. – Bernama

2. "Tsunami cina" - Najib.
3. "UMNO muncul parti terkuat di PRU13" - Najib



Rumusan:

1. Kebangkitan cina bertembung dengan ketakutan melayu.
2. Kewibawaan Najib sebagai Presiden UMNO merudum -  not due to its strength or unity within the party

orang umno benci atau sebenarnya jeles pada anwar..

Setuju tak aku kata orang umno sangat jeles dengan kecekapan anwar mengendalikan puak cina dap hingga berjaya membawa remaja cina berhimpun dalam inkout 505.




Setuju tak aku kata orang umno jeles dengan pas yang dapat
berhimpun sambil menjamu mata, bergesel dengan amoi2 berseluar pendek putih melepak sedangkan ahli umno hanya dengan nyonya2 mca.

setuju tak aku kata orang umno sangat jeles dengan anwar yang licik, tak lut dengan undang2, tak terkesan dengan polis, dikait dengan pengganas lahat datu tetapi anwar masih bebas mcm burung terbang.

Orang umno garu kepala bila malaun pelesit macam anwar nik aziz boleh backup gila2. 

orang umno ternganga bila anwar berpidato, berhujah dan membalikkan kata2 hingga yang putih menjadi biru, yang hitam menjadi hijau pun mereka setuju. Paling orang umno tak percaya, seorang keluar dari pkr, 10 yang datang, yang join bukan calang2..

Pelik bin ajaib orang umno terkesima bila azizah cukup setia dengan bung anwar jejaka puaka idaman semalaya.Tak macam rafidah. dapat tiket free air asia dah lupa perjuangan bangsa.

Kata orang2 umno - alangkah bagusnya kalau anwar (tanpa kes liwat) jadi PM malaysia menggantikan najib - pasti cina dan india tak angkat muka !!!

Betui tak kak etonnnnnn..

6ANGKA