Thursday, August 14, 2014

Nurul Izzah diam ada sebab...dia muncul 50hb Januari

Tahniah kepada orang Selangor yang dijangka mendapat wargamas wanita berusia 62 tahun "otai masih berbisa" sebagai *MB baru Selangor seawal Disember 2014 atau selewatnya Januari 2015.

Atas pengalamannya sebagai seorang isteri bekas TPM yang dipecat, isteri kepada banduan, isteri kepada peliwat yang disahkan oleh mahkamah sudah tentu pengalamannya itu dapat membantu membenteras gejala sosial, akhlak dan jenayah di kalangan warga tua di Selangor.

Perjuangannya dalam parti sehingga dapat menduduki Presiden parti suaminya dan jawatan MB kelak adalah atas sumbangan peribadi, veto demokrasi terpimpin Saudara Anwar Ibrahim yang kebetulan sahaja adalah suaminya.

Jangan lupa kepada dua soldadu PAS dan Pilot Bang Mat Sapu yang banyak berjasa untuk diberi pingat, pangkat dan imbuhan bulanan sebagai tanda kasih jasamu dikenang.

Di jangka anak perempuan mereka akan turut jejak ibunya Wan Azizah untuk bertanding di kawasan selamat DUN Selangor di PRU14 sebagai pelapis persediaan menggantikan Wan Azizah yang pada masa itu terpaksa memberi laluan kepada anak perempuannya atas faktor kesihatan yang terancang.

Nurul Izzah akan mengetuai reformasi untuk membebaskan Anwar...

Semoga Negeri Selangor Darulehsan aman makmur, kesejahteraan dan kebajikan rakyat makin terjaga, harta negeri selamat, kekayaan meningkat, tidak ada kroni, sifar rasuah, kosong penyelewengan.



*Dengan syarat diperkenan Tuanku Sultan Selangor

BONGKAR: Dalang Yang Menzalimi YB Dato' Sri Anwar Ibrahim Sudah Dikenal Pasti - Bukan Mahathir...

Kenapa perjuangannya tidak diberkati...benarkah ini masih satu proses perjuangan di mana akhirnya Anwar akan berjaya juga..

Apa yang dicarinya dalam perjuangan ini? Di mana noktahnya....

Untuk apa nenek tua yang sudah dimamah usia 62 tahun untuk disurung diusung sebagai Menteri Besar bagi sebuah negeri yang termaju ? Di mana rasionalnya....

Kenapa Anwar berkonspirasi untuk menzalimi dirinya sendiri...untuk simpati ???
Apa doanya pada Tuhan Yang Maha Mengetahui.....

"Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim" - surah An-Biya' ayat 87






# Kenapa Anwar perlu terlalu bergopoh gapah menunjukkan kekuatan di atas kertas, nenek tua disokong 29 ADUN (walaupun 100 ADUN menyokong) hakikatnya Anwar tahu ia hanya laku dan sah di DUN dengan membuat usul dan undi tidak percaya kepada Khalid.

Khalid sudah beberapa kali menunjukkan ia lebih selangkah ke hadapan dari Anwar malah "prepared" sejak Kajang Move berbanding dengan anwar yang makin serabai

Kapalterbang Ditawan Sudah Mendarat...

Dua ADUN PAS dan Mat Sabu adalah antara contoh daki dan nanah yang melekat pada PAS kini sudah
menampakan diri pada satu peringkat yang agal awal tetapi dijangkakan. Ada lagi kotoran sebegini yang akan muncul setelah lama terpendam. Sudah tentu tiga seperti mereka boleh dianggap "kepala taik" yang walaupun di pandang kotor di satu pandangan tetapi merupakan "wira" di satu pandangan yang lain. Jika dinilai dengan kebendaan, mereka paling lumayan berbanding dengan kepala taik, daki dan kotoran lain yang muncul kemudian.

Jika tanpa krisis seperti isu MB Khalid ini, mereka tidak akan muncul, terendam kembang samar-samar.

Kepala taik seperti ini ada di mana-mana parti dan sudah tentu kepala taik pada PKR ialah Khalid.

Bagaimana di umno? Mungkin kena bincang lain kali atau tunggu krisis untuk mudah dikenalpasti...

