Tuesday, June 24, 2014

Suami dapat, adik juga dapat..

Secara umum dan keseluruhannya aku tidak sokong pembangkang walaupun kerajaan sekarang dalam situasi yang hampir sama dengan pembangkang. Bagaimanapun bila ada isu atau berita yang dikaitkan dengan kerajaan melibatkan pemimpinnya walaupun berita itu datangnya dari pembangkang.

Maka sewajarnya diberi perhatian dan di analisa, lebih penting dari itu rakyat ingin mendengar jawapan dan penjelasan. Jika mendiamkan diri atau cuba2 memekakan telinga akibatnya buruk sekali dan persepsi bertukar menjadi 'betul'.

PM cukup cepat memberi respon berhubung khabar angin Muhyiddin akan bercuti panjang tetapi jangan pula jadi lembab untuk menjawab sesuatu yang lebih penting.
Kalau sekadar khabar angin boleh dijawab tentunya sesuatu yang fakta dan telah berlaku lebih mudah untuk menjawabnya.

Walaupun si mamat ini mungkin "mengadakan" cerita bagi menutup kekalutan dan kekecehon yang melanda partinya tetapi isu yang dibawanya perlu dijustifikasi.






Rafizi tak menang tangan, bakal bongkar satu lagi skandal rasuah
KUALA LUMPUR 25 JUN: Belum lagi selesai membongkar isu penswastaan konsesi Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dianugerah kepada kroni Umno, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli kini menggenggam maklumat satu lagi skandal penyelewengan institusi pendidikan.
“Tak habis lagi saya selidik kronisme di UiTM, hari ini (semalam) saya dapat lagi satu kertas tebal penyelewengan di institusi Melayu juga. Tak cukup tangan.

“Saya dah belek-belek dan saya rasa yang baru nak siasat ini pun adalah skandal juga. Harap Perkasa (Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia), Isma (Ikatan Muslimin Malaysia) dan lain-lain sama-sama banteras isu rasuah macam ini,” kata Rafizi di twitter.

Semalam, Ahli Parlimen Pandan itu mendedahkan Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Rahman mempunyai pegangan minoriti di dalam konsesi penswastaan UiTM Tapah.

Sebelum itu, beliau juga mendedahkan, konsesi yang diberikan kepada adik bekas Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail turut mendapat manfaat daripada pemberian konsesi bagi membina UiTM kampus cawangan Puncak Alam, Selangor.
Manakala dua bekas Adun Umno di Selangor menerima konsesi untuk pembinaan UiTM kampus cawangan Jasin, Melaka.

Rafizi sebelum ini mendedahkan kerajaan memberikan konsesi selama 23 tahun kepada syarikat kroni untuk membina enam kampus cawangan UiTM seluruh negara.
 
Jumlah keseluruhan bayaran tersebut adalah sebanyak RM8.6 bilion iaitu lima kali lebih tinggi berbanding kos membina sendiri kampus-kampus ini iaitu RM1.8 bilion.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62028


Apakah ini isu yang baru diketahui Rafizi memandangkan ia tidak ditimbulkan semasa PRK Teluk Intan atau sengaja disimpan untuk tidak membantu kemenangan calon DAP ?

6 comments:

  1. Cerek tuduh kuali hitam.

    ReplyDelete
  2. Rafizi...Rafizi...sampai tak cukup tangan nak melancap...ko mmg byk berkorban utk org melayu laa..

    ReplyDelete
  3. malu orang pandan dapat wakil rakyat macam ini. orang Melayu jelah yang malu, yang cina tu suka dapat wakil ini macam. kasi hantam Melayu kow2.

    ReplyDelete
  4. kalau dia tak bongkar pun, Allah SWT tetap mengetahui dan mencatatnya ..... tapi itu lambat lagi .... pendedahan sekarang ni adalah BALA KECIL untuk kemungkaran tersebut ........ tak percaya..??????

    ReplyDelete
  5. Rafizi ini dah banyak kali buat kerja-kerja macam ini ,lepas tu bila fitnahnya dapat dijawab dan dijelaskan beruk rafizi ini bukan nak minta maaf dia boleh buat muka bodoh tak malu , serupa macam kaki tutuh jubok dia iaitu anuar peliwat ,setakat ini cuma cerita sharizat lembu saja yang relevan itu pun setelah didedahkan oleh ketua audit negara .

    ReplyDelete
  6. dia akan terus buat kerja setan ni sampai dia mampos.

    ReplyDelete

WORLDCOIN dan AI

PERKENALAN  Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...