Rombakan kabinet Najib.
Tahniah kepada yang mengundur diri walau apapun alasan mereka. Bukanlah mudah untuk berundur ketika pengaruh, jawatan dan kuasa serta kemewahan ada di tangan.
Monday, June 27, 2016
UMNO JOHOR AKUR
Pemecatan Muhyiddin, Mukhriz Wajar – UMNO Johor
Oleh Ketua Pengarang / dalam Politik / pada Saturday, 25 Jun 2016 12:42 PM / 0 Komen / 352 sudah membaca
Umno Johor berkata ia akur dengan tindakan Majlis Tertinggi parti itu memecat Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Menurut Bernama, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Umno Johor yakin tindakan itu wajar, dan akur dengannya.
Malam tadi, Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz dan penggantungan keahlian Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu di Kuala Lumpur.
Kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor (Berhubung Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta Penggantungan Datuk Seri Shafie Afdhal)
Dalam sesebuah wadah siasah, memutuskan sesuatu keputusan penting akan pasti mengundang perhatian banyak pihak. Ada keputusan diterima dengan baik dan terbuka. Tidak kurang yang mengundang kecaman dan kemarahan. Namun, yang penting, biar semudah atau sesukar mana sekalipun, suatu pendirian yang tegas mesti diputuskan, demi sebuah kelangsungan perjuangan.
Keputusan Majlis Tertinggi UMNO semalam yang memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta menggantung Datuk Seri Shafie Afdhal, adalah satu keputusan yang paling sukar, namun paling penting dan amat perlu untuk dilakukan.
UMNO Johor akur dengan keputusan tersebut berdasarkan empat pertimbangan.
Pertama, UMNO sejak 7 dekad yang lalu telah memilih untuk menampilkan dirinya sebagai gerakan yang berasaskan penyatuan. Mantera UMNO adalah kesepaduan, kebersamaan dan kebulatan tekad dan suara dalam mengangkat kedudukan terbaik orang Melayu. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab parti, untuk terus berpegang, mendukung dan mempertahankan prinsip kebersamaan ini. Mana-mana ahli parti yang gagal menghargai prinsip ini, harus memilih jalan dan wadah berlainan.
Kedua, sekalipun UMNO adalah parti yang amat terbuka dan sentiasa meraikan perbezaan pendapat, disiplin dan santun kepartian punya batasan. Apatah lagi apabila perbezaan pandangan itu berterusan begitu lama sehingga menggangu fokus dan perjuangan parti. UMNO mengiktiraf perbezaan pendapat itu adalah warna-warna yang mencantikkan rona fabrik yang membaluti parti. Namun, jika ia dicorakkan dengan terlalu kasar sehingga meracik dan mengoyakkannya, parti akan pasti hilang wibawanya.
Ketiga, sebarang perbalahan dalaman parti, yang membarah dan memudaratkan, mestilah sebaiknya diselesaikan segera. Jika tidak, parti akan berpecah dan berpuak-puak, serta menjadi lemah. Dan tidak ada mereka yang waras yang akan terus menyokong kita jika parti tidak stabil, tidak kuat dan dilihat sentiasa bercanggah dan berbalah dalam segala hal. Oleh itu, keputusan MKT UMNO ini bermatlamatkan untuk menyatukan kembali parti dan memulakan episod baru dalam meneruskan agenda besarnya. Maka segala unsur dalaman yang tidak konstruktif, mesti segera dilumpuhkan.
Keempat, keputusan MKT ini adalah satu bentuk kata putus yang jelas dan pengiktirafan langsung, kepada mereka yang memilih untuk berjuang dalam UMNO. Agar tiada mereka yang dilihat berpendirian separuh ular separuh belut. Lantang di luar, di dalam bermanis mulut.
Bersandarkan keempat-empat pertimbangan ini, demi hanya untuk membuahkan sebuah kebaikan kepada parti, dan menghormati prinsip kebertanggungjawaban bersama, maka UMNO Johor menerima keputusan Majlis Tertinggi tersebut.