Kesimpulannya apa yang Parti PAS akan buat dengan mereka? Bila sebut PAS, Pakar Analisis pun geleng kepala - tak boleh buat andaian - tak ada kajian yang boleh digunapakai - blank !!!! Keputusan akan dibuat berdasarkan AlQuran, Hadith, Ijtimak dan Qias tetapi kemudiannya Keputusan atas Keputusan ialah.....

sambungan minggu depan.....




# Dua ADUN tersebut ibarat dua roda kapalterbang yang sudah mencecah landasan dan pilotnya ialah Mat Sabu... tak faham lagi ke maksudnya halatuju PAS 17hb nanti....

Ini Bukan Krisis MB sebenarnya...

Jawatan MB merupakan satu amanah dan tanggungjawab antara yang terbesar seorang pemimpin terpaksa dilakukan demi rakyat !!!

Tetapi apabila jawatan itu menjadi rebutan melampau amat sangat, ia sangat dikagumi kerana ramai yang berebut untuk berkhidmat kepada rakyat !!!

Apa keperluan rakyat???

Tetapi krisis MB Selangor di depan mata adalah antara contoh untuk kita nilai bersama sejauh mana perebutan itu antara dua atau tiga pihak berasaskan berkhidmat kepada rakyat sebagai yang pertama dan utama atau ada sebab-sebab-sebab-sebab-sebab lain yang utama.

Jika keutamaan kepada rakyat itu  duduk no 10, jadi kenapa kita yang tidak berapa ahli pada mana-mana parti atau atas pagar bersungguh-sungguh menyokong satu pihak yang sebenarnya kedua-dua pihak adalah sama kuat hipokriknya.

Apa asas yang kita gunapakai untuk menilai dan menyokong. Atas rasa benci pada satu pihak lain ??

Adakah kita bersetuju kedua-dua pihak sebenarnya sama sahaja, mengejar pangkat untuk kuasa dan akhirnya kuasa itu kepentingan pertama untuk diri mereka.

Jika bukan untuk rakyat, biarlah mereka bergasak untuk menentukan samada akhirnya Khalid kekal atau Selangor dapat cekodok pisang terlebih tepung sebagai MB baru.

Jika kita bersetuju, kenapa tidak kita terutama yang bukan rakyat Selangor  cool dan menjadi pemerhati yang santai...
Ini drama percuma bukan dari astro.







#Azizah sudah dapat 30 sokongan ADUN tetapi boleh ke dia mengatasi (1) 4exco yg masih menyokong khalid  (2) Menamakan 3 calon MB untuk dinilai dan diperkenan Tuanku Sultan (3) Mengatasi kuasa pembubaran yang ada pada Khalid.





Wednesday, August 13, 2014

Mahathir patut belajar sesuatu dari Khalid...!!??

Sampai setakat ini, khalid move dilihat tersusun seperti yang dijangkakan secara lembut dan sederhana (tanpa perlu kumpul penyokong hunggah pagar rumah anwar). Tidak tunjuk garang, tidak perlu tumbuk meja tetapi musuh sudah mula berdarah di hidung atau tak boleh kencing 2 hari.

Sukar untuk kita melihat lim kit siang mcm cacing kepanasan, atau lim guan eng mcm lembu tak jumpa air atau anwar sendiri terkedu mcm terserempak dengan hantu tetapi semua itu berlaku sebaik sahaja khalid melangkah keluar dari istana.

Sampai hari ini PAS belum buat keputusan rasmi, exco pas yang dikekalkan sekor dua dah mula bersikap kurang ajar dengan katadua pada khalid - mungkin mereka anggap Khalid mati langkah tanpa sokongan PAS.... Hakikatnya kalau ramai menjangkakan Hadi cukup takut dengan anwar atau hadi pasti ikut bontot anwar apakah khalid tidak mempunyai keupayaan untuk membeli bulan kepada Hadi?

Kalau lihat mahathir move terhadap anwar, rasanya jika khalid berada di sisi Mahathir pada masa itu, Tun boleh belajar sesuatu dengan Khalid.

Jika Mahathir kena belajar sesuatu dengan Khalid untuk berdepan dengan Anwar...bagaimana dengan AG, KPN, paklah, najib, muhyiddin, zahed, hishamuddin, kj, nazri, mukhriz...sekadar menyebut beberapa nama...

