Saturday, June 25, 2016

UMNO JOHOR SUDAH KENA JENTIK...

Pemecatan Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir oleh Najib disokong sebulat suara Majlis Tertinggi sekadar berlegar kepada menunjukkan kuasa dan balas dendam.

Jika ia berdasarkan lelain perkara, seharusnya ia diadili secara berperingkat dan berhemah. Yang salah tetap salah...
Apabila Lembaga Disiplin menolak kes tersebut, sewajarnya MT memperhalusi dan menubuhkan Jawatankuasa Khas terdiri dari mereka yang lebih wibawa untuk mengendalikannya.
Majlis Tertinggi sewajarnya jadi badan terakhir yang memperakui dan mengesahkan sesuatu tindakan...
Kalaupun ianya hendak dibuat serengkas mungkin, Muhyiddin dan Mukhriz wajar dipanggil mempertahankan diri.

Pemecatan telahpun berlaku dengan rasa banggaa diri berdasarkan ulasan beberapa pihak.

Tamparan pertama yang diterima ialah UMNO Bahagian Paguh menolak
pemecatan tersebut.
Apakah  Timbalan Ketua Bahagian dan seluruh jawatankuasanya akan dipecat (?)
Lakukanlah jika betul anak jantan..

Tidak akan ada kesan besar, bantahan atau sebagainya dari ahli UMNO atas isu pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz.
Bukan kerana mereka bersetuju tetapi mereka faham sangat jika melayan pihak yang sedang kepanasan...
Tetapi msing-msing sudah menyimpan hasrat sebenar untuk kuburkan UMNO pada masa dan waktu yang sesuai...api dalam sekam tidak akan padam.

Samada parti baru atau tiada berparti memadailah Muhyiddin dan Mukhriz berjuang atas nama mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan, itu sudah cukup untuk rakyat sokong.

Apapun UMNO Johor sudah dijentik.....
Mahu kekal bersekongkol dan bertungkus lumus di PRU atau berpendirian sendiri untuk terus dihormati bangsa Johor. 

Friday, June 24, 2016

PAS MEMBELENGU DIRI MEREKA DENGAN HUDUD


1) Siapa yang patut melaksanakan hudud di Malaysia (?)
2) Dalam bercita cita idea hududnya diterimapakai oleh UMNO untuk dilaksanakan, PAS pada masa yang sama berkawan mesra pula dengan pencuri ...





Definisi
Definisi yang dapat dipetik dari penulisan mereka mengenai hudud ialah ; Hukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-Quran atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebagai Hak Allah yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu yang digolongkan di dalam jenayah Hudud, iaitu tujuh jenis seperti yang diterangkan oleh al-Quran iaitu:

  • Zina.
  • Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat saksi.
  • Minum Arak.
  • Mencuri.
  • Hirabah ( Perusuh / ganggu keamanan ).
  • Murtad.
  • Baghy (Bughah – Pemberontakan).

Al-Mawardy pula mendefinisikan Hudud sebagai Sekatan-sekatan atau deraan-deraan yang ditentukan oleh Tuhan sebagai balasan ( hukuman ) kerana melakukan perkara-perkara yang ditegah dan meninggalkan pekara-perkara yang diperintah, kerana tabiat semulajadi manusia yang dikuasai oleh nafsu yang melalaikan dari seksaan akhirat dengan semata-mata mengejar kelazatan dunia yang cepat. (al-Mawardy, al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 221).
Melaksanakan hukum hudud ini adalah wajib dan dikira sebagai hak Allah. Maksud Hak Allah ialah seksaan itu tidak boleh digugurkan ( dimaafkan ) sama ada oleh individu atau masyarakat. ( Abdul Qadir Audah, al-Tasyri c al-Jinaiy al-Islamiy, hlm. 78 ).


