Saturday, December 5, 2015

KEMANGKATAN


Tempoh berkabung telah di tetapkan selama tujuh hari bagi rakyat Johor bermula dari tarikh kemangkatan baginda. Penutupan pusat-pusat hiburan dan penganguhan majlis-majlis berbentuk hiburan di Johor pada hari kemangkatan dan hari pemakaman baginda.
Rakyat Melayu, Islam hendaklah memakai kain putih selilit 2 inci pada songkok dan bagi yang bukan beragama Islam, mereka hendaklah memakai selilit kain hitam selebar 7.62 cm di lengan kiri atau memakai tali leher berwarna hitam.
Bagi perempuan Islam pula, mereka hendaklah memakai tudung kepala warna putih manakala bagi orang perempuan bukan Islam, mereka perlu memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri.
Lelaki Melayu perlu memakai baju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam manakala lelaki bukan Melayu perlu memakai lounge suit warna hitam, tali leher hitam dan selilit kain hitam tiga inci di lengan kiri. Segala darjah dan pingat juga hendaklah dipakai.....

Sunday, November 29, 2015

UMNO TAWAN KELANTAN.MAI KOT MANA..

Tok Pa kata PRU akan datang UMNO yakin tawan Kelantan dari PAS.

Ertinya Tok Pa nak bagitau kepada pemimpin negeri Kelantan supaya duduk diam-diam, jaga Ketua Cawangan masing-masing, jangan terjangkit dengan Virus Pagoh.

Kelak kalau tawan Kelantan, banyak jawatan kosong, banyak harta karun yang hendak di bahagi-bahagikan.

Mampu tawan berasas kerana ketiadaan Nik Aziz dan perpecahan pembangkang.

Ia tidak berasas UMNO makin kuat (?)

Apakah Pakej UMNO yang mengandungi..
1) Najib
2) GST
3) TTPA
dapat diterima rakyat Kelantan.

Di MITI sendiri, dibawah jagaan Tok Pa dan Ahmad Maslan, Pegawainya menganggap Menterinya macam "lembu" belum lagi terjawab....

Untuk tawan Kelantan, sewajarnya Tok Pa mengambil sikap menjarakan diri dari Najib atau sekurang-kurangnya bersikap seperti Khaled Nordin menguruskan politik negeri.


MAHATHIR SAY YES TO ROTI NAN

Zahed kata, jemputan ke atas Dr Mahathir ke PAU, on the way...

Nan kata, kalau jemput, Dr Mahathir mugkin tak datang...

Mana satu ni?
Jemput ke tak jemput?
Jangan buat alasan macam macam lepas ni....

Dr Mahathir sahkan akan hadir jika dijemput !!!

Aduyai...ada yg pening dan cemas kot...

Saturday, November 28, 2015

Suara Ketua Cawangan Akan Jadi Cakap Kosong...

Dalam kita menyokong suara dan tindakan ketua ketua cawangan, dalam masa yang sama sokongan itu bersandarkan kepada keberanian mereka mengatasi Ketua Ketua Bahagian dan Majlis Tertinggi.

Tetapi dalam masa yang sama semua suara suara itu walau di kata makin meningkat tetapi realitinya akan lenyap jua.

Bukan sahaja kerana jumlahnya yang tidak mencukupi tetapi lebih kepada faktor tekanan yang akan dikenakan kepada mereka secara tidak langsung.

Setiap dari mereka akan disusahkan dan akhirnya akan ada yang jadi pak sanggup untuk membuat pengakuan kononnya ujud si dalang dan kambing hitam.

Tidak mustahil gerakan dan strategi sedang disusun dan paling mudah mengaitkan mereka dengan pembangkang (diperalatkan) atau berkait rapat dengan yang mengancam keselamatan negara.

Adalah tidak logik akal, bahtera bugis pecah karam sekadar dilambung ombak kecil dan dilanggar perahu kecil.

Semua itu sekadar angan2 ular lidi nak telan ular sawa.

Penentuan terbaik, PRU kerana itulah ubat itulah penawar.