UMNO Johor mengambil kesempatan merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga atas segala jasa dan sumbangan ketiga-tiga ahli UMNO ini, khususnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan segala sumbangan beliau kepada negeri Johor khususnya.
UMNO dan mereka telah memilih jalan dan haluan masing-masing. Semoga dalam haluan yang berbeza ini, ia tidak menjadi menjadi penamat kepada segala ikhtiar dan perjuangan masing-masing dalam mengangkat kedudukan terbaik untuk orang Melayu.
Semoga keputusan paling sukar namun paling perlu ini, membuahkan hikmah yang akan mengukuhkan dan membawa manfaat dan kebaikan jua kepada UMNO secara keseluruhannya.
Terima kasih
TAG SEBAGAI: Umno Johor
Pemimpin Islam Zindik dan Pemimpin Kapir Harbi sama bahayanya...
Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, Isnin – Ultra kiasu tidak perlu risau apa pun istilah yang diberi kepada mereka, termasuk kafir harbi, kerana orang Melayu tidak akan mengapa-apakan mereka, kata Felo Utama Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (INSPIRE), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah.
“Percayalah, inilah sifat Melayu yang saya kenali sejak dari kecil. Ultra kiasu tidak perlu risau, apa juga istilah yang digunakan termasuk harbi, memahami orang Melayu, mereka tidak akan mengapa-apakan ultra kiasu, kecuali ultra kiasu merancang untuk memusnah Islam,” katanya kepada Ismaweb.net.
Mengulas perkataan kafir harbi yang menjadi isu panas di kalangan pemimpin parti rasis dan cauvinis DAP, MCA dan MIC, beliau berkata hakikatnya puak ultra kiasu ini tidak perlu bimbang dengan istilah itu.
“Adakah dengan label tersebut mereka dianiaya? Tidak juga. Malah, sama ada yang zimmi atau harbi (jika ada), boleh membina empayar kekayaan sehingga jauh meninggalkan umat Islam sendiri.
“Bahkan ada yang membawa wang lari keluar negara. Ini tidak termasuk perniagaan haram seperti money laundering. Jadi, apa isunya?,” soal Ridhuan Tee.
# Pemimpin Islam (zindik) pun berniaga haram seperti money laundering, mereka lebih bebas dan terus berkuasa.
Istilah kafir harbi muncul semula selepas akhbar Utusan Malaysia, 23 Jun lalu melaporkan bahawa DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk menubuhkan sebuah negara sekular, tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam.
Akhbar itu melaporkan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, sebagai berkata bahawa, hukum bagi mana-mana umat Islam yang bekerjasama atau bersekongkol dengan DAP adalah haram serta berdosa besar.
Susulan itu, puak DAP, MCA, dan MIC serta ultra kiasu bangkit menentang dan membantah kenyataan berkenaan.
Soal Ridhuan Tee lagi, apakah benar supremo ultra kiasu menangis dengan label itu.
“Jangan berlakonlah. Apakah supremo ultra kiasu dia tidak sedar selama ini umat Islam telah lama menangis dengan kata-kata dan penghinaan yang dilakukan terhadap Islam?
“Malang sekali ultra kiasu Melayu PKR dan PAN bersama mereka. Lebih baik berdiam diri seperti UMNO dan PAS,” katanya.
Dalam masa yang sama beliau berkata, sebelum ini pun UMNO pernah dilabelkan sebagai kafir juga, dengan istilah sebagai taghut, tetapi UMNO relaks sahaja dengan label tersebut walaupun istilah taghut teramat kasar, lebih kasar daripada harbi.
“Yang penting sedar diri. Peliknya ultra kiasu begitu sensitif. Nasib baiklah ultra kiasu tidak dilabelkan sebagai harbi dan taghut. Pasti jadi lebih gamat,”katanya.
Sunday, June 26, 2016
KENALI PEMIMPIN ANDA YANG PURA PURA BERIMAN (ZINDIK)
TUJUH CIRI PEMIMPIN AKHIR ZAMAN
1. Dalam Surah Sad(38:26), Allah SWT telah berfirman tentang pemimpin adil yang berbunyi:
“Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan.”
