Monday, June 9, 2014

APA TUJUAN DAP MENANGKAN PRESIDEN GERAKAN DI TELUK INTAN?

Dari beberapa sumber diberitakan DAP sengaja meletakkan Dyana Sofea sebagai calon Parlimen Teluk Intan yang dirancang kalah tetapi dalam masa yang sama bertujuan merentap dan menjatuhkan maruah PAS dan memalukan UMNO terutama dalam isu hudud.

DAP telah berjaya dalam dua missi yang nyata, menambah sokongan orang Melayu jika calonnya Melayu dan PAS tidak ada pilihan selain menyokong calon DAP yang berugama Islam (walaupun menolak hudud) dan missi yang kedua ialah memastikan calon BN menang untuk dilantik ke jawatan kabinet bagi membolehkan kepentingan orang Cina tetap diperjuangkan dari dalam walaupun kreditnya DAP yang dapat.

MCA, Gerakan dan DAP dilihat tidak dalam kapal yang sama tetapi mereka sehaluan. DAP juga menyedari PAS juga mempunyai sikap sedemikian, berada di dalam Pembangkang tetapi mereka boleh juga bila-bila masa menyebelahi UMNO jika mendapat tempat dan kedudukan?

Dalam missi DAP ini, ianya dihidu oleh PKR dan tidak banyak kemepen yang dilakukan oleh PKR kali ini berbanding ketika Azizah bertanding di Kajang.

Kesimpulannya: 
DAP boleh menang di Teluk Intan bila2 masa jika meletakkan calon yang tidak dirancang kalah.
Strategi DAP ialah menakutkan PAS bahawa parti itu (PAS) akan kehilangan undi besar dari cina jika meneruskan hasrat melaksanakan Hudud.
UMNO terpaka meneruskan dasar 'membeli' undi cina berterusan dan sedikit sebanyak perjuangan untuk Melayu dikurangkan?
Menyalahkan pelbagai pihak atas kekalahan di Telok Intan adalah lakonan untuk menutup strateginya dan satu amaran kepada parti lain bahawa mereka perlu terus bersiap sedia.
DAP akan terus menakutkan cina bahawa DAP perlu diundi sentiasa untuk memastikan kepentingan cina dipelihara !
Gerakan akan menyertai MCA dan MIC untuk memberi tekanan dari dalam kepada UMNO untuk menolak perlaksanaan Hudud.

JOHOR OH JOHOR....luaskan kuasamu

Apabila rang undang2 LPHJ diluluskan oleh DUNJsemalam walaupun diminta tangguh oleh beberapa pihak kini timbul persaolan:
Kenapa ia tidak boleh ditangguhkan?
Bukankah penangguhan satu cara untuk menegakkan kebenaran, berani kerana benar.
Penangguhan juga membawa makna sedia menjadi pendengar yg baik dan tidak ada yg tersirat mahu disembunyikan.
Kenapa perlu tergesa-gesa diluluskan terutama bila ada bantahan, apa yg nak dikejarkan?
Wakil rakyat pas juga turut mengundi setuju - sesuatu yg tidak normal, apakah persetujuan wakil rakyat pas itu diperlukan sebagai pengesahan apa yg dilakukan kerajaan umno itu betul?!!! sejak bila!

Memperhalusi  LPHJ tidak ada cacat celanya tetapi kenapa sebahagiannya membantah, apa dan di mana yg tak kena? Dalam ketika "kerajaan sekarang" kurang dipercayai, tindakan tergea-gesa tentunya sesuatu yg tidak wajar.

Apa reaksi najib - dilaporkan najib sudah memaklumkan kpd khaled ia harus selaras dengan perlembagaan negara.
apa reaksi muhyiddin - tidak dilaporkan atau saya yg tidak mengesannya.

Apapun nasi sudah masak, rang undang2 LPHJ telah diluluskan, tunggu diwartakan dan tunggu jika ada yg mengheretnya ke mahkamah.
ini kali, melayu akan berhujah lagi, bertelagah, berpecah...

Pemimpin mungkin tidak perlu dengar keluhan rakyat buat masa ini walau sebesar mana, lu siapa? paling keramat bahasa jampi serapah "demi rakyat" dipertaruhkan, disandar sebagai tangkal rakyat walaupun rakyat kurang faham butiran jampi serapah tersebut.



Semuanya kerana pilihanraya masih jauh lagi !!!

# bukankah khaled nordin antara mb yg diwar-warkan sebelum ini akan digugurkan spt md said? perkembangan terbaru menunjukkan khaled dalam zon selamat.

Sunday, June 8, 2014

DAP ribut dicawan..

sesuatu yg tidak dijangkakan tetapi petanda menarik dan baik ialah kepimpinan lim kit siang dan anaknya
secara terangan kini dipertikai dan dipersendakan oleh kepimpinan negeri atau akar umbi.

Terbaharu, DAP Kedah menempelak DAP Pusat berhubung kekalahan calonnya di Teluk Intan dengan alasan hudud. DAP Kedah minta lim kit siang beli cermin kedai dua ringgit untuk melihat jijiknya DAP Pusat yang suka tunjuk kuasa dengan campurtangan mereka ke atas DAP  negeri dng mangsa terbaru ialah Perak...itulah puncamkekalahannsebenar....sebelumnya melaka,,johor dan kedah telah merasa penangan tersebut.