Friday, November 27, 2015

DUIT SENDIRI, TENAGA SENDIRI, T SENDIRI...PESANAN BUAT MUHYIDDIN

Malas dah nak komen panjang panjang pasal Muhyidfin Yassin seeloknya letak jawatan Timbalan Presiden kalau dah sampai tahap tidak lagi dihormati, disegani dan dihargai.

Kalau parti sendiri, rakan seperjuangan dan Presiden tunjuk belang apa guna bersarung keris dipinggang kalau kerisnya sudah dicabut orang.

Di mana maruah UMNO Pagoh...mana Pemuda nya, mana Puteri nya, mana Wanita nya...kain merah simpan dalam almari, UMNO Johor...berdetik pun tidak, mudahnya dipijak-pijak.

Elok contohi Ketua Cawangan (GKCM) duit sendiri tenaga sendiri, telor sendiri dalam erti perjuangan.

TUAN BADAN TAK TAU MALU, AHLI DAN.RAKYAT YANG MALU....

1) Bodoh tak kalau pecat ahli tanpa ahli itu hadir untuk menafi atau membela diri...

1(a) Sewel tak Pengerusi dan Jawatankuasa Disiplin dan Tatatertib hanya setaraf cop dan getah pemadam.

2) Bangang tak kalau pecat ahli tanpa memberi surat tunjuk sebab terlebih dahulu...

3) Bingai tak kalau pecat atas tuduhan yang salah, yang tidak pernah dilakukan oleh si tuduh..

4) Bengap tak kalau angggap presiden itu parti, parti itu presiden...

5) Unta tak rakyat kalau masih nak pilih parti yang ada pemimpin macam kaldai...

6) Rakyat yang layak mengundi mempunyai hak, pilihan dan tanggungjawab untuk tidak mengundi..

7) Tolak semua pemimpin yang rasuah dan tidak amanah...

Thursday, November 26, 2015

PDRM, AG SEDANG DIUJI INTEGRITI....

Adik Mendiang Kevin Morais Perlu Bantu PDRM, Jangan Sembunyi Maklumat - KPN

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Adik mendiang Anthony Kevin Morais perlu tampil membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kes pembunuhan abangnya atau berdepan tindakan kerana menyembunyikan maklumat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata PDRM akan memanggil Charles Suresh Morais berhubung satu laporan bahawa beliau mempunyai maklumat tertentu berkaitan kes pembunuhan mendiang abangnya itu.

"Tindakannya tidak mendedahkan maklumat boleh dianggap satu kesalahan kerana menyembunyikan maklumat. Jika dia (Charles Suresh) benar memiliki maklumat berkenaan, ia seharusnya diserahkan kepada PDRM untuk membantu siasatan.

"Saya cadangkan dia berkongsi maklumat dengan polis supaya tindakan dapat diambil. Polis tidak boleh bertindak jika tidak mempunyai maklumat mengenai mendiang Kevin," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Khalid mengulas laporan sebuah portal berita tempatan hari ini bahawa maklumat tertentu disimpan di dalam pemacu USB dan kini berada di Amerika Syarikat bersama seseorang yang diarah mendedahkan kandungannya kepada umum sekiranya sesuatu tidak diingini berlaku.

Mayat Morais, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 Sept lepas, dan sebelum itu Morais dilaporkan hilang pada 4 Sept lepas.

Morais kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini, untuk ke tempat kerjanya di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.

-- BERNAMA


Tindakan undang undang wajar di ambil ke atas Charles Suresh Morais yang membuat sumpah berkanun berhubung pembunuhan abangnya Kevin Morais dengan mendakwa kemungkinan ada bukti dan motif mengakibatkan pembunuhan.
Rakyat sudah jemu dengan pelbagai dakwaan salah laku kerajaan atau individu tertentu tetapi tidak tampil kedepan dan berakhir tanpa berita.
Apakah mereka akhirnya diam kerana sudah kenyang atau sembunyi dalam ketakutan dan paling tidak mereka yang "bising" ini wajar disiasat dan didakwa...
Image result for adik morais

6ANGKA