Friday, August 23, 2013

BANTUAN PENGURUSAN KEWANGAN

Qard al-Has



Kontrak Muamalah
Qard al-Hasan

BANTUAN PERIBADI @ PERNIAGAAN
·        RANCANG KEWANGAN ANDA
·        RANCANG PINJAMAN ANDA
·        3 bulan dari sekarang.…
qardan hasanan

http://www.abuanasmadani.com/?p=1393
Kedudukan Pinjaman Dalam Islam
Pinjaman atau istilah fiqhnya Qard adalah salah satu bentuk kontrak muamalah yang dibenarkan. Malah dalam Al-Quran, perkataan Qard senantiasa digabung-jalinkan dengan perkataan Hasan yang berasal daripada perkataan Ihsan bermaksud berbuat kebajikan kepada orang lain. Maka Qard al-Hasan ialah instrumen hutang bersifat kebajikan yang diberikan kepada orang yang memerlukannya untuk tempoh tertentu tanpa sebarang faedah dikenakan ke atas nilai asas hutang tersebut.



Qard al-Hasan merupakan kontrak kebajikan yang besar nilainya disisi Allah. Dalam Al-Quran, disebut mengenai Qard al-Hasan di beberapa tempat antaranya:

إِنْ تُقْرِضُوا اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا يُضَاعِفْهُ لَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللَّهُ شَكُورٌ حَلِيمٌ

“Jika kamu meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik (qardan hasanan) nescaya Allah melipat-gandakan (pembalasannya) kepadamu dan mengampunimu” (At-Taghaabun:17). Banyak lagi ayat Al-Quran lain yang turut memperincikan ganjaran besar kepada mereka yang ikhlas memberi pinjaman berbentuk Qard al-Hasan ini (Lihat Al-Baqarah:245, Al-Maidah:12, Al-Hadid:18, Al-Muzammil:20)
Malah menurut pandangan sesetengah ulamak, nilai Qard al-Hasan lebih baik daripada pemberian sedekah bersandarkan hadis Nabi S.A.W:
“Pahala sedekah ialah 10 kali ganda dan pahala memberi hutang ialah 18 kali ganda”. Rasulullah bertanya kepada Jibrail, “Kenapa memberi hutang lebih banyak pahalanya daripada sedekah?” Jawabnya, “kerana orang yang meminta sedekah dalam keadaan meminta sedangkan dia mempunyai harta. Sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjaman kecuali kerana sesuatu keperluan“. (Ibn Majah dan Baihaqi).
Sistem Hutang & Pinjaman Menurut Islam


1- Islam membenarkan meminjam dan berhutang.

2- Semua pinjaman dan hutang hendaklah dibayar balik.

3- Walau bagaimanapun, meminjamkan wang dalam Islam adalah atas tujuan menolong, dan bukan untuk keuntungan.

4- Sebarang keuntungan dalam pemberian hutang atau pinjaman adalah dinamakan riba.

5- Islam membenarkan seseorang memberi pinjam wang, tetapi tidak membenarkan dia menuntut melebihi wang yang dipinjamkan.

6- Sebarang pertambahan jumlah yang perlu dibayar melebihi nilai hutang adalah dinamakan riba.

7- Dalam sistem moden, riba ini diberikan nama lain seperti kos operasi, pelarasan pinjaman, kos perkhidmatan, upah, bunga, interest dan sebagainya.

8- Penamaan seperti ini sebenarnya adalah cubaan untuk menghalalkan riba yang jelas diharamkan oleh Allah.

9- Rasulu Llah melaknat pemakan riba, pemberi makannya, penulisnya dan dua saksinya, dan dia berkata: «Mereka adalah sama» [Muslim/ 1598]

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم آكل الربا ومؤكله وكاتبه وشاهديه وقال: هم سواء

10- Dalam Islam, hutang adalah dibenarkan untuk menampung keperluan asas apabila tiada pilihan lain.