2. Terdapat banyak hadis Rasulullah SAW yang mengingatkan umat Islam tentang kemunculan pemimpin-pemimpin di akhir zaman yang menyesatkan manusia. Kita bertanggung jawab untuk meneliti dan menilai ciri-ciri pemimpin supaya kita tidak disesatkan oleh mereka:
2.1. PEMIMPIN YANG MENOLAK KEBENARAN DAN MENYERU KEMUNGKARAN.
Dari Ubadah bin Shamit beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang berbunyi:
«سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يَأْمُرُونَكُمْ بِمَا لاَ تَعْرِفُونَ وَيَفْعَلُونَ مَا تُنْكِرُونَ فَلَيْسَ لاِؤلَئِكَ عَلَيْكُمْ طَاعَةٌ»
“Kamu akan dipimpin oleh para pemimpin yang memerintah kamu dengan hukum yang tidak kamu ketahui (imani). Sebaliknya, mereka melakukan apa yang kamu ingkari. Sehingga terhadap mereka ini tidak ada kewajiban bagi kamu sekalian untuk mentaatinya.”
(Hadis Riwayat Ibnu Abi Syaibah).
2.2. PEMIMPIN YANG SESAT
Dari Aus, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang berbunyi:
«إِنِّي لاَ أَخَافُ عَلىَ أُمَّتيِ إِلاَّ الأَئِمَّةَ المُضَلِّينَ»
“Aku tidak takut (ujian yang akan menimpa) pada umatku, kecuali (ujian) para pemimpin yang sesat.”
(Hadis Riwayat Ibnu Hibban).
Sheikh Sufyan as-Tsauri bin Said (716 M–778 M) seorang ulama besar zaman dahulu menggambarkan mereka dengan mengatakan: “Tidaklah kamu menjumpai para pemimpin sesat, kecuali kamu mengingkari mereka dengan hati, agar amal kamu tidak sia-sia.”
2.3. PEMIMPIN YANG MEMERINTAH DENGAN MENGANCAM KEHIDUPAN DAN MATA PENCARIAN RAKYAT
Abu Hisyam as-Silmi berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang berbunyi:
«سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أَئِمَّةٌ يَمْلِكُوْنَ رِقَابَكُمْ وَيُحَدِّثُوْنَكُمْ فَيَكْذِبُونَ، وَيَعْمَلُوْنَ فَيُسِيؤُونَ، لا يَرْضَوْنَ مِنْكُمْ حَتَّى تُحَسِّنُوا قَبِيْحَهُمْ وَتُصَدِّقُوْا كَذِبَهُمْ، اعْطُوْهُمُ الحَقَّ مَا رَضُوا بِهِ»
“Kamu akan dipimpin oleh para pemimpin yang mengancam kehidupan kamu. Mereka berbicara (berjanji) kepada kamu, kemudian mereka mengingkari (janjinya). Mereka melakukan pekerjaan tetapi pekerjaan mereka itu sangat buruk. Mereka tidak senang dengan kamu hingga kamu menilai baik (memuji) keburukan mereka, dan kamu membenarkan pembohongan mereka, serta kamu memberi kepada mereka hak yang mereka senangi.”
(Hadis Riwayat Thabrani).
2.4. PEMIMPIN YANG BODOH.
Dari Jabir bin Abdillah beliau berkata bahawa Rasulullah SAW berkata kepada Ka’ab bin Ajzah:
أَعَاذَكَ اللهَ مِنْ إمَارَةِ السُّفَهَاءِ
“Aku memohon perlindungan untukmu kepada Allah dari kepemimpinan dari kalangan orang-orang yang bodoh.”
(Hadis Riwayat Ahmad).
Maksud pemimpin bodoh adalah pemimpin yang tidak mengikuti petunjuk dan sunnah Rasulullah SAW. Dengan kata lainnya pemimpin yang tidak menerapkan syariah Islam dalam pemerintahannya.
