Saturday, July 19, 2014

Who should go first?

Pandangan dari bucu kotak...
Kemelut Pelbagai Isu Keselamatan dan Undang-Undang
Berikan kami rakyat Malaysia sedikit kelegaan dan nafas baru..





Friday, July 18, 2014

Kebimbangan orang Melayu sekarang tidak ada asas dan palsu !!!

Rata-rata sepanjang setahun dua ini majoriti orang Melayu dan Islam yang tidak ahli pada mana-mana parti atau ahli umno atau yang pro umno telah berulang kali secara ikhlas sarankan supaya umno kembali ke era perjuangan asal atau sekurang-kurangnya ke era ala Mahathir untuk martabatkan kerajaan dengan memelihara melayu dan Islam apabila kaum lain yang asalnya pendatang sudah melampau, lupa asal usul dan tidak menghormati lagi semangat pengorbanan orang Melayu dan Islam seperti di dalam Perlembagaan.

Oleh kerana saranan-saranan tersebut tidak diperdulikan, malah kerajaan sekarang begitu galak mengikut telunjuk kaum yang asalnya pendatang maka diketahui punca tersebut adalah datangnya dari Najib sendiri selaku Ketua Negara dan presiden parti maka sasaran yang tepat ialah meminta Najib berundur.


Itu juga bakal tidak menjadi kenyataan !!!  Samada najib tidak tahu, tidak mahu tahu, tidak diberitahu atau memang itu pendiriannya.




Episode Ini 
Akan Sampai 
Kepada Kita...
Very soon.... >>>


Seterusnya usaha disasarkan pula muhyiddin untuk bersuara atau kalau tidak mampu lakukannya kerana terhutang budi dilanti sebagai TPM, berundur dan lepaskanlah jawatan kerajaan.
Bersuara melalui parti sehingga berkesan atau akhirnya dipecat. Setakat ini darah perjuangan muhyiddin tetap sama seperti pemimpin-pemimpin umno lain yang kepentingan diri mengatasi kepentingan ugama, bangsa dan negara.
Takut perpecahan Melayu semakin luas dijadikan alasan.

Siapa lagi mahu disasarkan? Zahed Hamidi !!! - Mungkin dia lebih selesa untuk menjadi pak turut dari bersusah payah untuk memulakan sesuatu yang tinggi risikonya, 2x5

Kepada siapa lagi kita mahu sasarkan aduan, kerisauan dan kebimbangan ini? Mahathir sudah terlalu tua dan Tun memerlukan masa peribadinya setelah lebih 50 tahun masanya diberikan kepada umno. Sudah tidak adil untuk kita meminta dan mengharapkan sesuatu dari Tun kerana beliau telah menyumbang lebih daripada yang lazim.

Daripada Ku Li? Seorang lagi bangsawan yang jarang turun ke bawah, lebih banyak bercakap dari bekerja, cuma tinggal slogan, otai masih berbisa - hanya lambungan penyokong fanatiknya yang tinggal sekerat dua. Selebihnya Ku Li akan diperalatkan pembangkang.

Untuk diletakkan harapan kepada Anwar? - tak perlu ulas kot..
Untuk letakan harapan kepada PAS - kurang lebih macam umno kalau tak lebih teruk pun..

<<<<<< tidor

Harapan kepada NGO - blurrrr...

Atau apakah kebimbangan ini hanya sekadar kebimbangan palsu atau tanpa sebab sedangkan sebenarnya Islam dan Melayu berada pada kedudukan yang lebih baik dan terjamin dengan cara pembawaan kerajaan, umno dan najib sekarang.

Atau kebimbangan ini sekadar terikut dengan rentak pembangkang, kebimbangan atas rasa cemburu kepada Najib atau kebimbangan dari rakyat yang tidak tahu bersyukur?

Atau lebih tepat kebimbangan ini hanya dari golongan penjilat mahathir?

Harapan kini kepada Allah S.W.A - nyata Allah tidak menghampakannya dengan syarat. Allah kembalikan harapan itu dengan pertanyaan dan penegasan:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
Allah turunkan bencana demi bencana dengan penuh tanda soal yang tidak terjawab oleh manusia untuk apa?

Jika peringatan Allah pun kita tidak peduli, tidak dijadikan sempadan dan tauladan, tidak menimbulkan kesedaran dan keinsafan, masih memegang kuasa atas keyakinan mampu menyelamatkan diri maka tunggulah pembalasan seterusnya. 

Acheh yang terkenal dengan serambi Mekah telah Allah anugerahkan tsunami. Malaysia? Bila?

Jika pembalasan turun - ia tidak peduli anda penyokong atau pembangkang UMNO.




Untuk apa Pengorbanan ini dilakukan..


