Friday, June 27, 2014

Petronas atau Pengganas..

Pengkukuhan melayu liberal di dalam politik umno kini meresap ke dalam Petronas....








KUALA LUMPUR 26 Jun - Kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan rasionalisasi subsidi minyak memandangkan banyak aspek perlu diambil kira.
Timbalan Menteri Kewangan,  Ahmad Maslan berkata, kerajaan akan mengutamakan kepentingan rakyat berpendapatan rendah dalam membuat sebarang keputusan bagi memastikan matlamat pemberian subsidi tercapai.

Beliau berkata, tahun ini kerajaan menjangkakan perbelanjan subsidi minyak menurun RM2.4 bilion kepada RM22.4 bilion berbanding RM24.8 bilion pada tahun lalu.

Thursday, June 26, 2014

UMNO dan PAS saling mendahului...

Dari perjuangan sebuah negara Islam, PAS memperlihatkan kesungguhannya dengan menukar ke nada perjuangan Negara Kebajikan ketika berpeluk rapat dengan DAP walaupun diejek hebat oleh UMNO.
Hasil luarannya tanpa disangka PAS For All kini diterima baik masyarakat cina...walaupun hasil dalamannya PAS tidak menang banyak kerusi.

Kerjasama itu lebih menguntungkan DAP.

Menyedari realiti, UMNO kini turut menuruti langkah PAS dengan mengambil pendekatan "liberal" dan secara beransur menghilangkan identiti terlebih melayu sebagai teras perjuangannya. Perlantikan Kj sebagai menteri merupakan detik awal fahaman liberal mula diresapkan kepada akar umbi dan kepimpinan umno.

Keliberalan ini makin nyata kukuh dan berpengaruh untuk menenggelamkan suara Melayu purba di dalam UMNO. Kalau masih nak lihat UMNO lama, UMNO zaman dulu kala..sedikit sebanyak ada pd perkasa.

Hakikatnya, dengan pertukaran nada PAS dan UMNO ini.....Melayu dan Islam sedang berenang sendirian...

Berbeza dengan DAP yg masih ditakok lama, mengutamakan kecinaan dari segalanya telah hampir
berjaya melenyapkan sepenuhnya MCA dan Gerakan...malah mereka berjaya menanam rasa kebencian yg tinggi kpd umno.
Kini mereka selangkah lagi kedepan dng memberi tempat kpd Melayu asal shj melayu itu akur dan mudah dilenturkan dng dasar parti...




Muhyiddin dikekalkan dalam kabinet dapur najib.

Ayuh ahli2 UMNO, ahli2 BN..kabinet dapur najib sudah siap..

Tambahan lantikan dan tiada siapa yang digugurkan menunjukkan kerajaan hari ini yang diketuainya sendiri adalah yang terbaik. 
Najib telah dengar dengan jelas suara penyokongnya.

Kenapa perlu dipertikaikan? Itu kuasa mutlak PM dan sudah diperkenaan DYMM Di Pertuan Agung mengikut Perlembagaan - teriak macainya...

Pemimpin2 cina yang dilantik adalah pemimpin yang majoritinya sudah ditolak oleh kaumnya, low class, low qualiti, reject shop mari.. mereka menang di kawasan masing2 atas ehsan kaum lain. Mereka jugalah yang menjilat ludah sendiri bila diawalnya berikrar tidak akan menerima jawatan kerjaan tetapi hari ini berubah ...kini Najib pungut jadikan perhiasan.

Bagaimana mereka yang tidak digugurkan - tidak penting berfungsi, asal setia.

Kenapa pula hanya Md Said bekas MB Terengganu sahaja yang digugurkan sebelum ini - apa dosa besarnya? dosa terhadap najib atau terhadap rakyat?

Wednesday, June 25, 2014

siapa mcm monyet air dapat pisang?

benarkah rakyat dan kerajaan malaysia betul2 serius dan caring atas apa yg menimpa dan telah berlaku ke atas oku firdaus dullah.

hingga hari ini masih saling menyalahkan kerajaan atau ibunya lola tanpa memgetahui isi realitinya.

Begitu juga wardina yg macam bagus sangat sampai membuat perbandingan dng negara kesayangan nya australia.

Hakikatnya  di dalam dunia ini, di seluruh negara,,di setiap negeri, pada setiap daerah malah pada setiap komuniti, situasi nasib seperti firdaus dullah ujud sebelum ini, sekarang dan di masa akan datang.

apa yg nak disarankan ialah tingkatkan kecekapan dan kurangkan kerenah birokrasi jabatan kebajikan masyarakat dan org2 yg pandai ckp asyik nak salahkan kerajaan, turunlah ke padang, berhentilah ckp mcm monyet dalam zoo disuap pisang.

