Tuduhan DAP menyatakan hudud adalah agenda UMNO adalah sesuatu yg lebih menghina PAS daripada meminta parti itu keluar dari pembangang haram. Perjuangan asas PAS itu bagaimana boleh tiba-tiba menjadi aenda utama UMNO? Ini cukup sadis buat PAS yg bertungkus lumus memperjuangkannya.
Bukankah tuduhan DAP itu lebih memberi keuntungan kepada UMNO ? Atau sebenarnya cuba mengajak dan menghasut PAS supaya menjauhi umno, jangan bekerjasama kerana umno mempunyai niat jahat.
Hasutan DAP itu akhirnya termakan juga oleh sebahagian penyokong PAS termasuk Pemuda PAS Kelantan yg menolak dan mempertikaikan jawatankuasa teknikal hudud umno/pas yg telah dipersetujui nik aziz.
Strategi DAP menghasut PAS kini disokong oleh Saifuddin parti kencing rakyat yg mendakwa umno sokong hudud kerana tujuan politik?
Apakah PAS tidak berpolitik, menggunakan hudud untuk menarik umat Islam menyokongnya atas dasar perjuangan Islam.
Apakah dap tidak berpolitik apabila menolak hudud demi untuk kekal dan terus mendapat kepercayaan kaum cina - sudah tentu dap sedar, jika pas meneruskan hudud partinya (dap) akan dibelasah teruk oleh kaum cina kerana gagal mengawal pas sedangkan selama ini dap mencanang hudud tidak akan dilaksanakan selagi dap ada kuasa dan diberi kepercayaan.
PAS juga 'relax dan cool' tentang hudud sebelum pru13 semata mata meñgharapkan undi cina tetapi selepas menyedari pas kehilangan banyak undi Melayu malah lebih menguntungkan dap dan pkr, PAS kembali berjinak untuk melaksanakan hudud untuk kembali meraih sokongan penyokongnya.
mungkin agak malang bagi PAS kerana ada segelintir penyokongnya sendiri sudah menolak hudud, termakan hasutan DAP dan sangat takut apabila umno mahu bekerjasama dengan pas untuk merealisasikan hudud di Malaysia.
PKR sendiri menolak hudud atas dasar cita-cita politik Anwar Ibrahim untuk menguasai putrajaya dan hanya DAP yg mampu membantunya. Menolak hudud demi mahu tetus disokong DAP...bukankah itu sangat
jijik?
Bagaimana pula UMNO?
Apakah dengan menyokong hudud akan menambah sokongan orang melayu ke atasnya?
Bukankah jika UMNO menyokong hudud akan menyebabkan MCA dan MIC akan kehilangan banyak undi?
Setakat ini umno masih silent samada sokong atau tidak tetapi sekadar menghulurkan kerjasama kepada PAS.
Dipercayai umno akan tolak hudud PAS jika ianya tidak menepati 'keadilan' Islam sebenar termasuk yang bukan Islam juga perlu dihukum mengikut hudud !!!!
Apakah Allah ciptakan hudud itu untuk orang Islam sahaja dan Allah berlaku zalim kpd org bukan Islam? Hudud tidak sesuai untuk dunia?
Jika hudud dilaksanakan: siapa yg paling untung? dan siapa yg paling rugi?
Jika hudud gagal dibentang dan dilaksanakan: siapa yg paling untung? dan siapa yg paling rugi?