2.5. PEMIMPIN YANG PURA-PURA BERIMAN (ZINDIK).
Dari Ma’qil bin Yasar. Katanya Rasulullah SAW bersabda yang berbunyi:
«صِنْفَانِ مِنْ أُمَّتِي لَنْ تَنَالَهُمَا شَفَاعَتِي: إِمَامٌ ظَلُومٌ، وَكُلُّ غَالٍ مَارِقٍ»
“Dua golongan umatku yang keduanya tidak akan mendapatkan syafaatku, iaitu pemimpin yang bertindak zalim, dan orang yang berlebihan dalam beragama hingga sesat dari agama.”
(Hadis Riwayat Thabrani).
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ قُدَامَةَ الْجُمَحِيُّ عَنْ إِسْحَقَ بْنِ أَبِي الْفُرَاتِ عَنْ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ
“Akan datang kepada masyarakat tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Pada tahun-tahun itu pembohong dipandang benar, yang benar dianggap bohong; pada tahun-tahun tersebut pengkhianat diberi amanat, sedangkan orang yang amanah dianggap pengkhianat. Pada saat itu yang berbicara adalah ruwaibidhah”. Lalu ada sahabat bertanya, “Apakah ruwaibidhah itu Rasulullah?. Rasulullah menjawab, “Orang bodoh yang berbicara/menguruskan urusan pemerintahan.”
[Dalam riwayat lain disebutkan, ruwaibidhah itu adalah “orang fasik yang berbicara/menguruskan urusan awam” dan “al-umara (pemerintah) fasik yang berbicara/menguruskan urusan pemerintahan].
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Abu Ya’la dan al-Bazzar).
2.6. PEMIMPIN YANG MENGANGKAT PEMBANTU ORANG-ORANG JAHAT DAN MENGAKHIRKAN SOLAT (MENGABAIKAN SYARIAH).
Dari Abu Hurairah ra, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
« يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ أُمَرَاءُ ظَلَمَةٌ، وَوُزَرَاءُ فَسَقَةٌ، وَقُضَاةٌ خَوَنَةٌ، وَفُقَهَاءُ كَذَبَةٌ، فَمَنْ أَدْرَكَ مِنْكُمْ ذَلِكَ الزَّمَنَ فَلا يَكُونَنَّ لَهُمْ جَابِيًا وَلا عَرِيفًا وَلا شُرْطِيًّا»
“Akan sampai di akhir zaman para penguasa sewenang-wenang, para pembantu (pejabat pemerintah) fasik, para hakim pengkhianat dan para ahli hukum Islam (fuqaha’) pendusta……..”
(Hadis Riwayat Thabrani).
2.7. PEMIMPIN DIKTATOR (KEJAM).
Rasulullah SAW bersabda:
«إِنَّ شَرَّ الوُلاَةِ الحُطَمَةُ»
“Sesungguhnya seburuk-buruknya para penguasa adalah penguasa al-huthamah (diktator).”
(Hadis Riwayat Al-Bazzar).
Pemimpin al-huthamah (diktator) adalah pemimpin yang menggunakan kekerasan (tangan besi) terhadap rakyatnya.
Dari Abu Layla al-Asy’ari katanya Rasulullah SAW bersabda:
«وسَيَلي أُمَرَاءُ إنْ اسْتُرْحِمُوا لَمْ يَرْحَمُوا، وإنْ سُئِلُوا الحَقَّ لَمْ يُعْطُوا، وإِنْ أُمِرُوا بالمَعْرُوفِ أَنْكَرُوا، وسَتَخَافُوْنَهُمْ وَيَتَفَرَّقَ مَلأُكُمْ حَتى لاَ يَحْمِلُوكُمْ عَلى شَيءٍ إِلاَّ احْتُمِلْتُمْ عَلَيْهِ طَوْعاً وَكَرْهاً، ادْنَى الحَقِّ أَنْ لاَ تٌّاخُذُوا لَهُمْ عَطَاءً ولا تَحْضُروا لَهُمْ في المًّلاَ»
“Dan berikutnya adalah para pemimpin jika mereka diminta untuk mengasihani (rakyat), mereka tidak mengasihaninya; jika mereka diminta untuk menunaikan hak (rakyat), mereka tidak memberikannya; dan jika mereka disuruh berlaku baik (adil), mereka menolak. Mereka akan membuat hidup kamu dalam ketakutan; dan memecah-belah tokoh-tokoh kamu. Sehingga mereka tidak membebani kamu dengan suatu beban, kecuali mereka membebani kamu dengan cara paksa, samada kamu suka atau tidak. Serendah-rendahnya hak kamu, adalah kamu tidak mengambil pemberian mereka, dan kamu tidak menghadiri pertemuan mereka.”