11- Hutang bukanlah jalan untuk bermewah-mewah atau memenuhi kehendak nafsu.

12- Justeru, sebenarnya hutang adalah jalan terakhir untuk meneruskan kehidupan.

13- Dewasa ini, ramai yang berhutang tanpa sebab.

14- Contoh hutang yang dicela seperti ini ialah seperti berikut:

a. Membuat pinjaman peribadi untuk perkahwinan.

ULASAN: Islam menyuruh berkahwin mengikut kemampuan. Kemampuan bermakna tanpa hutang.

b. Membuat pinjaman untuk melabur.

ULASAN: Benar, melabur akan memberikan lebih banyak keuntungan pada masa depan melaluï dividen atau bonus. Namun, membuat pinjaman bank tanpa sebab menyebabkan anda termasuk dalam golongan pemberi riba!

c. Membuat pinjaman untuk membesarkan rumah.


ULASAN: Ini cara paling cepat untuk membesarkan rumah, dengan membayar secara beransur-ansur kepada pihak bank.

d. Contoh-contoh lain yang kena tepat ke atas batang hidung kita, sedangkan kita tidak mengakuïnya.

15- Dalam zaman moden ini, pinjaman yang paling mudah adalah melaluï bank, kerana prosesnya mudah dan jumlah yang boleh dipinjam adalah lebih tinggi.

16- Namun, ramai yang terlepas pandang bahawa sebenarnya pinjaman melaluï bank ini adalah riba, kerana nilai yang perlu dibayar adalah lebih tinggi daripada jumlah pinjaman.

17- Sesetengah pihak mempermainkan agama dengan mengubah `aqad pinjaman kepada nama lain seperti pembiayaan atau sewaan komoditi.

18- Hal ini berlaku apabila peminjam meminta untuk meminjam wang, tetapi pemberi pinjam mengatakan bahawa bank membeli satu komoditi (atau barangan) dan peminta pinjam dikehendaki membeli komoditi itu daripada bank dengan harga yang lebih tinggi.

19- Di dalam `aqad atau di atas kertas, ia nampak seperti suatu urusniaga jual-beli barang iaitu bank membeli satu barang dan peminta pinjam membeli barang itu daripada bank.

20- Walau bagaimanapun, ini adalah satu percubaan untuk menghalalkan apa yang Allah haramkan di dalam Al-Qur’an.

21- Peminta pinjam datang untuk meminjam wang dan bukan untuk membeli komoditi tersebut.

22- Justeru, ini adalah cara yang tercela dalam pemberian pinjaman, kerana ia menipu peminta pinjam dalam `aqad dan perjanjian, semata-mata untuk meningkatkan jumlah bayaran yang perlu dibayar oleh peminjam.

23- Sistem ini seharusnya dibasmi dengan mengelakkan diri daripada membuat pinjaman yang tidak perlu.

24- Pihak berkuasa agama sebenarnya boleh memainkan peranan dengan menggunakan wang Baytu l-Mal sebagai pinjaman kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

25- Pinjaman tersebut hendaklah dalam konteks yang dibenarkan oleh syara`, dan bukan untuk tujuan bermewah-mewah, membazir atau sebagainya.

26- Bagi mereka yang sudah terlibat, maka ketahuïlah bahawa riba diharamkan oleh Al-Qur’an, dan Rasulu Llah melaknat 4 golongan bersabit riba: pemakan, pemberi, penulis perjanjian dan saksi.

27- Marilah kita sama-sama menyedari dosa riba ini, dan meminta ampun kepada Allah, semoga dia melepaskan kita daripada hutang dan riba ini, amin.

28- Kepada mereka yang sengaja cuba menghalalkan riba dengan permainan bahasa dan `aqad, dengan mengubah nama dan istilah, maka ingatlah kata-kata hadis «Man sanna».

WaLlahu a`lam.

