Sunday, August 17, 2014

3 Perkara Yang Nik Aziz Jangan Buat-Buat Lupa

* Apa yang Hadi nak mengadu lagi kepada Nik aziz yang sudahpun tahu kesimpulannya ?

Apa yang terjadi dalam PAS kini dalam semua perkara dan semua isu, pelbagai bahasa dan kata boleh diungkap, tahniah, takziah, simpati, padan muka......

Tetapi semua ini tidak boleh lari dari peranan utama Nik Aziz yang mengambil 3 sikap yang berlawanan dengan fitrah seorang Islam yang lebih mengetahui hukum hakam tetapi bertindak melayan untuk kepuasan emosi, dendam dan nafsu politik dunia..

Pertama kerana menyokong Anwar yang sah melakukan sex diluar tabie yang dilarang keras oleh Islam
- Nabi pun tak mengaku umat tetapi Nik Aziz terima sebagai pemimpinnya.
Sekarang bertambah kuat dan ramai, mereka menyokong atas dasar apa? anwar difitnah? Pernahkah anwar mengambil langkah untuk membuktikan dirinya benar? Kes mahkamah yang ada sekarang adalah kes pertuduhan ke atasnya dan bukan anwar yang membawa kes ini untuk membersihkan namanya (2 perkara yang berbeza)

Kedua kerana mengambil sikap membenci UMNO kerana dendam yang tidak kuat asasnya - Di mana sikap pemaaf? Sedangkan pandai pula dia menasihati MB Khalid untuk menjaga aib munafik? Di mana musyawarah ? Perjumpaan pun ditolak atas alasan politik.

Ketiga kerana menerima dan lebih percaya kafir musuh Islam yang nyata DAP -
Sedangkan dahulu UMNO dikafirkan oleh Fatwa Hadi kerana berkawan dengan MCA. Persahabatan UMNO dengan parti bukan Islam dalam lingkungan (dominan/menguasai) tetapi hari ini PAS bukan sahaja tunduk tetapi sudah sampai sujud kepada DAP?

Inilah jasa, amalan, zikir dan sedekah jariah nik aziz kepada umat Islam yang dia akan bawa sebagai bekalan ke padang masyar - tolong sampaikan pesanan ini kepadanya bagi yang berkesempatan bertemunya untuk dia perbetulkan sebelum ajal menjemput.

Oleh itu apabila ulama sudah dipersenda dan diketepikan, anwarinas menguasai, yang haram dihalalkan oleh
mereka yang sedang menguasai PAS buat masa ini seharusnya tidak perlu ada rasa terkejut kerana apa yang nik aziz benih dan semai kini adalah hasil nya yang sedang dituai.

Mat Sabu jugalah orang yang diselamatkan oleh Nik Aziz dalam kes khalwatnya di Kota Bharu dan kini orang sama membalas budinya, menjadi pengikut setia aljuburi.

Nik Aziz pernah meminta maaf secara am (selepas tidak lagi dipilih sebagai MB Kelantan kerana tidak dapat perkenan Sultan),  tetapi 3 tindakannya di atas perlu  pengkhususan kerana virus sedang merebak.





# Jika ada sesiapa yang menganggap 3 perkara itu kebaikan maka terbaiklah jadinya.

Last Card: Londeh, Parti Baru, Bubar DUN

Haji Hadi dan UG belum kalah
Khalid belum tewas
UMNO boleh tumpang sekaki

Fokus kpd kegiatan "komunis" dan anti-Islam yang terbukti DAP lakukan.
UMNO kena pastikan undang2 tidak dibeli oleh mana2 pihak.
Calon DUN PAS mestilah bersih anwarinas.

Selangor mesti dikembalikan kepada PAS tanpa anwarinas, dibantu umno dan parti baru khalid.
Buka dan serah file untuk hantar seramai mungkin  bekas exco PKR dan DAP untuk mengiring Anwar ke sg buluh resort.

MENU Politik Orang Islam di Malaysia









Nasi Lemak Tercemar Najis (PKR)
Ikan Kembung Busuk (UMNO)
Sayur Lendir (PAS)
Sirap Lemau (Khalid)




Babi Panggang Fresh AAA (DAP)

Saturday, August 16, 2014

Pendirian Terkini PAS masih menyusahkan Pakatan

Khalid meneruskan sisa hayat MB Selangor dengan menubuhkan kerajaan minoriti sehingga 22hb
Ogos menunggu keberangkatan pulang Baginda Tuanku Sultan Selangor dari luar negara untuk meneliti perkembangan semasa.

Dalam masa yang sama adalah perlu Pakatan Pembangkang menghantar surat untuk mengadap Tuanku dengan menyertakan bersama 3 nama yang selari dengan kehendak Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor jika berhasrat melancarkan proses perlantikan MB yang baru.

Pakatan belum lagi membuat persetujuan bersama walaupun DAP dan PKR bersetuju hanya mencalonkan Wan Azizah tetapi PAS mahu nama Azmin turut dicalonkan.
Keputusan PAS ini bermakna mereka menerima sebab-sebab Khalid perlu diganti berbeza dengan pendirian Hadi dan Nik Aziz sebelum ini.

Jika nama-nama yang dicadangkan tidak diperkenan Tuanku dan Pakatan masih bersikap degil, jawapan terbaik ialah pembubaran DUN.