DS Najib selaku presiden umno tidak lagi memperdulikan nasihat dan harapan ahli umno termasuk orang melayu yang sayangkan negara ini. dia lebih mementingkan sokongan puak pembangkang demi undi untuk kekal jadi pm malaysia. apa yang terjadi adalah petunjuk demi petunjuk dari Allah bahawa najib tidak lagi sesuai untuk mentadbir negara ini. perlembagaan negara hanya digantung buat hiasan. Ada undang undang dibakulsampahkan..nasihat orang melayu supaya diwujudkan kembali ISA terus diperlekehkan. sebaliknya apa yang dirancang oleh perosak negara, itulah yang menjadi senyumannya...
Sesungguhnya Allah telah memberikan petunjuk kepada orang islam yang berdoa demi kemakmuran negara ini supaya berfikir mendahului masa ..bertindak sebelum terlambat..sesungguhnya orang melayu dan islam di negara ini berada dalam kerugian di bawah pentadbiran sekarang..kecuali mereka yang suka berpura pura dan menipu demi kesenangan dunia


#MH17 berada pada kedudukan 33,000 kaki (10KM) yang tidak tercapai oleh senjata dari permukaan bumi, berada dalam laluan yang selamat dan tidak ada sebab untuk tertembak kecuali memang sudah dirancang dan di sasar dari awal lagi @ Apakah ada dalang dari dalam yang meletupkannya.

kenapa malaysia dipilih untuk dibuli?

Mh17 adalah sambungan rentetan dari apa yg telah berlaku di era najib dan ini bukan terakhir, banyak lagi yang sedang menunggu dan yang akan berlaku.

Peristiwa di lahad datu salah satunya yang belum selesai terutama keghairahan puak sulu untuk serang dan balas dendam dan di sabah sendiri seperti ada gerakan mahu sabah keluar dari malaysia.

Di selatan, johor tiang seri umno di asak dengan penjualan hartanah dan fokus tawan johor oleh dap nampaknya berwawasan dan berkesan di kalangan otang cina dan tidak kurang melayu mula memberi sokongan kepada pas.

Mungkinkah tiang seri umno berpindah ke kedah dari johor?

Berbalik kepada kenapa malaysia asyik kena buli sekarang tentulah kerana politiknya...

Hanya negara yg lemah akan dibuli, hanya jika pemimpin yang lembek akan diuli...

Mh17 hanya satu lagi peristiwa yg tiada penghujung dan jawapannya... Laungan pemimpin siasat siasat siasat seperti hishamuddin hanya umpama tin kosong...Yang di depan mata pun tak mampu siasat apalagi di luar sana..

Kita bukan tiada kekuatan...kita sudah hilang kekuatan.

Terkini:Siapa Tembak mh17

Setakat ini belum ada mana2 pihak yg membuat pengakuan menembak mh17 sebaliknya saling tuduh menuduh antara ukraine, rusia dan puak pemberontak pro-rusia. Satu pihak lagi yg boleh berkemungkinan ialah amerika/israel yg mahu memberi tekanan antarabangsa ke atas rusia dan memberi masalah moral kpd malaysia yg menyokong kuat palestine.

dalam lain perkataan, setakat ini mereka cuba menyatakan mh17 telah menembak dirinya sendiri!!!!

 musuh masih tidak berpuashati melihat malaysia masih gagah walaupun kehilangan mh370 dan mas masih kekal beroperasi.

Thursday, July 17, 2014

3 khabar angin dan isu insiden 2 pesawat - ke arah malaysia sdg dipertaruhkan

Ada 3 berita angin sdg tersebar
1. Pesawat mas ditembak
2. Nik aziz meninggal mlm tadi
3. Peperangan sdg berlaku di sabah

Setakat ini dua berita disahkan...pesawat mas sah terhempas ditembak dan berita nik aziz meninggal adalah palsu

Kejadian 2 pesawat mas MH370 dan MH17 yg hilang dan terhempas menunjukkan ianya ada kaitan dan taruhan dengan kuasa2 besar yg sedang bertelagah, balas dendam dan malaysia tersepit dan menjadi mangsa.

Lebih teruk lagi ia menjejaskan kestabilan dalaman politik, keselamatan dan ekonomi malaysia.


Kerajaan diserang teruk dari segi pengurusan, ketelusan dan polisi luar negara dan hal2 keselamatan dalam dan luar negara. Tidak boleh tidak integriti najib dipersoalkan?
( NAJIB MEMBUAT SIDANG AKHBAR DI SUBANG SELEPAS SAHUR TANPA MEMBENARKAN SEBARANG SAOLAN)
Kalau tidak benarkan sebarang pertanyaan kenapa perlu dipanggil wartawan bergegas ke sana, lebih baik buat kenyataan dari rumah sahaja. kemungkinan besar Najib sedia 'terbuka' tetapi dinasihat pihak tertentu untuk tidak menjawab sesuatu yang diluar pengetahuan dan menambah buruk keadaan. Keputusan di tangan Najib.

