Saturday, June 7, 2014

jamil khir mangsa percaturan?

jamil khir adalah antara nama menteri yg dikatakan akan digugurkan berdasarkan prestasinya yg menyebabkan najib menerima pelbagai tekanan terutama dlm isu dna babi di cokelat kadbury dan kebetulan ada pula isu serbuan jais ke kuil di selangor.

sebelum ini, jamil adalah antara yg awal menyatakan persediaan untuk bekerjasama dengan pas bagi pembentangan hudud di parlimen.

apakah isu dna babi dlm cokelat kadbury adalah satu "rekayasa" yg sengaja dicipta untuk memincangkan situasi bagi menjejaskan reputasi jamil?

apakah ada dari dalam ummo sendiri dan kerajaan yg tidak senang dan merasa terancam dengan jamil khir yg dilihat mempunyai pendirian tersendiri dalam hal2 pentadbiran Islam melalui JPM.

najib kena lihat juga bahawa imej Islam pada kerajaan adalah juga atas hasil usaha jamil khir dan jika mahu membandingkan dengan Menteri di JPM yg dipertanggungjawabkan terhadap Islam sebelumnya...jamil khir berfungsi dan tidak mengecewakan.

jamil khir boleh digantikan, siapa yg akan gantikan, setakat mana berbaloi?

15 comments:

  1. Lantik saja Big Panda jadi santor kemudian lantik pula jadi Menteri ganti Jamil Khir,pastu semua wanita tak di galakan pakai tudung.Hidup Najib.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tudung? Yang tu saja hang tau. Adakah tudung tu diwajibkan? Tunjukkan dalam Quran ayat yang keberapa.

      Delete
  2. Ada beberapa nama akan digugurkan, tetapi memandangkan mereka adalah proxy atau kamcheng dng menteri kanan, somebody yg natural mesti diperlihatkan tidak cekap, menimbulkan kontoversi dengan sendirinya menarik perhatian untuk digugurkan, terselamatlah yg sepatutnya digugurkan.

    ReplyDelete
  3. Anon 5.52 betul tu. ada ayat untuk tudung purdah tapi bagi isteri-isteri nabi bagi elak fitnah . Yang lain semua ayat menyebut kerudung pada dadanya hingga kebawah dan longgarkan pakaiannya. tapi kita akan dicop anti hadis , anti islam , dan macam-macam lagi kalau tak ikut apa yang mereka cakap dalam hal tudung .

    ReplyDelete
  4. Artikel yg. BERNAS KD!

    Aku memang syak JAKIM dan YB DS Jamil Khir mahu diJATUHkan secara halus oleh si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM serta penaja mereka, si Barat-ZIONIS! Sebab itu JAKIM dan sekarang Kesultanan Melayu – keduanya sbg. PENJAGA ISLAM/umatnya [terutamanya berkaitan isu Halal, Hukum Hudud, undg-undg Syariah, kerjasama lebih rapat dgn. Dunia Islam( terutamnya dg. UAE, termasuk isu pelaburan ekonomi/pelancungan/ketenteraan Islam], Tanah PUSAKA Islam/Melayu dsbnya) – makin diSERANG bertubi-tubi oleh si MUSUH ISLAM!

    Tengok setelah isu Cadbury ini, keluar pula cadangan KP Kem. Kesihatan - nak letakkan SEMUA makmal utk analisis HALAL dan perubatan Islam, di bawah SATU agensi; adakah ini bermakna agensi ini, akan di bawah Kem. Kesihatan, yg. Menterinya pun Bukan Islam - entah esok pula bawah "World Health Org" (WHO) kat PBB yg. memang dikuasai Barat-ZIONIS! Kalau ini betul, bermakna JAKIM akan dpt. diKUASAI Kem. Kesihatan; disyaki ini juga salah satu tujuan Cadbury in disyaki di SABOTAJ Kem. Kesihatan! Lihat di - http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140605/dn_27/KP-Kesihatan-jelas-isu-coklat-Cadbury , KP Kesihatan jelas isu coklat Cadbury!
    Dan kes JAIS serbu perkahwinan Hindu tu, si JPM nak tubuhkan satu jawatankuasa pula – yg. disyaki nak juga MENJATUHkan kuasa JAKIM berkaitan undg-undg Syariah!

    Dan lihat si MCAcing ni - tak habis MENGGERTAK/MENGHINA Islam/umatnya, termasuk mahu MENJATUHkan kuasa Mahkamah Syariah!

    Dan si puak DALANG-DUA-MUKA plg. MERBAHAYA ni bukan main lagi asyik MENGGERTAK supaya undg-undg PERLEMBAGAAN terutamanya yg. berkaitan ISLAM/umatnya, ditukaq sesuka hati - demi falsafah dan undang-undang PENIPU - demokrasi dan “equality & liberty" (hak asasi KESAMAAN dan KEBEBASAN) si Barat-ZIONIS!
    Lihat di http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/06/05/MCA-wants-Constitution-to-be-amended-Move-to-prevent-disputes-over-religious-conversions/ , MCA wants Constitution to be amended to prevent disputes over religious conversion, June 5, 2014:

    KUALA LUMPUR: The MCA has called for constitutional changes to allow conversion of religion involving children only when both parents agree to it.