(Hadis Riwayat Thabrani).
3. “Pemimpin (penguasa) adalah bayangan Allah di muka bumi. Kepadanyalah berlindung orang yang teraniaya dari hamba-hambaNya. Jika ia berlaku adil, nescaya baginya ganjaran (pahala) dan bagi rakyatnya hendaklah bersyukur. Sebaliknya, apabila ia curang (zalim), nescaya berdosalah baginya dan rakyat hendaklah bersabar. Apabila para pemimpin curang (zalim), langit tidak akan menurunkan keberkatannya. Apabila zina bermaharajalela, kefakiran dan kemiskinan pun akan berkembang.,”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah dari Abdullah bin Umar)
4. Berwaspadalah dengan peringatan Allah SWT di bawah:
"(Ingatlah) suatu hari (yang di hari itu) Kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya; dan barang siapa yang diberikan kitab amalannya di tangan kanannya maka mereka ini akan membaca kitabnya itu, dan mereka tidak dianiaya sedikit pun".
{Petikan dari Surah Al-Israq[Memperjalankan Waktu Malam](17:71)}
5. Justeru, beringatlah tatkala memilih pemimpin. Mereka bukan hanya memimpin kita di dunia ini tetapi juga di akhirat. Tepuk dada dan tanyalah iman kita. Mana satukah idaman kalbu. Peringatan dari Allah di atas terlalu jelas untuk kita fahami.

Saturday, June 25, 2016
UMNO JOHOR SUDAH KENA JENTIK...
Pemecatan Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir oleh Najib disokong sebulat suara Majlis Tertinggi sekadar berlegar kepada menunjukkan kuasa dan balas dendam.
Jika ia berdasarkan lelain perkara, seharusnya ia diadili secara berperingkat dan berhemah. Yang salah tetap salah...
Apabila Lembaga Disiplin menolak kes tersebut, sewajarnya MT memperhalusi dan menubuhkan Jawatankuasa Khas terdiri dari mereka yang lebih wibawa untuk mengendalikannya.
Majlis Tertinggi sewajarnya jadi badan terakhir yang memperakui dan mengesahkan sesuatu tindakan...
Kalaupun ianya hendak dibuat serengkas mungkin, Muhyiddin dan Mukhriz wajar dipanggil mempertahankan diri.
Pemecatan telahpun berlaku dengan rasa banggaa diri berdasarkan ulasan beberapa pihak.
Tamparan pertama yang diterima ialah UMNO Bahagian Paguh menolak
pemecatan tersebut.
Apakah Timbalan Ketua Bahagian dan seluruh jawatankuasanya akan dipecat (?)
Lakukanlah jika betul anak jantan..
Tidak akan ada kesan besar, bantahan atau sebagainya dari ahli UMNO atas isu pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz.
Bukan kerana mereka bersetuju tetapi mereka faham sangat jika melayan pihak yang sedang kepanasan...
Tetapi msing-msing sudah menyimpan hasrat sebenar untuk kuburkan UMNO pada masa dan waktu yang sesuai...api dalam sekam tidak akan padam.
Samada parti baru atau tiada berparti memadailah Muhyiddin dan Mukhriz berjuang atas nama mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan, itu sudah cukup untuk rakyat sokong.
