Lawan-Tetap-Lawan kini digunapakai oleh Khaled dalam mempertahankan dirinya untuk jawatan MB yang telah disandangnya melebihi lima tahun atas perkenan Tuanku Sultan Selangor dan kepercayaan itu setakat ini belum ditarik balik.Jika bukan Wan Azizah, isteri Anwar yang dicalonkan, mungkin Khalid tidak mendapat sokongan moral malah tidak mempunyai sebab untuk mengengkari parti tetapi apabila ada unsur peribadi dan niat jahat, sebahagian rakyat Selangor di belakang Khalid.
Keberanian Khaled menentang cita-cita rakus Anwar nyata sangat menarik untuk menjadi sejarah politik Malaysia di masa hadapan. Anwar sendiri gagal secara bersendirian untuk menggertak Khalid dan ini memerlukan DAP dan PAS untuk bersetuju dengannya.
Pendirian awal Hadi menyokong Khalid cukup membuatkan Pakatan Haram goyah seketika sehinggalah satu pertemuan menjernihkan suasana tetapi PKR masih terikat untuk memberi kenyataan bertulis kenapa Khalid perlu diganti dengan Wan Azizah untuk diperhalusi PAS dalam mesyuarat tertingginya 10hb. Sehingga tarikh itu Anwar tidak akan senang duduk.
Jika pun PAS bersetuju, atau Khalid dipecat - itu bukan jalan mudah seperti yang dijangkakan. Khalid akan bertindak balas mendedahkan segalanya kepada rakyat Selangor untuk dinilai walaupun akhirnya dia akan tewas secara bermaruah.
Jalan terbaik, ada kompromi untuk Khalid turun secara terhormat dan Tuanku Sultan Selangor perkenan!!!



.jpg)

.jpg)
