Qard al-Has
Kontrak Muamalah
Qard
al-Hasan
BANTUAN PERIBADI @ PERNIAGAAN
·
RANCANG
KEWANGAN ANDA
·
RANCANG
PINJAMAN ANDA
qardan hasanan
http://www.abuanasmadani.com/?p=1393
Kedudukan Pinjaman Dalam Islam
Pinjaman atau istilah fiqhnya Qard adalah salah satu bentuk kontrak muamalah yang dibenarkan. Malah dalam Al-Quran, perkataan Qard senantiasa digabung-jalinkan dengan perkataan Hasan yang berasal daripada perkataan Ihsan bermaksud berbuat kebajikan kepada orang lain. Maka Qard al-Hasan ialah instrumen hutang bersifat kebajikan yang diberikan kepada orang yang memerlukannya untuk tempoh tertentu tanpa sebarang faedah dikenakan ke atas nilai asas hutang tersebut.
Pinjaman atau istilah fiqhnya Qard adalah salah satu bentuk kontrak muamalah yang dibenarkan. Malah dalam Al-Quran, perkataan Qard senantiasa digabung-jalinkan dengan perkataan Hasan yang berasal daripada perkataan Ihsan bermaksud berbuat kebajikan kepada orang lain. Maka Qard al-Hasan ialah instrumen hutang bersifat kebajikan yang diberikan kepada orang yang memerlukannya untuk tempoh tertentu tanpa sebarang faedah dikenakan ke atas nilai asas hutang tersebut.
Qard al-Hasan merupakan kontrak kebajikan yang besar nilainya disisi Allah. Dalam Al-Quran, disebut mengenai Qard al-Hasan di beberapa tempat antaranya:
إِنْ تُقْرِضُوا اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا يُضَاعِفْهُ لَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللَّهُ شَكُورٌ حَلِيمٌ
“Jika kamu meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik (qardan hasanan) nescaya Allah melipat-gandakan (pembalasannya) kepadamu dan mengampunimu” (At-Taghaabun:17). Banyak lagi ayat Al-Quran lain yang turut memperincikan ganjaran besar kepada mereka yang ikhlas memberi pinjaman berbentuk Qard al-Hasan ini (Lihat Al-Baqarah:245, Al-Maidah:12, Al-Hadid:18, Al-Muzammil:20)
Malah menurut pandangan sesetengah
ulamak, nilai Qard al-Hasan lebih baik daripada pemberian sedekah
bersandarkan hadis Nabi S.A.W:
“Pahala sedekah ialah 10 kali ganda
dan pahala memberi hutang ialah 18 kali ganda”. Rasulullah bertanya kepada Jibrail, “Kenapa memberi
hutang lebih banyak pahalanya daripada sedekah?” Jawabnya, “kerana
orang yang meminta sedekah dalam keadaan meminta sedangkan dia mempunyai harta.
Sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjaman kecuali
kerana sesuatu keperluan“. (Ibn Majah dan Baihaqi).
Sistem Hutang & Pinjaman Menurut Islam
1- Islam membenarkan meminjam dan berhutang.2- Semua pinjaman dan hutang hendaklah dibayar balik.
3- Walau bagaimanapun, meminjamkan wang dalam Islam adalah atas tujuan menolong, dan bukan untuk keuntungan.
4- Sebarang keuntungan dalam pemberian hutang atau pinjaman adalah dinamakan riba.
5- Islam membenarkan seseorang memberi pinjam wang, tetapi tidak membenarkan dia menuntut melebihi wang yang dipinjamkan.
6- Sebarang pertambahan jumlah yang perlu dibayar melebihi nilai hutang adalah dinamakan riba.
7- Dalam sistem moden, riba ini diberikan nama lain seperti kos operasi, pelarasan pinjaman, kos perkhidmatan, upah, bunga, interest dan sebagainya.
8- Penamaan seperti ini sebenarnya adalah cubaan untuk menghalalkan riba yang jelas diharamkan oleh Allah.
9- Rasulu Llah melaknat pemakan riba, pemberi makannya, penulisnya dan dua saksinya, dan dia berkata: «Mereka adalah sama» [Muslim/ 1598]
لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم آكل الربا ومؤكله وكاتبه وشاهديه وقال: هم سواء
10- Dalam Islam, hutang adalah dibenarkan untuk menampung keperluan asas apabila tiada pilihan lain.
11- Hutang bukanlah jalan untuk bermewah-mewah atau memenuhi kehendak nafsu.
12- Justeru, sebenarnya hutang adalah jalan terakhir untuk meneruskan kehidupan.
13- Dewasa ini, ramai yang berhutang tanpa sebab.