Semua kejadian berkaitan dus pessawat itu mampu meranapkan mas yg sedang bergelut dng kerugian sehingga menimbulkan satu fobia atau ketakutan menggunakan pesawat mas walaupun hakikatnya itu diluar kawalan mereka.

Insiden 2 pesawat ini juga melibatkan pelbagai bangsa dan kerakyatan pelbagai negara menyebabkan malaysia terdedah kpd kritikan antarabangsa.

Palestine dan gaza juga sdg  diberantakan dan malaysia antara yg paling kuat membantah? Apakah ini juga ada kaitan dng konspirasi yahudi?

Jika malaysia tenat dan krisis? Siapa yg paling untung?

Apakah fokus kpd pesawat mas terhempas cuba di alihkan dengan penyebaran berita palsu nik aziz meninggal?

Sesuatu yg lebih serius sdg berlaku...

# pesawat di tembak dan hanya meletup semasa mendarat.

Kiki CDM25 dipelawa masuk DAP?

PEMIKIRAN DI BUCU KOTAK..

Tidak tahu setakat mana UMNO akan mempelawa CDM25 untuk menjadi ahlinya melalui Puteri mendahului DAP yang sedang mencari calon wanita yang sesuai.

Aku percaya jika wanita tersebut di pelawa masuk UMNO ianya akan ada pro dan contra di kalangan mereka. Puak Liberal dalam UMNO sudah tentu tidak mahu menerima kerana takut mereka akan dianggap racist dan hilang populariti sebagai penganut politik moden.

Bagaimana jika dia jadi ahlI DAP?

Apa pandangan YB Saudara Khairy Jamaludin yang selalunya paling maju setakat ini dalam memberi pendapat.


Wednesday, July 16, 2014

Khalid kena buat Dua Pengadapan..

KEMASKINI 8:47 MLM 17/7/2014

TV3 seolah promote Khalid Samad adalah mangsa keadaan kerana dia tidak tahu apa kesalahannya dan mohon minta mengadap Tuanku Sultan - itu dalam buletinnya sebentar tadi.

Kalau TV3 media UMNO kena tipu hidup2 macam tu, UMNO jangan salahkan orang lain.

TV3 yang dianggap pro kerajaan nampaknya ditipu daya dengan menyiarkan sidang akhbar khalid samad tersebut kerana impaknya rakyat merasakan khalid samad memang mangsa keadaan dan tidak bersalah. 
Khalid Samad cuba mendakwa berlaku salah faham pada Tuanku Sultan Selangor. Bukankah dakwaan terbuka seperti itu kepada seorang Sultan menunjukkan egonya yang tinggi dan pertambahan kebiadapan.

Khalid samad akan meletakkan jawatan jika itu arahan parti !!!
Lawak sungguh.. Hadi Awang tak cukup telor berbuat demikian.


ASAL

Khalid samad yg terkejut beruk dengan kemurkaan terbuka Tuanku Sultan Selangor berhubung saranannya merampas kuasa eksekutif MAIS yg dibawah bidang kuasa Sultan Selangor sebagai Ketua Ugama Islam telah memberi respon spontan untuk mengadap Sultan.

Kemurkaan Tuanku sepatutnya tidak ditujukan setakat kpd Khalid anak Pak Samad sahaja tetapi juga kpd pemimpin bukan Islam di Selangor lain yg cuba tunjuk lagak dan biadap. Tetapi terselit juga Tuanku Sultan memperingatkan mereka bahawa Tuanku bukanlah buta huruf atau jahil dalam undang2 dan Perlembagaan Negara khususnya bidangkuasa Baginda.

Kurang percaya bila si mamat tu kata nak mengadap Tuanku Sultan untuk membuat penjelasan, mungkin sekadar jawapan spontan nak cover kemaluanmyg sudah didedahkan secara terbuka.

Kurang percaya Tuanku Sultan nak buang current layan si mamat yg keterlanjuran ini. Khalid samad kena cuci sendiri najis yg dia buat.

Tetapi adalah disarankan Khalid Samad lebih wajar dan segerakan mengadap Anwar terlebih dahulu untuk membuat penjelasan panjang lebar kerana tingkah lakunya itu membutkan mood Tuanku Sultan sudah tentu menggangu, merosakan, tidak sesuai dan selari dengan hasrat dan usaha Anwar untuk menukar MB Khalid dengan Azizah.

Tidak boleh dinafikan kesilapan Khalid Samad memang menjejaskan usaha penukaran MB sehinggakan Anwar ke depan membela Khalid dengan memohon Khalid diberi ruang memohon maaf bagi meredakan kemurkaan Tuanku Sultan. Siapa Anwar dalam isu ini?

Sepatutnya PAS atau Hadi Awang atau sekurang2nya Mat Sabu yg membuat kenyataan bagi menyokong Khalid Samad atau memohon maaf dari Tuanku Sultan...Kenapa Anwar?

6ANGKA