Sunday, June 5, 2016

Tun Dr Mahathir dah tak ada Melayu...

Kemaskini:
Tun akan turun berkempen di KK dan SB bagi menyokong calon yang sokong Deklarasi Rakyat sekaligus bererti tidak akan membantu calon PAS dan UMNO yang tidak menandatangani Deklarasi Rakyat.

Dakwaan juga dibuat bahawa Mahathir sangat takut kepada kerjasama PAS dan UMNO (?) Setakat dan sejauh mana kebenaran tersebut (?)

Selagi PAS dan UMNO tetap lawan sesama mereka mana mungkin kerjasama tersebut (?) Tidak mungkin PAS sanggup memberi kawasan putihnya kepada UMNO dan begitulah sebaliknya kecuali Presiden PAS sudah termakan budi (?)

Gerak kerja PAS di KK dan SB yang dikendalikan oleh pelapis baru PAS terpaksa berhadapan dengan gerak kerja PAN yang dulunya merupakan tonggak utama PAS.

Adalah sukar dan hampir mustahil untuk PAS menang kali ini dan dijangka tercorot. yang untung adalah calon UMNO.

'...........

ASAL:
Bulan puasa aku hanya mampu beristighfar apabila ada yang sudah tidak tertahan, tak tahu pula sakitnya di mana bila menganggap Tun tiada lagi Melayu dan perjuangannya bukan lagi Melayu dan Islam semata mata sepentas dengan Lim Kit Siang.

Aku lega itu tafsiran mereka, aku lega jika sekadar itu membuatkan mereka benci dan sakit hati pada Tun.

Aku tak kesah kalau mereka kata Tun kurang Melayu, alhamdulillah mereka tak kata Tun mengkhianati Melayu.

Terpulang kepada mereka untuk tafsir Tun tidak perjuangkan Melayu dan Islam kerana sepentas dengan DAP.

Aku pun rasa Tun tidaklah asyik ulang demi Melayu demi Melayu dan tidaklah pula bersahutan takbir, takbir, takbir untuk menggambarkan Tun lebih Islam dari orang lain.

Tun hanya lebih menumpukan soal rasuah, menyeleweng, menipu, membazir dan meminta pengamalnya berundur.

Adakah itu tidak cukup Melayu, tidak cukup Islam (?)

Kalau bukan sepentas dengan DAP adakah UMNO dan PAS sediakan pentas untuk Tun (?)

Mungkin bagi mereka, kena pakai baju hulubalang, kena pakai baju Melayu sedondong, kena pergi umrah setiap minggu... barulah Islam dan Melayu.

Kalau buat semua itu, itulah pemimpin Melayu dan Islam sejati walaupun dalam masa yang sama kaki kencing, penipu dan makan rasuah.

Alhamdulillah mereka benci Tun kerana sekadar sepentas dengan apek tua, mereka sedar mereka tiada bukti untuk tuduh Tun rasuah dan menyeleweng, kalau ada sudah tentu polis serbu dan tangkap Tun.

Kalau sekadar hadir di BERSIH pun kena siasat, tentulah kalau ada bukti rasuah, Tun tidak akan dilepaskan.

Alhamdulillah, Tun berani kerana benar walaupun dituduh kurang Melayu.

Apakah takut kerana salah itu lebih Melayu dan Islam.

Heh...


Saturday, June 4, 2016

PEMIMPIN UMNO MUFLIS KEMANUSIAAN

KENYATAAN TAN SRI SANUSI JONED

Kenapakah Tun Dr. Mahathir, seorang negarawan ulong, pada umur lebih 90 tahun, sanggup dengan gigih bangun, dan mengorbankan keselesaan hidup sehingga dihina oleh budak didikan dia sendiri, dipecat dari jawatan penasihat Petronas, pengerusi Proton, setelah lebih dahulu beliau meletakkan jawatan tetapi tidak diterima.

Setelah itu Tun dihina dengan tidak lagi diberi kemudahan pengiring polis bermotosaikal apabila beliau kemana-mana, sedangkan di luar negara, di Korea Selatan, Jepun dan Indonesia beliau begitu dimuliakan walaupun dalam lawatan di waktu beliau sedang dihina dalam negara sendiri.