14- Contoh hutang yang dicela seperti ini ialah seperti berikut:
a. Membuat pinjaman peribadi untuk perkahwinan.
ULASAN: Islam menyuruh berkahwin mengikut kemampuan. Kemampuan bermakna tanpa hutang.
b. Membuat pinjaman untuk melabur.
ULASAN: Benar, melabur akan memberikan lebih banyak keuntungan pada masa depan melaluï dividen atau bonus. Namun, membuat pinjaman bank tanpa sebab menyebabkan anda termasuk dalam golongan pemberi riba!
c. Membuat pinjaman untuk membesarkan rumah.
ULASAN: Ini cara paling cepat untuk membesarkan rumah, dengan membayar secara beransur-ansur kepada pihak bank.
d. Contoh-contoh lain yang kena tepat ke atas batang hidung kita, sedangkan kita tidak mengakuïnya.
15- Dalam zaman moden ini, pinjaman yang paling mudah adalah melaluï bank, kerana prosesnya mudah dan jumlah yang boleh dipinjam adalah lebih tinggi.
16- Namun, ramai yang terlepas pandang bahawa sebenarnya pinjaman melaluï bank ini adalah riba, kerana nilai yang perlu dibayar adalah lebih tinggi daripada jumlah pinjaman.
17- Sesetengah pihak mempermainkan agama dengan mengubah `aqad pinjaman kepada nama lain seperti pembiayaan atau sewaan komoditi.
18- Hal ini berlaku apabila peminjam meminta untuk meminjam wang, tetapi pemberi pinjam mengatakan bahawa bank membeli satu komoditi (atau barangan) dan peminta pinjam dikehendaki membeli komoditi itu daripada bank dengan harga yang lebih tinggi.
19- Di dalam `aqad atau di atas kertas, ia nampak seperti suatu urusniaga jual-beli barang iaitu bank membeli satu barang dan peminta pinjam membeli barang itu daripada bank.
20- Walau bagaimanapun, ini adalah satu percubaan untuk menghalalkan apa yang Allah haramkan di dalam Al-Qur’an.
21- Peminta pinjam datang untuk meminjam wang dan bukan untuk membeli komoditi tersebut.
22- Justeru, ini adalah cara yang tercela dalam pemberian pinjaman, kerana ia menipu peminta pinjam dalam `aqad dan perjanjian, semata-mata untuk meningkatkan jumlah bayaran yang perlu dibayar oleh peminjam.
23- Sistem ini seharusnya dibasmi dengan mengelakkan diri daripada membuat pinjaman yang tidak perlu.
24- Pihak berkuasa agama sebenarnya boleh memainkan peranan dengan menggunakan wang Baytu l-Mal sebagai pinjaman kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
25- Pinjaman tersebut hendaklah dalam konteks yang dibenarkan oleh syara`, dan bukan untuk tujuan bermewah-mewah, membazir atau sebagainya.
26- Bagi mereka yang sudah terlibat, maka ketahuïlah bahawa riba diharamkan oleh Al-Qur’an, dan Rasulu Llah melaknat 4 golongan bersabit riba: pemakan, pemberi, penulis perjanjian dan saksi.
27- Marilah kita sama-sama menyedari dosa riba ini, dan meminta ampun kepada Allah, semoga dia melepaskan kita daripada hutang dan riba ini, amin.
28- Kepada mereka yang sengaja cuba menghalalkan riba dengan permainan bahasa dan `aqad, dengan mengubah nama dan istilah, maka ingatlah kata-kata hadis «Man sanna».
WaLlahu a`lam.
- ad-diyari.com
KEBAIKAN KETEPATAN MEMBAYAR HUTANG
# Sesungguhnya
melambat-lambatkan bayaran hutang, amatlah besar sekali akibatnya dalam
kehidupan manusia, bukan sahaja di dunia, bahkan juga di akhirat. Antaranya:
1. Mereka akan ditimpa kehinaan dan hilang
maruahnya. 2. Hidup mereka tidak mendapat keredhaan Allah.
3. Mereka digolongkan dalam perbuatan zalim.
4. Amalan kebajikan mereka tidak diberkati.
Mari kita lihat pendekatan Islam melalui hadis Rasulullah s.a.w yang disampaikan oleh Abu Hurairah r.a, di mana ianya menceritakan tentang kebaikan memberikan kelonggaran bagi menjelaskan hutang.
