kj yg tersangat gedik nak jawatan menteri akhirnya dapat juga selepas najib terpakau terjudi dlm pru13 tidak menunggu masa yg lama untuk menunjukkan kebodohannya sendiri dengan statementnya yg pertama menghentam zahid hamidi.
diikuti dng statementnya terhadap fam dlm mengendalikan isu perlawanan johor menentang pahang di padang berkecuali sehingga presiden fam menyelar semula kj kerana membuat kenyataan membabi buta tanpa usul periksa. kalau presiden sukan boleh memperlekehkan menteri, yg patut rasa penamparnya adalah najib, yg patut rasa penendangnya tentulah kj.
lepas itu isu perlantikan setiausaha akhbar seorang ahsoh cina yg dikatakan berlatarbelakang rasis - kj yg liberal dan open tentunya faham dia tidk akan menerima layann istimewa dari musuhnya, utusan malaysia oleh itu adalah wajar berkiblat ke media yg boleh menaikkan imejnya dng regina lee sebagai calon yg sesuai dunia dan aqirat. pilihan kj adalah keputusan yg paling tepat berbanding dengan menteri2 lain yg kayu belaka. tak seoxford kj.
terbaharu - kj enggan ulas isu 'duit penajaan' kpd fam dng rajuknya kj mengaku dia hanya menteri hingusan, kata2nya tidak akan diberi pethatian. itulah jawapan rajuk tetapi sebenarnya itulah jawapan sebenar yg paling tepat - dlm lain perkataan kj harus selalu bawa hengkecif untuk lap hingusnya yg bertaburan. najib buat naya sungguh kat budak ni.
untuk dilihat kj lebih teserlah dalam pembikinan dirinya sebagai perdana menteri malaysia dalam usia muda puakanya, banyak lagi perkara jika umur menterinya masih ada untuk dilakukannya dlm pendekatan yg berbeza, pelik tetapi boleh diterima untuk terus jadi perhatian media dan kejutan beruk seluruh rakyat malaysia.
dengan kereta rasmi honda atau vw yg bakal menggantikan proton perdana, kj dah patut seret bini ke hulu ke hilir seimbang selayaknya selaku bakal perdana menteri sebiji mcm pm now. jika najib fokus cina, kj wajar fokus pd sekolah tamil...biarlah muhyiddin penat piang dng sekolah melayu, sekolah pondok yg tiada anak elit melayu spt azran airasia.
# apahal aku ni, tulisan ini - anti kj anti najib' why? apa paluli - bukan ada siapun yg baca.