Apapun UMNO Johor sudah dijentik.....
Mahu kekal bersekongkol dan bertungkus lumus di PRU atau berpendirian sendiri untuk terus dihormati bangsa Johor.

Friday, June 24, 2016
PAS MEMBELENGU DIRI MEREKA DENGAN HUDUD
1) Siapa yang patut melaksanakan hudud di Malaysia (?)
2) Dalam bercita cita idea hududnya diterimapakai oleh UMNO untuk dilaksanakan, PAS pada masa yang sama berkawan mesra pula dengan pencuri ...
Apa Itu Hukum Hudud??
Definisi
Definisi yang dapat dipetik dari penulisan mereka mengenai hudud ialah ; Hukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-Quran atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebagai Hak Allah yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu yang digolongkan di dalam jenayah Hudud, iaitu tujuh jenis seperti yang diterangkan oleh al-Quran iaitu:
- Zina.
- Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat saksi.
- Minum Arak.
- Mencuri.
- Hirabah ( Perusuh / ganggu keamanan ).
- Murtad.
- Baghy (Bughah – Pemberontakan).
Al-Mawardy pula mendefinisikan Hudud sebagai Sekatan-sekatan atau deraan-deraan yang ditentukan oleh Tuhan sebagai balasan ( hukuman ) kerana melakukan perkara-perkara yang ditegah dan meninggalkan pekara-perkara yang diperintah, kerana tabiat semulajadi manusia yang dikuasai oleh nafsu yang melalaikan dari seksaan akhirat dengan semata-mata mengejar kelazatan dunia yang cepat. (al-Mawardy, al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 221).
Melaksanakan hukum hudud ini adalah wajib dan dikira sebagai hak Allah. Maksud Hak Allah ialah seksaan itu tidak boleh digugurkan ( dimaafkan ) sama ada oleh individu atau masyarakat. ( Abdul Qadir Audah, al-Tasyri c al-Jinaiy al-Islamiy, hlm. 78 ).
Pengharaman Zina, firman Allah yang bermaksud :
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk .
( al-Quran, al-Isra : 32 )
Hukuman Zina, firman Allah yang bermaksud :
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah disebat tiap-tiap seorang dari mereka seratus kali sebatan .
( al-Quran, an-Nur : 2 )
Hadis Nabi mengenai zina, mafhumnya :
Ambillah dari aku ! Sesungguhnya Allah memberi jalan kepada mereka ( perempuan yang berzina ), jikalau teruna dengan dara hendaklah disebat seratus kali sebatan, dan dibuang negeri setahun, dan jika yang telah berkahwin dengan yang telah berkahwin hendaklah disebat dengan seratus kali sebatan dan direjam dengan batu sampai mati .
( Muslim, Sahih : hlm. 188 )
Zina diharamkan dan hukuman hadnya ialah buang negeri ( taghrib ) dan disebat seratus kali bagi yang belum kahwin, dan disebat seratus kali dan direjam sampai mati bagi yang sudah berkahwin ( muhsan ), ada yang berpendapat hanya rejam sahaja bagi yang telah berkahwin.
Pengharaman Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat orang saksi dan hukuman Had mengenainya, Firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 4 yang bermaksud :
Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik melakukan zina, dan mereka tidak membawa empat orang saksi, maka deralah mereka ( yang menuduh itu )lapan puluh sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya, dan mereka adalah orang-orang yang fasiq
Iaitu tuduhan zina ( Qazaf ) tanpa membawa empat orang saksi adalah haram, dan hukuman had ke atas orang yang menuduh itu ialah lapan puluh kali sebatan beserta hukuman tambahan iaitu tidak diterima kesaksian orang itu selama-lamanya.
Pengharaman minum arak, Firman Allah yang bermaksud :
Hai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya meminum khamar ( arak ), berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan Syaitan. Kerana itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan ( kejayaan ) .