Rasulullah s.a.w
bersabda; “Barang siapa yang memberikan kelonggaran waktu pada hutangnya orang
fakir dan miskin atau membebaskannya, maka Allah memberikan kepadanya naungan
di hari Kiamat di bawah naungan arasyNya, ketika tidak ada naungan kecuali
naunganNya .” Hadis riwayat Imam Al
Tirmidhi. Rujuk Sunan al Tirmidhi Jil. II. Dalam hadis yang lain
pula, Rasullullah s.a.w mengecam orang-orang yang menangguhkan bayaran
hutangnya sedangkan mereka itu kaya atau berkemampuan untuk menjelaskan hutang
mereka. Tindakan melewatkan bayaran hutang ini seolah-olah menafikan hak orang
yang memberikan pinjaman, kerana mungkin mereka memerlukan pula wang tersebut
untuk tujuan kemaslahatan yang lain
SIAPA YANG LAYAK MEMOHON
Rancang Kewangan Anda
Rancang Pinjaman Anda
Peracangan Yang Mengejut/Segera Selalunya Membawa
Kerugian !!!
ELAKKAN AHLONG !
PINJAMAN
PERIBADI/PERNIAGAAN
BANTUAN PENGURUSAN KEWANGAN
Memerlukan:
·
Perancangan
·
Usaha
·
Disiplin
·
Jujur
dan Amanah
Syarat Kelayakan:
·
18
tahun ke atas sahaja.
·
Tiada
syarat lain kecuali memenuhi syarat-syarat pinjaman dibawah.
·
Pinjaman
ini akan dikenali sebagai Bantuan Pengurusan Kewangan (BPK)
Syarat
Khas:
Pinjaman Maksima sehingga RM10,000 sahaja untuk satu permohonan asal
Pinjaman Maksima sehingga RM10,000 sahaja untuk satu permohonan asal
BPK
adalah 3/3 dari Jumlah Pendahuluan Bantuan 1/3 (JPB)
Bayaran
BPK dalam bentuk bank deraf/cheque dalam tempoh
seminggu
akan dibuat dengan tarikh 90 hari dari Tarikh bayaran JPB
Ahli
perlu memperkenalkan dua orang ahli baru dengan maksud yang sama dan mereka
membuat JPB dalam tempoh 60 hari dari tarikh JPB dengan jumlah JPB tersebut
adalah bersamaan atau melebihi JPPB (1/3)
Jika
selepas 60 hari, Ahli gagal memperkenalkan dua ahli baru, tarikh 90 hari awal
akan gugur dan digantikan dengan 90 hari baru dari tarikh baharu (hari yang ke
61) dan begitulah seterusnya.
Ahli
akan hilang JPB @ hilang deposit atas dasar kerugian pengurusan kos tertunggak
tanpa sebarang bayaran ganti selepas 12 bulan dari tarikh JPB permohonan asal.
Lain-lain terma dan syarat dari masa ke semasa
Lain-lain terma dan syarat dari masa ke semasa
CONTOH PERMOHONAN BANTUAN
PENGURUSAN KEWANGAN (BPK)
Contoh Pinjaman Yang Dipohon
RM3000.00
1. Ahmad telah mengisi borang permohonan
pada 30.9.2013
2. Ahmad kena membayar Jumlah
Pendahuluan Bantuan (JPB) sebanyak 1/3 = RM1000
3. Ahmad membayar JPB pada
1.10.2013
4. Cek bernilai RM3000 bertarikh
01hb Februari 2014 diserahkan pada Ahmad pada 7.10.2013
5. Ahmad perlu memperkenalkan dua
(2) orang ahli baru dalam tempoh 60 hari dari tarikh 1.10.2013 dengan bayaran
JPB mereka sekurang-kurangnya RM500.00 tiap seorang.
6. Ahmad boleh menunaikan ceknya
pada 01.01.2014 jika perkara 5 dipenuhi.
7. Ahmad kena membuat bayaran BPK
bernilai RM2000.00 dalam tempoh 90 hari @ 180 hari seperti yang dipersetujui.
8. Ahmad boleh memohon semula BPK
selepas melunaskan pembayaran hutangnya.
Program dan konsep ini sudah lama di amalkan oleh masyarakat
muslim Han dan Hui di di
Xinjiang Barat China dan dituruti oleh masyarakat muslim di Beijing dan Tianjin.
Juga sudah lama di amalkan oleh masyarakat muslim di Kerala
dan New Delhi India.
Dan sekarang mula menular pada masyarakat Islam di Moscow,
Rusia, Toronto, Kanada dan di Amerika.
Program ini
berlandaskan model di atas telah diubahsuai dengan masyarakat Malaysia dan akan
berkembang dari masa ke semasa, InsyaAllah.
pinjamanbersekutu@gmail.com atau
hubungi 0139645599
email untuk dihubungi: pinjamanbersekutu@gmail.com (www.qardalhas.com/www,pinjamanbersekutu.com dalam pembinaan)