Ada beberapa perkara yang sedang berlaku..1) Sesetengah peniaga sudahpun mengenakan GST walaupun sepatutnya bermula 1hb April .. mana dia pemantauan dan penguatkuasaan (?) awal-awal lagi dah failed..
(a) stok lama yang dibeli sebelum 1hb April juga akan dikenakan GST (?)
2) Sesetengah perkhidmatan dan barangan yang dikecualikan GST tetapi sudah dinaikkan harga, semuanya dengan pelbagai alasan, antaranya sudah lama tiada kenaikan harga..
3) Ada orang kampong yang sedang menunggu pemberian GST kepada mereka sepertimana mereka mendapat BRIM..
4) Rakyat sudah tidak sabar-sabar menunggu 1hb April untuk sama-sama merayakan dan berpesta pada hari bersejarah tersebut, kemenangan rakyat yang memilih kerajaan menepati janji - sewajarnya kerajaan umumkan sebagai public holiday.
5) GST dapat mengekang rasuah kerana selepas ini ramai yang tidak mahu terlibat dengan rasuah yang mungkin juga dikenakan GST 6% oleh pihak penerima (?)
# Perlaksanaan GST mencerminkan janji kerajaan untuk mendahului rakyat telah ditepati kerana berdasarkan perancangan, berdasarkan janji, hasil kerajaan akan bertambah untuk dikembalikan kepada rakyat dalam segala bentuk.