Tuesday, June 24, 2014

Suami dapat, adik juga dapat..

Secara umum dan keseluruhannya aku tidak sokong pembangkang walaupun kerajaan sekarang dalam situasi yang hampir sama dengan pembangkang. Bagaimanapun bila ada isu atau berita yang dikaitkan dengan kerajaan melibatkan pemimpinnya walaupun berita itu datangnya dari pembangkang.

Maka sewajarnya diberi perhatian dan di analisa, lebih penting dari itu rakyat ingin mendengar jawapan dan penjelasan. Jika mendiamkan diri atau cuba2 memekakan telinga akibatnya buruk sekali dan persepsi bertukar menjadi 'betul'.

PM cukup cepat memberi respon berhubung khabar angin Muhyiddin akan bercuti panjang tetapi jangan pula jadi lembab untuk menjawab sesuatu yang lebih penting.
Kalau sekadar khabar angin boleh dijawab tentunya sesuatu yang fakta dan telah berlaku lebih mudah untuk menjawabnya.

Walaupun si mamat ini mungkin "mengadakan" cerita bagi menutup kekalutan dan kekecehon yang melanda partinya tetapi isu yang dibawanya perlu dijustifikasi.






Rafizi tak menang tangan, bakal bongkar satu lagi skandal rasuah
KUALA LUMPUR 25 JUN: Belum lagi selesai membongkar isu penswastaan konsesi Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dianugerah kepada kroni Umno, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli kini menggenggam maklumat satu lagi skandal penyelewengan institusi pendidikan.
“Tak habis lagi saya selidik kronisme di UiTM, hari ini (semalam) saya dapat lagi satu kertas tebal penyelewengan di institusi Melayu juga. Tak cukup tangan.

“Saya dah belek-belek dan saya rasa yang baru nak siasat ini pun adalah skandal juga. Harap Perkasa (Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia), Isma (Ikatan Muslimin Malaysia) dan lain-lain sama-sama banteras isu rasuah macam ini,” kata Rafizi di twitter.

Semalam, Ahli Parlimen Pandan itu mendedahkan Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Rahman mempunyai pegangan minoriti di dalam konsesi penswastaan UiTM Tapah.

Sebelum itu, beliau juga mendedahkan, konsesi yang diberikan kepada adik bekas Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail turut mendapat manfaat daripada pemberian konsesi bagi membina UiTM kampus cawangan Puncak Alam, Selangor.
Manakala dua bekas Adun Umno di Selangor menerima konsesi untuk pembinaan UiTM kampus cawangan Jasin, Melaka.

Rafizi sebelum ini mendedahkan kerajaan memberikan konsesi selama 23 tahun kepada syarikat kroni untuk membina enam kampus cawangan UiTM seluruh negara.
 
Jumlah keseluruhan bayaran tersebut adalah sebanyak RM8.6 bilion iaitu lima kali lebih tinggi berbanding kos membina sendiri kampus-kampus ini iaitu RM1.8 bilion.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62028


Apakah ini isu yang baru diketahui Rafizi memandangkan ia tidak ditimbulkan semasa PRK Teluk Intan atau sengaja disimpan untuk tidak membantu kemenangan calon DAP ?

Monday, June 23, 2014

Tengok sat..mana yang lebih gedik..

Add caption

Bila Kerajaan Nak cerdik ??

Samada kerajaan pandai atau kerajaan bodoh atau yang lebih teruk dari itu, beberapa perkara ini tolonglah, tolonglah. tolonglah  dihapuskan sama sekali, dibenteras dan di ambil tindakan yang paling tegas dalam dunia.

1. Penghinaan ke atas mana-mana ugama.
2. Penghinaan ke atas mana-mana kaum.
3. Penghinaan kepada Kesultananan Melayu.
4. Penghinaan atau memburukkan negara tanpa fakta kukuh.
5. Akta Hasutan, Pengkhianatan, Penderhakaan dan Fitnah.
6. Kembalikan ISA.


SEMUA INI BANYAK KAITAN DAN MEMERLUKAN PERANAN ZAHED HAMIDI UNTUK MEMPENGARUHI PERDANA MENTERI SEBELUM TERLEWAT @ SEBELUM DIA SENDIRI BERPINDAH JAWATAN !!

Pendedahan Chegu Bard bikin madani goyah

Najib razak didapati bersalah dan dihukum - selesai. Diberi pengampunan oleh Agong Sultan Pahang dan didakwa  ada addendum Pertanyaan telah ...