Beliau dihina terus dengan kedatangan pihak polis untuk menyoal siasat beliau atas apa saja teguran yang beliau buat ke atas salahlaku dalam negara, sedangkan orang yang dilaporkan kepada polis sebagai penyeleweng tidak diselidik secara telus.

Semua penghinaan, yang banyak lagi, tetapi terlalu panjang untuk dihuraikan, semata-mata kerana TUN MENENTANG RASUAH yang SALAH DI SISI SEMUA UGAMA, sekaligus MERUSAKKAN BANGSA dan NEGARA.

#saveMalaysia
#beranikeranabenar

TSSJ

Friday, June 3, 2016

TANDATANGAN DEKLARASI RAKYAT SEBENARNYA MENCECAH DUA JUTA (?)

Sekarang ni sebok benar tiga pihak yang sedang berantakan jumlah sebenar tandatangan deklarasi rakyat termasuk dakwaan jualan data.

Sebagai pemerhati sukar untuk menyatakan pihak mana yang benar tetapi sudah pasti ada "sabotaj" sedang berlaku dimana sekali lagi "dedak" jadi keutamaan mereka kerana muka muka yang terlibat sangat dikenali terdesak dan pelahap.

Balik pada asal, deklarasi Tun Dr Mahathir pada mulanya dianggap enteng dan sedikitpun tidak menjadi kudis kepada Najib tetapi akhirnya pelbagai celaan dilemparkan.

Begitu juga dengan tandatangan deklarasi untuk dipersembahkan kepada Yang DiPertuan Agong dianggap tidak mampu untuk menurunkan Najib kecuali melalui pilihanraya.

Tetapi apabila Tun mengistiharkan 1.2 juta telah tandatangani deklarasi dan perkenan DYMM Yang Di Pertuan Agong untuk diserahkan.

Ianya menjadi satu kecoh dan gerun sehingga Tun berpandangan ia sengaja dihalang untuk mengadap.
Dan dalam masa yang sama dakwaan telah dibuat oleh cikgu tak sekolah bahawa jumlah tersebut adalah "tipu".

Kalau dilihat kepada standing awal puak Najib bahawa deklarasi tidak menjadi kudis, tandatangan deklarasi tidak menjadi kudis tetapi kenapa perlu disukarkan.

Biarlah dua juta sekalipun tandatangan deklarasi tersebut jika mereka cukup yakin ia tidak jadi kudis.


Thursday, June 2, 2016

RANTING BERGAYUT DAH REPUT, PAPAN PIJAK MAKIN RAPUH...

Hari ini di peringkat internasional, Malaysia menjadi perhatian kerana memiliki seorang PM yang sedang diperkatakan atau dilibatkan dengan satu skandal kewangan terbesar di dunia yang akan berakhir dengan negara mampu muflis.

Beberapa siasatan yang sedang dilakukan oleh pelbagai pihak bererti ada asas yang kukuh dan logik.

Pendakwaan yang secara tidak langsung berlaku di Singapura terhadap sebuah bank melibatkan 1MDB juga petanda tidak sihat untuk sebuah negara seperti Malaysia.

Kekal terus menjadi PM satu satunya kesilapan besar yang dilakukan oleh Najib. Apa yang dia mahu pertahankan atau sebenarnya lebih kepada cuba menyembunyikan.

PM bukan sahaja perlu bersih tetapi perlu dilihat bersih, dihormati dan masih mempunyai integriti yang tinggi oleh kawan dan lawan.

Selama mana Najib boleh mempertahankan kedudukannya yang dikelilingi oleh kawan makan kawan, penyokong plastik dan sokongan kosmetik (?)

Lambat laun Zahid Hamidi juga akan tunjukkannya pintu keluar.

Mujurlan maruah rakyat Malaysia masih ada, gara gara teguran Tun yang kini memperjuangkan pengunduran Najib secara total.