Dengan adanya cetusan ini, DAP kini tidak lagi selamat dari masalah dalaman dan jika kurap anjing ini tidak dikawal, ianya boleh merebak menjadi kuman kurab babi yg sudah tidak boleh dikawal.

sebelum ini pertikaian biasanya dibuat dari luar, dari bekas pemimpin atau ahli DAP yg kurang memberi kesan.

Begitu juga di dalam PKR yg kini umpama retak menanti belah...kita tunggu shj selepas pertandingan selesai...yg menang jadi arang, yg kalah jadi abu..

Begitupun kelemahan PKR dan DAP, kenapa pula PAS dilihat tidak begitu berani dan terlampau berhati-hati. Kita lihat perkembanagan selepas apek kurap datang menyembah Nik aziz.

Bagaimana pula UMNO, apakah tiada masalah dalaman? Dari dalam, kepimpinan dipucuk nampak tenang..di peringkat bawahan, ada juga berlaku cuit mencuit tetapi terkawal...Lebih tepat UMNO cukup sempurna di bawah kepimpinan Najib...sekurang-kurangnya itulah pandangan ahli umno !

Presiden Badan Peguam Malaysia bebal dan buta warna..

Buta - kerana tidak dapat melihat cermin senario sebenar..
bebal - memang dia ungu atau bodoh piang..kerana justifikasinya bias

Apa beza Anwar dan Najib - kenapa seorang tak boleh saman dan seorang lagi dibenarkan saman media..

Kalau Anwar yang gila nak jadi PM sedang gila saman media, bagaimana nanti kalau dia jadi PM. Tidakkah gilanya bertambah.. itu yang patutnya Badan Peguam risaukan..

Najib hanya memulakan 1saman kepada media - kenapa 1Badan Peguam boleh hangin jadi gila..

Apakah Badan Peguam juga tidak akan saman media kalau mereka difitnah??

Khaled Nordin diam ubi atau diam besi?

Kerajaan Negeri Johor berperang dengan siapa? - dengan rakyatnya sendiri atau rakyat luar..bagi aku simple sahaja - kalau rakyat Johor setuju, pendapat orang luar tak penting.

Cuma untuk orang Melayu Johor, ingatlah !!! kalau rasa UMNO Johor tak betul, pilihanraya akan datang kita tukar kepada DAP !!

Apakah ada beza UMNO kini dan DAP kini dan selamanya terhadap orang Melayu ??

Untuk membetulkan Kerajaan Negeri Johor apakah perlu PM campurtangan?

Setakat mana relevannya PM campurtangan kalau di JPM sendiri banyak benda tak betul?

Rakyat Jadi Piiniiinngg..


Khaled Nordin berperwatakkan lebih banyak diam dari bercakap - kenyataan2 politiknya agak mendatar.

Kini diam2nya - diam diam ubi atau diam2 besi?
Gambar-Latif Bandi adalah Exco Kerajaan Tempatan.

Saturday, June 7, 2014

jamil khir mangsa percaturan?

jamil khir adalah antara nama menteri yg dikatakan akan digugurkan berdasarkan prestasinya yg menyebabkan najib menerima pelbagai tekanan terutama dlm isu dna babi di cokelat kadbury dan kebetulan ada pula isu serbuan jais ke kuil di selangor.

sebelum ini, jamil adalah antara yg awal menyatakan persediaan untuk bekerjasama dengan pas bagi pembentangan hudud di parlimen.

apakah isu dna babi dlm cokelat kadbury adalah satu "rekayasa" yg sengaja dicipta untuk memincangkan situasi bagi menjejaskan reputasi jamil?

apakah ada dari dalam ummo sendiri dan kerajaan yg tidak senang dan merasa terancam dengan jamil khir yg dilihat mempunyai pendirian tersendiri dalam hal2 pentadbiran Islam melalui JPM.

najib kena lihat juga bahawa imej Islam pada kerajaan adalah juga atas hasil usaha jamil khir dan jika mahu membandingkan dengan Menteri di JPM yg dipertanggungjawabkan terhadap Islam sebelumnya...jamil khir berfungsi dan tidak mengecewakan.

jamil khir boleh digantikan, siapa yg akan gantikan, setakat mana berbaloi?

Friday, June 6, 2014

najib sebagai PM - kesilapan Mahathir

suara minta najib berundur bukan seorang..lebih dari satu

kenapa minta najib berundur....semangat juang melayunya pudar

siapa layak ganti najib? .... asalkan bukan kj atau hishamuddin

kenapa bukan kj? ... kita tidak mahu tambah si kitol

kenapa bukan hisham?....kita tidak mahu diceroboh kali kedua

mahathir mengaku kesilapannya membawa masuk anwar, apakah mahathir juga melakukan kesilapan dlm membuat "endorsement" ke atas najib?

kita sayangkan najib, kita tidak mahu najib melakukan kesilapan sepertimana mahathir melakukan pelbagai kesilapan selama 22 tahun.
kita sayangkan najib, kita tidak mahu selepass 22 tahun, najib baru sedar kegagalannya dan minta maaf spt nik aziz.

ambillah contoh paklah..berundur bukan bererti kalah, mengalah bukan bererti tidak gagah...berundur menebus kesilapan, berundur sebagai tanda orang bermaruah, pemimpin berhemah.

pemimpin datang dan pergi, yg penting ialah parti, bangsanya, ugamanya, negaranya.





6ANGKA