- ad-diyari.com
KEBAIKAN KETEPATAN MEMBAYAR HUTANG
# Sesungguhnya melambat-lambatkan bayaran hutang, amatlah besar sekali akibatnya dalam kehidupan manusia, bukan sahaja di dunia, bahkan juga di akhirat. Antaranya:
1. Mereka akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
2. Hidup mereka tidak mendapat keredhaan Allah.
3. Mereka digolongkan dalam perbuatan zalim.
4. Amalan kebajikan mereka tidak diberkati.

Mari kita lihat pendekatan Islam melalui hadis Rasulullah s.a.w yang disampaikan oleh Abu Hurairah r.a, di mana ianya menceritakan tentang kebaikan memberikan kelonggaran bagi menjelaskan hutang. 
Rasulullah s.a.w bersabda; “Barang siapa yang memberikan kelonggaran waktu pada hutangnya orang fakir dan miskin atau membebaskannya, maka Allah memberikan kepadanya naungan di hari Kiamat di bawah naungan arasyNya, ketika tidak ada naungan kecuali naunganNya .” Hadis riwayat Imam Al Tirmidhi. Rujuk Sunan al Tirmidhi Jil. II. Dalam hadis yang lain pula, Rasullullah s.a.w mengecam orang-orang yang menangguhkan bayaran hutangnya sedangkan mereka itu kaya atau berkemampuan untuk menjelaskan hutang mereka. Tindakan melewatkan bayaran hutang ini seolah-olah menafikan hak orang yang memberikan pinjaman, kerana mungkin mereka memerlukan pula wang tersebut untuk tujuan kemaslahatan yang lain





SIAPA YANG LAYAK MEMOHON



Rancang Kewangan Anda
Rancang Pinjaman Anda
Peracangan Yang Mengejut/Segera Selalunya Membawa Kerugian !!!
ELAKKAN AHLONG !

PINJAMAN PERIBADI/PERNIAGAAN
BANTUAN PENGURUSAN KEWANGAN



Memerlukan:
·         Perancangan
·         Usaha
·         Disiplin
·         Jujur dan Amanah



Syarat Kelayakan:
·         18 tahun ke atas sahaja.
·         Tiada syarat lain kecuali memenuhi syarat-syarat pinjaman dibawah.
·         Pinjaman ini akan dikenali sebagai Bantuan Pengurusan Kewangan  (BPK)




Syarat Khas:
 
 
Pinjaman Maksima sehingga RM10,000 sahaja untuk satu permohonan asal
BPK adalah 3/3 dari Jumlah Pendahuluan Bantuan 1/3 (JPB)
Bayaran BPK dalam bentuk bank deraf/cheque dalam tempoh
seminggu akan dibuat dengan tarikh 90 hari dari Tarikh bayaran JPB
Ahli perlu memperkenalkan dua orang ahli baru dengan maksud yang sama dan mereka membuat JPB dalam tempoh 60 hari dari tarikh JPB dengan jumlah JPB tersebut adalah bersamaan atau melebihi JPPB (1/3)
Jika selepas 60 hari, Ahli gagal memperkenalkan dua ahli baru, tarikh 90 hari awal akan gugur dan digantikan dengan 90 hari baru dari tarikh baharu (hari yang ke 61) dan begitulah seterusnya.
Ahli akan hilang JPB @ hilang deposit atas dasar kerugian pengurusan kos tertunggak tanpa sebarang bayaran ganti selepas 12 bulan dari tarikh JPB permohonan asal.

