Terlebih publisiti yang diberikan oleh juak, cai dan pendedak akhirnya makan
diri... Lim guan eng yang mahu dibenci kini jadi wira..
RM sejuta lebih dipungut dalam tempoh 21 jam merupakan rekod pungutan dan yang lebih penting rekod sokongan yang cukup padu gara gara dakwaan tersebut dianggap konspirasi politik.
Jika kes ini dijalankan seperti biasa oleh SPRM tanpa adu domba dan hingar bingar politik sudah tentu simpati dan sokongan kepada lim guan eng tidak sehebat ini.
Gesaan supaya lim guan eng bercuti atau berundur juga terbantut kerana perkara yang sama tidak ditunjukan oleh Najib ketika disiasat.
Lim Guan Eng tidak mempunyai sedikitpun kuasa untuk merubah apa apa perkara dalam kes nya sebagai alasan terbaik untuk dia terus kekal sebagai Ketua Menteri berbeza dengan Najib yang terus kekal PM dan melakukan sesuatu yang akan dicatat sejarah sebagai "luar biasa".
Lim guan eng akan terhukum, antara yang boleh menyelamatkannya ialah menguasai Puterajaya. Inilah suntikan semangat yang telah diberi oleh BN kepada pembangkang tanpa sedar.
Menguasai Puterajaya sekaligus memberi harapan baru kepada Wan Azizah dan PKR dalam pembebasan awal Anwar.
Kini pendedak, juak dan cai sedang meniupkan sentimen rakyat Pulau Pinang mahu hAlau lim guan eng dari PP kerana dia bukan anak jati.
Apakah rakyat Pulau Pinang terlupa yang boleh undurkan lim guan eng mesti melalui pilihanraya (?)
Bukankah meminta Lim guang eng berundur merupakan satu kesalahan dan mensabotaj ekonomi negeri (?)
dan lebih penting apakah lim guan eng masih tidak menjawab beberapa saolan rakyat atau dia lari dari disoal siasat wartawan (?)
dan aDakah lim guan eng memanggil polis untuk menyiasat Mereka mereka yang memanggilnya tokong (?)
dan berapa pula derma yang diterima masuk dalam akaun peribadinya (?)
Lim guan eng, hang pi mana... Berapa lama, berapa jauh hang boleh lari...