( al-Quran, al-Maidah : 90 )
Hukuman hudud meminum arak ialah disebat, tetapi jumlahnya terdapat dua riwayat ; dalam satu hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah telah memukul ( sebat )seorang lelaki yang meminum arak dengan dua pelepah tamar sebanyak empat puluh kali dan begitu juga dilakukan oleh Abu Bakar, tetapi pada masa Saidina Umar, beliau berbincang dengan sahabat-sahabat dan berkata seorang sahabat, Abdul Rahman seringan-ringan hudud ialah lapan puluh kali sebatan ( Muslim, Sahih : hlm. 214 ) dan Umar menurutnya.
Hukuman Hudud Jenayah Mencuri, Firman Allah yang bermaksud ;
Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya ( sebagai ) pembalasan bagi apa yang telah mereka lakukan dan sebagai seksaan dari Allah .
( al-Quran, al-Maidah : 38 )
Hukuman hudud bagi kesalahan mencuri ialah potong tangan dengan cara yang tertentu yang akan dibincangkan kemudian.
Hukuman Perusuh dan Pengacau Keamanan ( hirabah ), Firman Allah yang bermaksud :
Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik atau dibuang negeri. Yang demikian itu sebagai satu penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat mereka akan beroleh seksaan yang besar .
( al-Quran, al-Maidah : 33 )
Pengharaman Murtad, Firman Allah yang bermaksud :
Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka tidaklah akan diterima ( agama itu ) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk di antara orang-orang yang rugi .
( al-Quran, al-Imran : 35 )
Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati di dalam kekafiran, maka amal mereka menjadi sia-sia di dunia dan akhirat .
( al-Quran, al-Baqarah : 217 )
Hukuman Murtad ialah bunuh, Hadis Nabi yang mafhumnya ;
Tidak halal darah seorang Muslim yang telah bersaksi bahawa tiada Tuhan Yang diSembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan mengakui Aku ( Muhammad ) sebagai Rasulullah, melainkan terhadap salah satu dari tiga ( orang ) iaitu penzina yang telah berkahwin ( muhsan ), membunuh orang tanpa hak dan orang yang meninggalkan agamanya ( murtad ).
( Muslim, Sahih : hlm. 164 )
Jenayah Baghy, pengharamannya dan hukumannya, Firman Allah yang bermaksud :
Dan jika dua golongan dari orang Mukmin yang berperang maka damaikanlah anara keduanya, jika salah satu dari dua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang membuat aniaya itu sampai golongan itu kembali kepada perintah Allah .
( al-Quran, al-Hujurat : 9 )
Inilah sumber perundangan yang utama ( dari al-Quran dan al-Sunnah ) mengenai jenayah. Syariat menentukan secara tepat mengenai seksaan atau hukuman bagi tiap-tiap jenayah Hudud, di mana tidak ada hak mana-mana pihak persendirian seperti Qadi atau mangsa atau pihak awam seperti kerajaan atau lain-lain, untuk memilih atau meminda di dalam hukumannya.
Fikir-fikirkan jika hudud dilaksanakan, adakah lagi zina berlaku meleluasa? miinum arak menjadi suatu kebiasaan sehinggakan boleh dimaafka untuk kali pertama?kejadian pecah rumah, rompakan mesti berlaku setiap hari? Inilah sedikit coretan mengenai hukum hudud, mungkin pada keluaran akan datang, kita akan mengulas mengenai syarat sesebuah negara untuk melaksanakan hukum hudud pula.
Posted 6th April 2010 by Arkib Islam
PAKAT PAKAT DOA SIAPA YANG KENA FITNAH DAN SIAPA YANG DIZALIMI
22. Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. 23. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri, (Al Hadit 22-23)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pendedahan Chegu Bard bikin madani goyah
Najib razak didapati bersalah dan dihukum - selesai. Diberi pengampunan oleh Agong Sultan Pahang dan didakwa ada addendum Pertanyaan telah ...
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
Aku pun pelik le perangai pembangkang ni, asyik komplain pasal gst, harga petrol naik, inflasi makin tinggi dan kos saraan hidup yang me...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...