Nyata ia bukan fitnah dan semborono, bukan atas kepentingan peribadi Tun untuk kroni atau naikan Mukhriz.
Cubaan memburukan Tun dan menghalanya ke mahkamah dan penjara tentu sangat kecil bagi seorang pejuang sepertinya.

Masih ada rakyat Malaysia yang peduli dan tidak berkompromi dengan unsur penyelewengan dan salahguna kuasa.

Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Menteri Dalam Negeri adalah yang paling hampir dengan PM yang memperjudikan nasib mereka.

PELUANG UNTUK YANG MUFLIS, CTOSS. CCRIST, BLACKLIST

Masalah orang muflis. ctos, ccris, blacklist yang sepatutnya sudah lama ada penyelesaian khusus dalam pinjaman kenderaan atau perumahan kini sudah ada penyelesaian dengan usaha sebuah syarikat permotoran bumiputera...












Wednesday, June 1, 2016

BERANI KOMEN TAPI TAK BERANI KENO KOMEN...PARIAHHH


http://theunspinners.blogspot.my/2016/06/syed-pmak-jual-kuew-tiow-tepi-jalan.html


Syed P***mak jual kuew tiow tepi jalan minta maaf?


Malaysiakini menyiarkan laporan dengan berjodol Syed P***mak yang biadap lagi kurang ajar meminta maaf. Bila dah kena bantai baru nak minta maaf

Apa sekali alasan dia untuk marah hingga terlepas kata nesta sedemikian ianya tidak boleh diterima. Tiada sebab untuk bersikap biadap lagi kasar. Tambah lagi, yang dimakinya baru hilang seorang yang dikasihi.

Jika balu itu yang bersikap kasar kerana dalam tekanan perasaan, boleh kita maafkan. Apakah dengan alasan hanya mahukan orang asal Kuala kangsar untuk tanding di Kuala Kangsar maka perlu sekali berbahasa kesat?

Betul ke Syed P***mak ini masih lagi ada jiwa Kuala Kangsar dalam sanubarinya? Betulkah dia begitu perihatin dengan tempat asalnya? Dengar komen orang kuale yang mengenalinya di Snapshot2016. 
http://snapshot2016.blogspot.my/2016/06/jasa-syed-pmak-vs-datin-mas.html

Jangan buang duit untuk hilang deposit Syed. Baik kamu guna buat besarkan business kuew tiow kamu.

Apalah team Tun M. Kalau nak jadi pengacau pun, kenapa guna P***mak macam gini? Terdesak sangat ke Tun M?

Terlupa pula, tiada bezanya Syed P***mak dengan Dato Seri Khairuddin yang kini tak ngaku pula dia disebalik buku 30 dalil terhadap Anwar Ibrahim. Itu dah kes penipu P***mak!

Kenapa penyokong Tun M jenis pariah-pariah???

Syed Rosli nafi dia diupah Tun M. Jika benar, kamu bukan penjual kuew tiow tepi jalan tapi CEO public listed company. Ingat orang tak tahu Syed JASA yang pentaksub Tun M dan Sanusi itu ketua cawangan Taman Cempaka atau mungkin dah mantan.

DIa juga kata dia diugut bunuh. Kah kah kah .... rasanya orang lagi percaya diugut nak bunuh orang dari dia diugut bunuh


##Tak kesahlah apa pendapat blogger ni, tapi bila kita komen pu******* dia tak siarkan pula

NIK ABDUH TUKANG KARUT

Orang mati (Raja Arab) derma kepada Najib.
Orang mati (nik aziz) merestui perubahan PAS sekarang untuk bekerjasama dengan UMNO kata Nik Abduh.
Sebelum tu pun Rosmah dan Najib berbelanja besar kerana orang mati (tun razak) meninggalkan harta yang banyak.

Kenapa orang mati dijadikan sandaran, apakah mereka sendiri, yang hidup tidak ada akal, integriti dan logik untuk menentukan hala masa depan.

Boleh ke diri dan parti survive dengan sokongan atau melibatkan orang yang sudah mati.

Dan ucapan Naib Ketua Dewan Ulama, menunjukan mereka sudah tidak berpijak dibumi nyata.








6ANGKA