Ini adalah antara dalil-dalil yang disebut daripada Al-Quran dan juga hadith:

Pengharaman Zina, firman Allah yang bermaksud :
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk .
( al-Quran, al-Isra : 32 )


Hukuman Zina, firman Allah yang bermaksud :
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah disebat tiap-tiap seorang dari mereka seratus kali sebatan .
( al-Quran, an-Nur : 2 )


Hadis Nabi mengenai zina, mafhumnya :
Ambillah dari aku ! Sesungguhnya Allah memberi jalan kepada mereka ( perempuan yang berzina ), jikalau teruna dengan dara hendaklah disebat seratus kali sebatan, dan dibuang negeri setahun, dan jika yang telah berkahwin dengan yang telah berkahwin hendaklah disebat dengan seratus kali sebatan dan direjam dengan batu sampai mati .
( Muslim, Sahih : hlm. 188 )


Zina diharamkan dan hukuman hadnya ialah buang negeri ( taghrib ) dan disebat seratus kali bagi yang belum kahwin, dan disebat seratus kali dan direjam sampai mati bagi yang sudah berkahwin ( muhsan ), ada yang berpendapat hanya rejam sahaja bagi yang telah berkahwin.

Pengharaman Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat orang saksi dan hukuman Had mengenainya, Firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 4 yang bermaksud :
Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik melakukan zina, dan mereka tidak membawa empat orang saksi, maka deralah mereka ( yang menuduh itu )lapan puluh sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya, dan mereka adalah orang-orang yang fasiq 
Iaitu tuduhan zina ( Qazaf ) tanpa membawa empat orang saksi adalah haram, dan hukuman had ke atas orang yang menuduh itu ialah lapan puluh kali sebatan beserta hukuman tambahan iaitu tidak diterima kesaksian orang itu selama-lamanya.


Pengharaman minum arak, Firman Allah yang bermaksud :
Hai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya meminum khamar ( arak ), berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan Syaitan. Kerana itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan ( kejayaan ) .
( al-Quran, al-Maidah : 90 )

Hukuman hudud meminum arak ialah disebat, tetapi jumlahnya terdapat dua riwayat ; dalam satu hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah telah memukul ( sebat )seorang lelaki yang meminum arak dengan dua pelepah tamar sebanyak empat puluh kali dan begitu juga dilakukan oleh Abu Bakar, tetapi pada masa Saidina Umar, beliau berbincang dengan sahabat-sahabat dan berkata seorang sahabat, Abdul Rahman seringan-ringan hudud ialah lapan puluh kali sebatan ( Muslim, Sahih : hlm. 214 ) dan Umar menurutnya.
Hukuman Hudud Jenayah Mencuri, Firman Allah yang bermaksud ;
Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya ( sebagai ) pembalasan bagi apa yang telah mereka lakukan dan sebagai seksaan dari Allah .
( al-Quran, al-Maidah : 38 )

Hukuman hudud bagi kesalahan mencuri ialah potong tangan dengan cara yang tertentu yang akan dibincangkan kemudian.

Hukuman Perusuh dan Pengacau Keamanan ( hirabah ), Firman Allah yang bermaksud :
Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik atau dibuang negeri. Yang demikian itu sebagai satu penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat mereka akan beroleh seksaan yang besar .
( al-Quran, al-Maidah : 33 )


Pengharaman Murtad, Firman Allah yang bermaksud :
Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka tidaklah akan diterima ( agama itu ) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk di antara orang-orang yang rugi .
( al-Quran, al-Imran : 35 )

Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati di dalam kekafiran, maka amal mereka menjadi sia-sia di dunia dan akhirat .
( al-Quran, al-Baqarah : 217 )


Hukuman Murtad ialah bunuh, Hadis Nabi yang mafhumnya ;
Tidak halal darah seorang Muslim yang telah bersaksi bahawa tiada Tuhan Yang diSembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan mengakui Aku ( Muhammad ) sebagai Rasulullah, melainkan terhadap salah satu dari tiga ( orang ) iaitu penzina yang telah berkahwin ( muhsan ), membunuh orang tanpa hak dan orang yang meninggalkan agamanya ( murtad ). 
( Muslim, Sahih : hlm. 164 )

Jenayah Baghy, pengharamannya dan hukumannya, Firman Allah yang bermaksud :
Dan jika dua golongan dari orang Mukmin yang berperang maka damaikanlah anara keduanya, jika salah satu dari dua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang membuat aniaya itu sampai golongan itu kembali kepada perintah Allah .
( al-Quran, al-Hujurat : 9 )


Inilah sumber perundangan yang utama ( dari al-Quran dan al-Sunnah ) mengenai jenayah. Syariat menentukan secara tepat mengenai seksaan atau hukuman bagi tiap-tiap jenayah Hudud, di mana tidak ada hak mana-mana pihak persendirian seperti Qadi atau mangsa atau pihak awam seperti kerajaan atau lain-lain, untuk memilih atau meminda di dalam hukumannya.