# Pendirian PAS terkini masih menyusahkan Pakatan kerana turut mencadangkan nama Azmin kerana ia tidak selari dengan hasrat Anwar dan DAP.
Ini membuatkan Azmin turut memasang angan-angan kerana ia merupakan calon yang lebih layak dan bagaimana kesannya nanti jika namanya di reject Anwar saat akhir tidak dicalonkan?
PAS tidaklah perlu tunjuk jantan lagi - memadai ikut sahajalah kata Anwar.




Ketaksuban Memusuhi UMNO adalah jasa, amalan, sedekah jariah Nik Aziz yang akan dibawa sampai ke padang masyar

# PAS telah tetapkan hari ini untuk membuat keputusan, tetapi secara terang-terangan PKR "membeli 2 ADUN PAS" untuk menyokong Azizah pada 14hb. Inilah kebiadapan dan ugutan kotor Anwar tanpa sedikitpun rasa hormat kepada Presiden PAS.
Jika PAS masih mahu kekal di Pakatan semata-mata undi cina, kita sudah boleh tahu apa jenis PAS ini... Posting asal di bawah bertambah kuat isinya.




PAS kini berhadapan dengan pelbagai krisis identiti yang kronik dan menjadi-jadi serta semakin terdedah dalam krisis MB Khalid.
1. Sikap tidak menghormati Presiden, Hadi Awang
2. Bai'ah yang selama ini sangat ditakuti kini hanya menjadi perkara mainan
3. Terlalu ramai pemimpin yang jadi "Presiden" dalam memberi pandangan keputusan.
4. Pemimpin PAS mudah dan sedia dibeli
5. Ahli kepada parti PAS, cinta dan setia kepada parti lain
6. Anwarinas ketara dalam PAS tanpa mampu dibersihkan....bukan setakat di peringkat pemimpin tetapi sudah menjalar di akar umbi.
7. Kegilaan kepada material dan kemewahan di semua peringkat mengatasi asas perjuangan mereka, Islam sekadar topeng dan diperalatkan
8. Tidak ada sesiapa yang boleh membaca apa yang ada dalam kepala otak pemimpin PAS dalam situasi kritikal
9. Terlalu banyak Badan membincang dan membuat keputusan hinggalah ke Mesyuarat Tertinggi AJK Pusat tetapi semuanya tidak terikat, longgar antara satu sama lain dan akhirnya satu pun tak boleh pakai.
10. Keputusan di Mesyuarat dan perlaksanaan diluar tidak selari
11. Ketaksuban memusuhi umno adalah jasa, sedekah jariah nik aziz yang akan dibawa sampai mati membelakangkan siratulrahim dan persaudaraan Islam
12. Mereka lebih berpegang kepada tali babi dari tali siratulrahim
13. Apabila berbalah mereka merujuk kepada DAP dan PKR bukannya Al Quran dan Hadith





Bagaimana dengan UMNO itu sendiri  ?

Apakah Najib sedia memberi laluan kepada Anwar..

Tun Mahathir berpendapat pilihanraya DUN Negeri Selangor tidak akan menyelesaikan masalah sebenar politik dalaman PKR dan Pakatan mahupun politik negara sehinggalah cita-cita Anwar menjadi PM tercapai.
Tun cadangkan Anwar dilantik PM untuk tempoh sebulan walaupun mungkin itu masih belum cukup padanya.

#

Tidak pula Tun perjelaskan kenapa jawatan PM sangat penting untuk Anwar dan apa sebenarnya yang dia akan lakukan sebagai PM yang tidak boleh dilaksanakan jika bukan PM.

Jika Anwar mahu memadam segala sejarah titik hitamnya, tanpa PM pun anwar boleh lakukan sekarang jika dia "benar" - Bukankah menang di Selangor petanda awal dia masih disokong, bukankah anwar sendiri kata dia menang 52%..selebihnya...dia perlu teruskan perjuangan demii rakyat, memakmurkan rakyat...insyaAllah di penghujungnya akan putih bersih... Tetapi apakah Anwar sekarang memperjuangkan rakyat?

Ketika anwar mendakwa umno rasuah, menyeweng dan kroni..kenapa dia tidak buktikan dirinya bersih, keluarganya bersih, partinya bersih, pemimpin kanannya bersih dan Pakatannya bersih..Bukan sahaja bersih tetapi dilihat bersih...tidak cukup dan memadai sekadar berdamping dengan ambiga BERSIH yang jijik.

Jalan pintas - bubar PKR, joint UMNO dan lawan Najib...
Apakah anwarinas di dalam umno lebih ramai dari dalam PAS  ?


Friday, August 15, 2014

BUBAR - kembalikan hak memilih kerajaan baru kepada rakyat..

Apa juga keputusan PAS perlu dihormati - keputusan yang tidak akan memenuhi citarasa semua orang dan  jalan terbaik ialah bubarkan DUN untuk kembalikan hak kepada rakyat untuk memilih sekali lagi apabila ada kekecohan sesama mereka.

Konsensus Pakatan Selangor juga elok dibubarkan kerana itulah yang menimbulkan perbalahan dan kekecohan, lagipun Pakatan tersebut adalah haram dan tidak didaftarkan.


Kerusi MB Selangor wajar diserahkan kepada parti yang banyak memenangi kerusi DUN dan bukan lagi milik mutlak PKR jika gagal mendapat majoriti DUN.

DAP wajar meletakan calon Melayu yang berwibawa sebagai persediaan canlon MB yang baru jika mendapat majoriti DUN kelak. Tidak salah DAP memilih calon MB juga seorang wanita.



6ANGKA