Monday, August 15, 2016

APA SALAHNYA KALAU DAP MAHU BEKERJASAMA DENGAN UMNO



UMNO hanya perlu tingkatkan kualiti dan integriti  pemimpin untuk dihormati kawan dan lawan, sebagai contoh tauladan kepada pemimpin DAP. 



BERHATI HATI DENGAN LINK PALSU



Sunday, August 14, 2016

BERSATU ALTERNATIF KEPADA SEMUA PARTI POLITIK BERASAS ISLAM, MELAYU DAN PRIBUMI

Soalnya sekarang Bila MahathirPukimakk Haramjaddah Mahazalim Mahafiraun MahaCelaka Mahasial nie nakMampus...haramjaddah perompak,KepalaPenyamun Pembunuh sialan kau mahahir...

(SETAKAT TU JE LAH FAKTA YANG MEREKA ADA)



Adalah sangat logik untuk pemimpin UMNO merasa cemas dan bimbang akan penubuhan BERSATU kerana tujuan penubuhannya sangat jelas iaitu "selamatkan negara" khususnya dari satu skandal mega kewangan yang boleh meruntuhkan sebuah negara dengan beban kewangan.

Ada sesiapa yang boleh menafikan hari ini 1MDB bukan beban kewangan negara dan bagaimana kerajaan sekarang sedang bergolok bergadai untuk membayar hutang  !!!

BERSATU akan menjadi satu permulaan pentas dan wadah perjuangan yang selama ini diperjuangkan melalui suara individu dan peribadi melalui media terhad dan pentas pembangkang. 

Ada asasnya untuk DAP merasa lebih gerun kepada penubuhan BERSATU,  aras tanda politik Melayu yang bangkit menggantikan UMNO dari segi perjuangan dan keikhlasan mewakili Melayu dan Islam. 

BERSATU tidak mungkin lemah sepetti PAN dan PKR,  tidak boleh dipujuk rayu dengan bantuan material atau ugutan.

Tidak mustahil PKR dan PAN akan berada di belakang BERSATU ketika berhadapan dengan ego DAP. 

DAP telah berjaya memperkuda PAS pada suatu masa dan memperlekehkan politik Melayu UMNO dengan slogan ABU. Kali ini mati akal dengan BERSATU. 

Lim Kit Siang sendiri akur dengan kepimpinan Mahathir melalui Deklarasi Rakyat.

Mana fakta Mahathir di peralat DAP (?) atau bersekongkol dengan DAP (?)
Mahathir bukan Nik Aziz,  Hadi Awang, Mat Sabu atau Anwar Ibrahim !

Berbeza dengan penubuhan serpihan parti seperti PAN,  PKR dan lain lain, mereka lebih kepada isu remeh yang diperbesarkan dan tidak melibatkan isu skandal dan jenayah kecuali perbezaan pendapat kalangan pemimpin. 

Pandangan Bung Mokhtar dan Kj yang memberi peringatan kepada ahli dan parti mereka sendiri disifatkan lebih rasional oleh Ibrahim Ali berbanding dengan pemimpin lain.

Jika ada usaha untuk menggagalkan pendaftarannya,  ia bukanlah sesuatu yang pelik.. reaksi awal ku nan jelas memperlihatkan betapa sentapnya mereka...

Berapa ramai keahlian parti bukan satu penentu mutlak dalam pilihanraya malah ia menjadi satu backfire kepada parti itu sendiri jika perjuangannya telah berubah.

Apakah ada beza PKR dan UMNO, kepentingan siapa yang mereka jaga (?)

Apakah Najib lebih suci dari Anwar Ibrahim (?)

Apakah Zahid lebih bersih dari Azmin Ali (?)

Minta maaf,  jika pun mereka dikumpulkan serentak dalm satu bakul,  masih tertinggal jauh seperti bumi dengan langit untuk dibandingkan dengan Tun Dr Mahathir. 

Apa yang berlaku kepada Khir Toyo kini berlaku kepada Lim Guan Eng.
Apakah mustahil berlaku kepada pemimpin lain (?)
Semoga tiada siapa yang menjejak seperti Anwar Ibrahim... 

CAKAP TAK SERUPA BIKIN










KALAU BERDASARKAN SENYUM... SEMUA DAH OK



Saturday, August 13, 2016

TERIMA KASIH KETUA MENTERI MELAKA

PERKASA desak Duta Amerika atas kenyataan Ketua Menteri Melaka...



Perlu ke Amerika hantar tentera untuk serang Malaysia,  kos ketenteraan yang sangat tinggi. 
Ada cara yang lebih murah dan mudah.... 







BORANG KELUAR PARTI, PERLU SEDIA BANYAK


Dijangka tak ramai yang akan sertai BERSATU, Dijangka tak ramai yang akan istihar keluar parti UMNO...apapun perlulah bersedia kot kot kehabisan borang..

Tun hanya minta kita bersatu, berjuang untuk selamatkan Malaysia dari mereka mereka yang sudah dikenalpasti dan dinamakan.

Susah sangat ke nak bersatu (?) bukan untuk Tun,  untuk diri sendiri,  bangsa dan negara.



# Ramai dah yang keluar parti sebelum ini...
Yang dah mati tapi nama masih tersenarai..
Yang tak datang mesyuarat agung dah berbelas kali...
Yang dah masuk PKR,  PAN, PAN, DAP, PAS dan atas pagar...
Yang tak undi BN sejak zaman Paklah....
Dan kali ini...
Yang tak akan sokong Najib, bukan seorang,  bukan sekeluarga tapi satu kampong dan keturunan...

Jangan percaya tapi boleh cuba...




Friday, August 12, 2016

UNDURKAN NAJIB SUDAH JADI TANGGUNGJAWAB DAN MASALAH DALAMAN UMNO.

Cabaran untuk menurunkan Najib melalui proses demokrasi seperti yang dicanang oleh pecacais dan pemimpin umno hendaklah dibuktikan dengan meluluskan pendaftaran BERSATU tanpa syarat dan bantahan bodoh.

Tidak ada perkataan,  lambang atau logo milik peribadi sekiranya tidak didaftarkan sebagai hak dan harta intelek secara sah.

Umno harus tunjuk sikit berani walaupun takut untuk berdepan satu lawan satu antara umno dan BERSATU.
PRU wajar diadakan lebih awal dan secepat mungkin bagi mengekang pengaruh BERSATU dari menjadi logik dan berkembang.

Desakan Najib undur kini menjadi tanggungjawab ahli umno.  Nasib parti umno ditentukan oleh mereka sendiri. Menewaskan umno sudah menjadi kewajipan pembangkang.

Samada pembangkang bersendirian halatuju atau bersatu, tekad mereka tetap sama, tumbangkan umno dan tidak ada sebab untuk gagal kerana najib kini menjadi "faktor" dan liabiliti untuk umno tewas.

Apa yang Tun Mahathir sarankan adalah BERSATU,  tidak ada sebab untuk tidak bersetuju.
Tidak menyertai parti itu atas sebab sebab keselamatan tidak menghalang sokongan berterusan.

6ANGKA