Fikir-fikirkan jika hudud dilaksanakan, adakah lagi zina berlaku meleluasa? miinum arak menjadi suatu kebiasaan sehinggakan boleh dimaafka untuk kali pertama?kejadian pecah rumah, rompakan mesti berlaku setiap hari? Inilah sedikit coretan mengenai hukum hudud, mungkin pada keluaran akan datang, kita akan mengulas mengenai syarat sesebuah negara untuk melaksanakan hukum hudud pula.

PAKAT PAKAT DOA SIAPA YANG KENA FITNAH DAN SIAPA YANG DIZALIMI

22. Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. 23. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri,                           (Al Hadit 22-23)
Dalam ayat ini Allah menjelaskan bahwa tidak ada satu bencanapun yang menimpa kita melainkan sudah tertulis dalam kitab (lauhilmahfuz) sebelum terjadinya. Allah mengabarkan hal ini agar kita jangan sedih atas apa yang luput dari kita dan jangan sombong dan bangga atas apa nikmat yang diberikan Allah pada kita.



LEPAS SATU, SATU....

Tidak ada seronoknya apabila isu dan kes negara di bawa ke perhatian dunia yang menjejaskan integriti dan imej.

Seekor kerbau membawa lumpur, rakyat turut terpalit...

https://suarakami3.blogspot.my/2016/06/skandal-najib-ambank-makin-panas-najadi.html?m=1


Thursday, June 23, 2016

WAN AZIZAH GAGAL IKUT JEJAK HADI

Perjuangan membebaskan Anwar sudah tinggal menjadi agenda peribadi Wan Azizah dan anak beranak.

Parti dan Pakatan Harapan sudah tidak layan cerita basi Anwar dan lebih tumpuan yang diberi kepada movement yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir memparahkan lagi emosi Wan Azizah.

Cabaran Wan Azizah supaya Tun menyertai mana mana parti pembangkang seperti meludah ke langit (?)
Apakah Anwar sendiri ahli PKR (?) dan mana datangnya jawatan menyandang Penasihat (?)

Wan Azizah juga harus sedar Tun Dr Mahathir bukan gila, mabuk dan kemaruk kuasa seperti Anwar untuk bertanding di pilihanraya, perjuangan Tun seperti missi Deklarasi Rakyat sangat jelas, singkir Najib dan beri kuasa itu pada orang lain yang sesuai....

Oleh itu cabaran dan permintaan Wan Azizah kepada Tun tidak lebih daripada mengikut tkehendak telunjuk orang lain....
Tentunya Wan Azizah sanggup lakukan apa sahaja, mungkin bukan dedak tetapi tentulah "kebebasan anwar"....

Wan Azizah sedar jawatan Presiden yang dipegangnya sudah tidak ada kekuatan, musuh yang paling dekat adalah Timbalan Presiden yang menguasai Selangor.
Terlajak jolok, semua akan terbogel. !!!

Wan Azizah juga tidak mempunyai kekuatan untuk membawa PKR mesra UMNO seperti yang dilakukan Hadi.
Apa yang boleh disumbangnya ialah memburukan Tun Mahathir di kalangan Pakatan Harapan.

Kesian dan malangnya ia tidak diperdulikan.


# ada pihak dlm PKR menafikan Wan Azizah ada membuat cabaran tersebut.


WAN AZIZAH GAGAL IKUT JEJAK HADI

Perjuangan membebaskan Anwar sudah tinggal menjadi agenda peribadi Wan Azizah dan anak beranak.