    “Conversion of religion of any child shall be mutually agreed upon by both the parents until the child attains the age of 18,” MCA Youth legal bureau chairman Eric Choo Wei Sern (pic) said.

    He suggested that Article 12(4) of the Federal Constitution be amended to prevent a father from converting the religion of his child unilaterally.

    He also recommended Article 121 or Article 121(1A) be amended to empower the civil courts to resolve disputes and issues involving marriages, regardless of the religion of the couples.

    “It is improper and incorrect for the Syariah courts to have jurisdiction over such cases where the marriage was initially entered into under the civil law,” he said in a statement here yesterday.

    Choo was commenting on the Muslim bride who was detained midway through a Hindu marriage ritual by officers of the Selangor Islamic Affairs Department (Jais) on June 1.

    He described the action as “deplorable, totally uncalled for and should be vehemently objected to”.....

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  5. Berbanding hamid othman, jamil khir jauh lebih baik. Terutama dalam keadaan Islam diserang bertubi tubi, bukanlah mudah untuk jamil khir tangani...sewajarnya ada dua timbalan menteri membantunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...jgn buat lawak...pengalaman org lama kat dlm tu tau la sape Jamil ni...jauh langit dgn bumi...haram jadah pnya Jamil..

      Delete
  6. Aku antara dr awal yg nampak Jamil Khir ini bawak banyak perubahan Islam pd UMNO dn Krjn. contoh awal ialah Tv Al-Hijrah, Dato Seri Jamil Kahir lah org yg mencetuskan program TV ini di mana menteri UMNO lain hanya fikir politik sekular. AKta Halal 2012 yang mengenakan hukuman berat sehingga penjara dan denda mencecah Juta RM. Krn Dato Jamil Khir sedang memerangi bangsa kafir dan Cina yg sering mempermainkan bab halal makanan untuk umat Islam.

    Apakah rakyat sedar? Seterusnya program berterusan Selamat dan Qasidah, merupakan agenda besar Dato Seri Jamil Khir yg mahu memurnikan ruh masyarakt Islam secara menyeluruh dengan menggerakkan program begini di seluruh ceruk tempat dalam negar termasuk majlis2 rasmi.. tp sayang org2 UMNO tak faham dan tak hargai.

    Dato Seri Jamil khir juga menjadi jambatan kepada org2 Melyu yg pro PAS dan UMNO. Ada Melyu yg sederhana sokong PAS melihat perubahan UMNO kepada Islam ini suatu yg baik. PAS pula mabuk bersetubuh dgn DAP PKR..jd Dato Jamil Khir terus berkerja untuk memartabatkan Islam pada kedudukan dan kuasa yg beliau ada.

    Tapi satu bala dan kesilapan besar jika Najib laki Rosmah ini menggugurkan Dato Jamil Khir. dan berjayalah kerja musuh2 Islam dlm UMNO dan sifat hasad dengki busuk hati. Kena pula Najib gantikan dengan org2 seperti MAZA.. maka bala besarlah buat UMNO dn negara.

    Aku harap Najib tak buat kerja bodoh mengugurkan Dato Jamil Khir. Isu Cadbury jika krn itu Najib gugurkan Jamil Khir maka Najib juga akan gugur dr jwtn PM xlama lagi.. bininya Rosmah cukup tak relevan mencampuri pelbagai urusan negara tp beliau masih buat bodoh dan mencari salah Menteri yang buat kerja.. Najib akan terima balasan semula..

    Setuju sgt Dato Jamil Khir perlu ada 2 timbalan untuk bantunya menangani masalah berterusan hal ehwal Islam.. melibatkan enakmen negeri2 dan Persekutuan...

    Semoga berita ini tak benar.. jika Najib gugurkan beliau... itu tanda zalim.. tunggulah...Allah Maha Kuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori la pemudacelik yg tak berapa nk celik.TV Hijrah ni tercetus dr zaman mantan Menteri Agama yg dulu TS Abdullah Md Zin lg...kebetulan zaman Jamil tinggal nk rasmi je.Isu Timb.Menteri bg membantu dia...letak la 10 org Timbalan pun...dia ni jenis tak dengar nasihat....dia je yg betui...dh la sombong...bodoh pulak tu...hangpa smua ni tertipu dgn sengih dia je...ramai org dh kena tendang zaman dia ni...pd hal yg kerja tu ikhlas...tp sbb rasa dia ni bagus sgt tak blh org cerdik dr dia...itulah UMNO...yg bodoh dan bebai je dok tinggai kat dalam tu...mmg sgt wajar digugurkan...kalu blh bg dia jawatan Menteri Projek...tu yg lbh sesuai...klu nk detail lg blh tanya org Jakim,Tabung Haji,Jawi,Maiwp,Yapeim...depa akan jwb harrrghhhh tuih la Si Jamil Keparat ni...

