Ada khabar dari Selangor mengatakan adanya RAYUAN BERSUNGGUH daripada pemimpin UMNO agar Azmin Ali tidak menasihatkan Tuanku Sultan supaya membubarkan DUN, kerana takut berdepan dengan rakyat.
Situasi ini memang pelik. Sepatutnya, mana-mana parti politik gembira dengan keruntuhan
kerajaan yang menjadi lawan mereka, dan seterusnya mampu membuka ruang supaya partinya dapat bertanding dalam PRN.
Pelik, sampaikan ada usaha RAYUAN ini terjadi di Selangor. Sampaikan sanggup mengatakan kepada Azmin Ali bahawa semua wakil rakyat UMNO akan berikan sokongan kepadanya. Ini perjanjian syaitan apa di bulan Ramadhan? Kalau syaitan sudah dibelenggu, mana datang pula perjanjian semacam ini.
Katanya, ketakutan ini disebabkan UMNO Selangor tidak bersedia. Katanya di atas kertas, bukan tambah kemenangan, tetapi hilang lagi 7 seats berbanding 12 yang ada sekarang.
Pemimpin tersebut takut PRN akan menyebabkan UMNO Selangor sama sekali ditebas dalam politik di negeri tersebut.
Kita jadi pelik, kerana tak pernah ada ketika UMNO Selangor berada di dalam keadaan begini daif.
Katanya keputusan untuk MEMASTIKAN TIADA PILIHANRAYA ini diambil sebulat suara di Bandung. Semua bersetuju mereka belum bersedia. Mereka perlukan bajet tambahan dalam memastikan kemenangan dapat dicapai.
Ada yang kata, setiap calon Ahli Parlimen UMNO di Selangor mesti diberikan bajet RM15 juta seorang untuk 3 tahun yang akan datang. ADUN perlu diberikan RM5 juta seorang. Barulah kerajaan Azmin Ali boleh ditumbangkan.
https://gelagatanwar.wordpress.com/2015/06/18/pemimpin-umno-sendiri-rayu-azmin-ali-supaya-tidak-laksanakan-pilihanraya-kenapa-takut/
#
Ramadhan bulan keinsfan untuk menyatakan benar walau pahit !!!
Ramadhan bukan diperalatkan untuk menghalalkan cara.