Parti dan Pakatan Harapan sudah tidak layan cerita basi Anwar dan lebih tumpuan yang diberi kepada movement yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir memparahkan lagi emosi Wan Azizah.

Cabaran Wan Azizah supaya Tun menyertai mana mana parti pembangkang seperti meludah ke langit (?)
Apakah Anwar sendiri ahli PKR (?) dan mana datangnya jawatan menyandang Penasihat (?)

Wan Azizah juga harus sedar Tun Dr Mahathir bukan gila, mabuk dan kemaruk kuasa seperti Anwar untuk bertanding di pilihanraya, 22 tahun sudah lebih dari cukup dan Tun memilih bersara tika dipuncak kuasa.
Perjuangan Tun seperti di missi Deklarasi Rakyat sangat jelas, singkir Najib dan beri kuasa itu pada orang lain yang sesuai....

Oleh itu cabaran dan permintaan Wan Azizah kepada Tun tidak lebih daripada mengikut kehendak telunjuk orang lain....
Tentunya Wan Azizah sanggup lakukan apa sahaja, mungkin bukan dedak tetapi tentulah "kebebasan anwar" lebih utama.

Hakikatnya Tun Dr Mahathir sendiri mengakui Anwar bukan lagi musuhnya dan Anwar ke penjara sekarang atas sebab Najib.
Jadi kenapa harus Wan Azizah membiarkan emosinya dibakar (?)

Wan Azizah sedar jawatan Presiden yang dipegangnya sudah tidak ada kekuatan, musuh yang paling dekat adalah Timbalan Presiden yang menguasai Selangor.
Terlajak jolok, semua akan terbogel. !!!

Wan Azizah juga tidak mempunyai kekuatan untuk membawa PKR mesra UMNO seperti yang dilakukan Hadi.
Apa yang boleh disumbangnya ialah memburukan Tun Mahathir di kalangan Pakatan Harapan.

Kesian dan malangnya ia tidak diperdulikan.


Wednesday, June 22, 2016

ZAHID JUGA KESEORANGAN...

# KEMASKINI

ts aBU kASSIM MENARIK DIRI SEBAGAI kETUA pESURUHJAYA sprm
Malaysia sudah disenarai  diantara sepuluh buah negara yang tahap korupsi tertinggi di dunia. Inilah legasi TERKINI seorang pemimpin Malaysia.
-
 sAMADA zAHID HENDAK BERSEKONGKOL ATAU LAWAN...


Kedudukan Zahid dalam kabinet dispekulasikan dengan begitu meluas dan antaranya mengangkat tinggi kelemahan Zahid dalam mengendalikan isu keselamatan di bawah kementerian dalam negeri.

Zahid diperlihatkan bercelaru fakta dengan Ketua Polis Negara dalam isu wang tebusan mangsa culik di Sabah.
Hilang kawalan dalam isu outrider Dr Mahathir umpamanya. Zahid juga diperlihatkan masih do favour dengan Anwar dipenjara dan perjumpaan sulitnya dengan Tun Dr Mahathir sengaja diperbesarkan.

Dosa yang lebih besar, Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri tidak melakukan yang terbaik membersihkan nama PM malah dalam beberapa kes, Zahid seolah pukul anak sindir menantu.

Apakah indikator menunjukkan Zahid memang sengaja "disalahkan", ada krisis hilang kepercayaan ke atas kesetiaannya dan menjadi boleh sangat bahaya untuk mengancam kedudukan Presiden parti dan PM.

Jika berlaku rombakan kabinet, perhatikan samada Zahid akan kehilangan kementerian dalam negeri atau kementerian pertahanan, jika berlaku memang sah spekulasi di atas.

Begitu juga jika ujud Timbalan Perdana Menteri kedua atau ketiga. Bererti kuasa dan pengaruh Zahid sedang dikasi dan dikembiri.

Zahid yang seBelum ini dilihat Dan disangka mempunyai pengaruh besar di kalangan MT,  KBU dan akar umbi rupanya juga cerita kosong, dia juga keseorangan seperti Muhyiddin.

6ANGKA