Mengenai kebanjiran 30 ribu warga Bangladesh di tanah tinggi Cameron
Highlands.
Titah
Baginda Sultan Pahang, kenyataan itu bukan sahaja menakutkan rakyat Pahang, malahan baginda
turut berdukacita berhubung kenyataan itu.
Baginda
bagaimanapun tidak menafikan wujud pendatang asing warga Bangladesh yang
diambil bekerja secara tidak sah. Namun jumlah yang digembar gemburkan di
dada-dada akhbar SEBELUM INI adalah tidak benar.
"KITA
TAK ADA SAMPAI 30 RIBU WARGA BANGLADESH DISINI,INI SEMUA KHABARAN - KHABARAN
PALSU.
IN
ENGLISH THE NEWS IS VERY DAMAGING.. TO MY RAKYAT. KITA TAK BOLEH CUBA CAKAP
TANPA ADA INFORMASI YANG BENAR.
JANGAN
CUBA NAK TAKUTKAN RAKYAT SAYA, TERUTAMA SEKALI DI CAMERON HIGHLANDS."
Sehubungan
itu, baginda mahu semua pihak perlu mendapatkan maklumat sahih berhubung
kenyataan itu daripada pegawai daerah Cameron Highlands, dan agensi-agensi
terlibat.
"SAYA
BERHARAP KEPADA TUAN - TUAN DAN PUAN - PUAN PERKARA NI KALAU NAK DIBUAT PADA
MASA AKAN DATANG BERJUMPA PIHAK YANG BERKUASA.
MACAM DI
CAMERON HIGHLANDS DATUK DO SAYA ADA DISINI. WE GIVE U WHATEVER INFORMATION U
WANT. WE WILL NOT HIDE FROM U."
Baginda
dalam pada itu turut bertitah, akan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak bagi mengatasi masalah kebanjiran warga asing di Pahang,
terutama di Cameron Highlands.
Baginda
sebelum itu ditemui pemberita selepas berkenan mencemar duli ke majlis taklimat
bencana banjir dan tanah runtuh di bilik Gerakan Pejabat Daerah dan tanah
Cameron Highlands.
Turut
hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri DiRaja Adnan Yaakob serta barisan Exco
- Exco Kerajaan Negeri serta pegawai - pegawai Kerajaan yang berkaitan.
http://semuthitam80.blogspot.com/2014/11/jangan-takutkan-rakyat-saya-sultan.html
#
Isu pendatang haram bukan isu baru malah ia merupakan ancaman terbesar negara di masa akan datang. Jumlah 30 ribu Bangla di Cameron bukan juga satu jumlah yang tidak manasabah..
Kalau nafikan..berapa jumlah sebenar, kenapa tidak dinyatakan ??
Satu lagi tentang "isu surat kuning" - bukan sesuatu yang mustahil.
Dalam hal ini kenapa statement tidak datang dari Kerajaan Negeri sebaliknya menggunakan suara Sultan ??
Samada 10, 20 atau 30 ribu - ia tetap menakutkan rakyat Pahang dan Pelancong !!!
BELAJARLAH SESUATU SEPERTI DI BAWAH..
Thursday, November 20, 2014
INDONESIA BERANI KARAMKAN KAPAL-KAPAL
NELAYAN MALAYSIA ATAS ALASAN JAGA SEMPADAN, IMIGRESEN MALAYSIA PULAK MALU-MALU
NAK BANTERAS PATI INDONESIA!!!
Dasar Jokowi untuk menjaga
kepentingan negaranya, menyaksikan perintah mengaramkan kapal-kapal nelayan
Malaysia yang memasuki perairan negara itu secara haram atau tidak
disengajakan, pasti akan menimbulkan kejengkelan memandangkan Malaysia
menampungkan belasan juta rakyat Indonesia di serata Malaysia sama ada sebagai
pekerja halal atau pun pendatang haram.
Pentadbiran baru Presiden Indonesia
merancang untuk mewujudkan pengawal-pengawal laut yang menjaga sempadan negara
itu daripada dicerobohi oleh kapal-kapal dari negara jiran, terutama sekali
kapal-kapal nelayan.