Mungkin kena masuk tadika semula kot... depa ni terkial-kial mati kutu bila kena sergah dengan anwar




# paklah penasihat mas bercuti dan beraya sakan di australia walaupun mh17 baru saja ditembak jatuh.
# najib batalkan open house raya kerana bersedih atas mh17
# kemudian najib hilang dari belanda untuk percutian misteri? dirahsikan dari pengetahuan rakyat? apa sebab? perbelanjaan duit rakyat @ duit sendiri @ ada yg sponsor....

Siapa kabinet Najib calon PM pilihan DAP ??

Usaha menamakan Ku Li sebagai PM oleh Pakatan Pembangkang memang pernah menjadi satu khabar angin yang serius sebelum PRU13 dan dianggap merupakan usaha bersama ketiga-tiga parti komponen. Usaha itu juga di anggap sebagai tujuan memecahbelahkan atau melemahkan UMNO jika Ku Li istihar sertai pembangkang.

Perkara itu bagaimanapun menjadi reda tanpa mengetahui sebabnya?  Pendedahan baru-baru ini menunjukkan usaha itu lebih kepada keinginan PAS dan seperti diketahui umum ianya bercanggah dengan kehendak peribadi Anwar untuk menamakan dirinya sendiri sebagai PM. Apakah DAP juga bersetuju dengan PAS atau adakah DAP membantah tidak pula dinyatakan.

Persaolannya kalau umno itu huduh dengan tuduhan kroni, rasuah bla bla bla...kenapa pula DNA umno begitu mahal dan sangat diperlukan? Anwar sendiri ada DNA umno, PAS sendiri pernah berlumur dengan umno dan hero sekarang MB Khalid juga ada DNA umno.

Jika sudah didedahkan PAS berminat Ku Li dilantik sebagai PM....bererti tidak mustahil DAP juga ada? Siapa orangnya kita boleh bayangkan siapa selepas ini.. Terlalu sukar untuk kita percaya DAP luar dan dalam setuju Anwar... kenyataan luar mungkin yes...dalam kepala mereka mungkin senada PAS atau sebenarnya ada yang lain...

Secara terbuka DAP sedang mengangkang luas membuka keahlian kepada Melayu...sudah ada beberapa pucuk muda yang sedang digilap untuk dicalonkan dalam PRU Selangor atau PRK dan PRU14.....

Tetapi sebagai calon Melayu  PM atau MB dari DAP...keperluan diisi mestilah dari mereka yang sudah ada nama, berpengalaman, berpengaruh dan paling penting sepoket, sekandang dan sekepala dengan mereka...sekali lagi tidak boleh lari dari DNA umno juga sebagai kilang kepimpinan yang bagus...

Jika nama Ku Li dimasukkan sebagai pilihan mereka, itu sekadar cadangan sebelum ini dan mungkin tidak lagi sekarang... Ku Li sendiri secara logiknya sudah timed out.  PAS pun mungkin sudah ada calon baru, lebih muda, lebih bersih, lebih licin...

Sebagai jalan pintas DAP  mungkin lebih berminat kepada calon dari umno yang ada tiga kebolehan utama:
1. Boleh berlari datang pantas apabila dipanggil...
2. Boleh mengatasi blogger-blogger pro-umno yang " tidak ada otak.."
3. Lebih kuat menyalak pada Mahathir lebih bagus..

Ada ke calon hancing yang macam idaman DAP itu...


File exco PKR dan DAP kepada SPRM????

Kalau pejabat MB dah hantar fail MB ke SPRM sudah tentu sesuai sangat file exco dihantar sekali...


# khabarnya umno walaupun menyokong Khalid terus sebagai MB tetapi akan tolak jika ditawarkan exco - perkembangan sihat.
Exco sepenuhnya dari PAS + ADUN BEBAS yang keluar dari PKR dan DAP !!!!

Pendedahan Chegu Bard bikin madani goyah

Najib razak didapati bersalah dan dihukum - selesai. Diberi pengampunan oleh Agong Sultan Pahang dan didakwa  ada addendum Pertanyaan telah ...