Lain-lain terma dan syarat dari masa ke semasa








CONTOH PERMOHONAN BANTUAN PENGURUSAN KEWANGAN (BPK)
Contoh Pinjaman Yang Dipohon RM3000.00

1.   Ahmad telah mengisi borang permohonan pada 30.9.2013
2.   Ahmad kena membayar Jumlah Pendahuluan Bantuan (JPB) sebanyak 1/3 = RM1000
3.   Ahmad membayar JPB pada 1.10.2013
4.   Cek bernilai RM3000 bertarikh 01hb Februari 2014 diserahkan pada Ahmad pada 7.10.2013
5.   Ahmad perlu memperkenalkan dua (2) orang ahli baru dalam tempoh 60 hari dari tarikh 1.10.2013 dengan bayaran JPB mereka sekurang-kurangnya RM500.00 tiap seorang.
6.   Ahmad boleh menunaikan ceknya pada 01.01.2014 jika perkara 5 dipenuhi.
7.   Ahmad kena membuat bayaran BPK bernilai RM2000.00 dalam tempoh 90 hari @ 180 hari seperti yang dipersetujui.
8.   Ahmad boleh memohon semula BPK selepas melunaskan pembayaran hutangnya.



Program dan konsep ini sudah lama di amalkan oleh masyarakat  muslim Han dan Hui di   di Xinjiang Barat China dan dituruti oleh masyarakat muslim di Beijing dan Tianjin.
Juga sudah lama di amalkan oleh masyarakat muslim di Kerala dan New Delhi India.
Dan sekarang mula menular pada masyarakat Islam di Moscow, Rusia, Toronto, Kanada dan di Amerika.
Program  ini berlandaskan model di atas telah diubahsuai dengan masyarakat Malaysia dan akan berkembang dari masa ke semasa, InsyaAllah.



SEBARANG PERTANYAAN BOLEH EMAIL 
pinjamanbersekutu@gmail.com atau hubungi 0139645599


email untuk dihubungi: pinjamanbersekutu@gmail.com (www.qardalhas.com/www,pinjamanbersekutu.com dalam pembinaan)

1 comment:

  1. INI BERITA BAIK ADALAH BENAR !

    Hello semua orang, saya Nur Izzatul Azira Ismail, i am from Malaysia. Saya mahu anda semua tahu bahawa terdapat sebuah syarikat pinjaman boleh dipercayai di sini yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah kewangan anda tanpa tekanan dan ramai orang di sini boleh memberi keterangan untuk itu, sila berhati-hati untuk tidak jatuh mangsa ke dalam tangan orang-orang yang salah di sini. Saya telah ditipu, empat kali dan kehilangan kira-kira $ 15,000 untuk yuran pendaftaran, yuran pemindahan, bayaran cukai dan yuran insurans, selepas pembayaran ini saya tidak mendapat pinjaman saya, tetapi mereka meminta saya untuk membayar lagi dan sekali lagi, HINGGA kawan baik dari bandar Jakarta di Indonesia, memperkenalkan saya kepada sebuah syarikat pinjaman yang dikenali sebagai "GLORY LOAN FIRM" mereka menawarkan saya jumlah pinjaman sebanyak $ 50,000usd dalam masa hanya 2 jam permohonan saya itu. Saya terkejut apabila saya mendapat mesej daripada bank CIMB saya dan jumlah yang i digunakan untuk dipindahkan terus kepada saya, tanpa sebarang tekanan atau kelewatan. dan sejak itu saya telah diarahkan sehingga 9 orang dari Malaysia dan indonesia dan mereka semua mendapat pinjaman mereka dan boleh memberi keterangan kepada peluang ini baik dan juga seorang kawan saya dari Cambodia sahaja menerima pinjaman beliau semalam dan kami semua gembira. Jangan duduk dan wacth keruntuhan perniagaan anda, mendapatkan pinjaman tulen hari ini dan menubuhkan diri anda.

    Saya amat teruja untuk membantu negara saya mendapatkan pinjaman daripada sebuah syarikat pinjaman yang boleh dipercayai, anda boleh e-mel saya melalui (utariwirmayaty@gmail.com) atau anda boleh menghubungi syarikat Puan Glory melalui (gloryloanfirm@gmail.com) untuk maklumat lanjut, saya 'm di sini untuk membantu. Tuhan memberkati anda semua.

    ReplyDelete

6ANGKA