      Delete
    2. Lagi nk tambah...Akta Halal 2012 bkn blh buat setahun dua...dr Menteri lama pn dh gubal...cuma bentang je zaman dia...org lain dok buat zaman dia jgk dpt nama...kalu nk tulih tu biaq buat homework dulu...jgn emosi...ke hg ni mmg sukusakat dia jgk...harap lepaih ni hg blh jd lebih celik sikit..

      Delete
  7. Najib kerja nk cari pasal dengan org Melayu tp bkn main menjilat2 Cina. MCA tk hingin pun jd apa2 jwtn kabinet tp Najib menyembah2 nk bg jawatan. Apa kena Najib ni senget seblah.. cukup jaga hati Cina. wpun cina khianatnya!

    ReplyDelete
  8. Tak dengar ke masalah peribadi Jamil tu? Tak tau, duduk diam-diam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat sepatah dua cam tu tak yah le...kalau tau cer citer...temberang fitnah ada le,,,biasa le
      Kalau hal peribadi, Najib berlambak, Kj bertimbun, Muhyiddin berlori...masih kekal dan hidup pun dia orang, hal peribadi - Anwar, tak tercerita, lim kit siang - dah jadi sekarah, lim guan eng - sepulau hal citernya...masih juta follower dia orang !!

      Lu tak ada idea lain ke?

      Delete
    2. Jamil ni bkn jaga agama...jaga perut dia ada la...tanya la org2 di kagat...skrg ni pulak agensi2 di bwh seliaannya...tahu projek2 yg kecil hinggalah ratusan juta...smua dpt kt puak2 dia...lg nk crita yg dia ni buat apa ke London tu kerap sgt?? org disekeliling tau la..yg dok baca Utusan Meloya toksah komen la...org2 yg kerja dgn dia sgt mafhum dgn fe'el Si Misai tebai ni..

      Delete
  9. JAKIM ADALAH BADAN YANG SAH MENGELUARKAN SIJIL HALAL, LAIN2 JABATAN DAN KEMENTERIAN TIDAK LAYAK BERBUAT DEMIKIAN..

    KENAPA PULA KITA NAK PERCAYA DORANG LAIN TERUTAMA KEMENTERIAN YANG DIKETUAI OLEH BUKAN ISLAM - K.A.P.I.R

    MEREKA TERUS MENYERANG ISLAM MELALUI JAKAIM KERANA JAKIM SEKAT MATA PENCARIAN MEREKA - DULU SIAPA YANG MONOPOLI PENGELUARAN SIJIL "HALAL" - LU FIKIR SENDIRI...

    Keputusan analisis makmal Jabatan Kimia terhadap dua produk coklat keluaran Cadbury – Roast Almond dan Hazelnut (badam dan kacang hazel) – mengesahkan tiada Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi, masih belum meredakan orang ramai daripada memperkatakan isu halal coklat berkenaan.

    Bahkan beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan membuat laporan polis berhubung kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Isnin berhubung status coklat berkenaan, kerana dianggap mengelirukan umat Islam.

    Percanggahan keputusan ujian Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi Jabatan Kimia terhadap dua coklat berkenaan telah mewujudkan bermacam andaian dan persoalan.

    Pelbagai tohmahan dan cemuhan dilemparkan kepada Jakim. Di laman-laman sosial, ada yang menuduh Jakim kononnya tidak telus, sanggup menipu, makan rasuah dan menyorokkan fakta sebenar, di samping mempertikaikan keputusan analisis Jabatan Kimia, yang dikatakan hanya menimbulkan was-was umat Islam.

    Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata serangan bertali arus terhadap Jakim itu tidak adil memandangkan Jakim telah menjalankan tugas yang diamanahkan sehabis baik.

    Katanya masyarakat perlu bertenang dan berfikir secara waras kerana sebagai badan Islam, tidak mungkin Jakim mengkhianati kepercayaan yang diberi.

    “Sama seperti anda, saya juga orang Islam, malah pegawai saya juga beragama Islam dan kami ada keluarga yang juga pengguna Islam… takkanlah kami tergamak melihat dan membiarkan keluarga kami dan orang Islam lain untuk memakan produk yang kandungannya mempunyai babi.

    “Malah, ramai pekerja di syarikat besar milik antarabangsa ini terdiri daripada orang Islam… takkan mereka hendak lepaskan sesuatu yang tidak halal untuk dimakan kepada masyarakat dan keluarga mereka,” katanya dalam wawancara di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini.

    Othman berkata setiap produk yang memperoleh logo halal disaring menepati prosedur operasi standard (SOP) serta piawaian yang begitu tinggi dan ketat.

    “Bukan mudah untuk kami keluarkan sijil halal dan sebab itu kami selalu menerima aduan bahawa Jakim lambat meluluskan permohonan kerana proses penelitian yang sangat ketat,” katanya.

    Othman berkata kemungkinan untuk berlakunya salah laku dan rasuah adalah sukar memandangkan pasukan dan individu berbeza terlibat dalam proses pemberian sijil halal.

    ReplyDelete

WORLDCOIN dan AI

PERKENALAN  Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...