apakah keluhan muhyiddin ini serupa dengan keluhan rosmah berhubung ketiadaan masanya untuk bermain badminton kerana sebok menguruskan rakyat?
keduanya bukanlah pemimpin no 1, keluhan mereka mengundang persaolan samada pemimpin no.1 tidak menyedari? tidak diberitahu? atau sesungguhnya najib tidak menghadapi gangguan untuk menguruskan negara? Tidak ada rasa apa2 "guilty" sepertimana yg dirasai muhyiddin?
Persaolan yg lebih besar dan serius ialah apakah corak pengurusan dan pentadbiran najib itu sendiri membuatkan muhyiddin tidak tertanggung bebannya kerana ia menjadi sasaran rakan dan rakyat yg mahu dia lakukan sesuatu.
Tentunya meletakan jawatan tpm bukanlah dapat menyelesaikan sepenuhnya apa yg dibimbanginya tetapi bagaimana kalau dapat menyelesaikan separuh darinya? Jawapan yg tepat ialah meletakan jawatan tidak akan menyelesaikan sedikit pun kebimbangannya malah muhyiddin akan terus dibisukan.
cara yg terbaik ialah bersuara secara terbuka, menyatakan kebenaran walaupun pahit, tidak meletak jawatan kecuali dipecat - tetapi bersediakah muhyiddin untuk dikritik dan dilondeh hebat oleh pesaingnya? Tentunya muhyiddin bukanlah orang seberani itu. Kalaupun berani, dia hanya panglima perang tanpa askar.Tanpa keberanian, tidak ada apa pun yg mampu diubah. Adalah lebih baik muhyiddin akur atau berpura-pura setuju pada semua perkara yg najib uruskan.
muhyiddin tak perlu bimbang - melayu mudah lupa, melayu akan sokong umno sampai bila-bila.




