Monday, August 29, 2016

APA KEUPAYAAN ZAHID HAMIDI (?)



Persaolannya kalau Muhyiddin tunjukkan bukti apakah Zahid akan tangkap Najib atau sekurang kurangnya sanggup lepaskan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Jalan yang lebih selamat,  Zahid patut berbisik dengan Najib,  betul ke tidak dakwaan Muhyiddin.

Kot kot bernasib baik,  Najib akan mengaku.

Saturday, August 27, 2016

SEORANG DOKTOR YANG ZALIM

Atas kudrat manusia, untuk menyelamatkan seorang pesakit kencing manis tahap kronik, seorang doktor pakar terpaksa memotong bahagian anggota tertentu dan manasihatinya untuk menjaga bukan sahaja tentang apa yang dimakannya termasuk halal dan haram tetapi juga sikap dan tingkah laku (akhlak) yang dituntut oleh ugama.

Tetapi kalau pesakit itu enggan,  berlagak pandai,  keras kepala,  ego,  sombong, bongkak .... Apa sangatlah doktor itu boleh lakukan.

Apapun rawatan alternatif tetap ada, sewajarnya juga pesakit perlu dibiarkan untuk membuat pilihan.

Keluarga dan rakan sekelilingnya sudah tentu boleh menasihatinya samada menukar doktor pakar, bersedia untuk menderita dan mati atau berpura pura dirinya tidak sakit.

Ya Allah,  Engkau Permudahkanlah Urusan Orang Yang Benar Di Jalan MU.
Aamiin.


NAJIB YANG MENEMPAH...





Apapula gelaran dan ayat yang sesuai selepas Najib bersara...

Tun Dr Mahathir telah meletakan dan mengangkat bangsa Johor,  bangsa Kedah,  bangsa Kelantan dan bangsa serta kaum  di semua negeri menjadi bangsa Malaysia dan Malaysia Boleh di peringkat dunia untuk dihormati dan disegani...

Sultan Johor  meletakan bangsanya di sekitar jajahannya...

Dan siapa pula yang menjahanamkannya di peringkat dunia hari ini...








Aktiviti haram MO1 dan Transgender tidak banyak bezanya,  saling memusnahkan negara...



Friday, August 26, 2016

MAC 2017

Pilihanraya dijangka Bulan Mac 2017, ITU tarikh yg terdekat... mohon semua shbt2 utk gandakan usaha ke arah pendaftaran pemilih dengan Kaedah:

1) Semakan Daftar Pemilih utk diri sendiri, Keluarga, Kawan2 dan Rakan2. Guna Link SPR utk semakan.. Tekan link INI untuk Semak.

http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/DaftarjBM.aspx

Jika X tersenarai walaupun dah hantar ic, Kena Ambik inisiatif Pergi Pejabat POS@SPR untuk Daftar Sekali lagi, X usah Tanya kenapa nama saya x lekat lagi walaupun dah hantar ic... Mohon Sungguh.. Suku Ke 3, ada lagi 1 bulan lebih utk bertindak..

*Jika pru bulan 3 2017, Mereka yg Daftar mengundi berakhir 30/9/2016 shj yg akan boleh mengundi*

Mohon Hebahkan

TANDA-TANDA SUDAH ADA BERSATU SEMAKIN HAMPIR DILULUSKAN... (?)

Sejak mula diumumkan penubuhan parti baru oleh Tun Dr Mahathir,  agaknya Obama pun berhenti main golf,  segala cerita dalam dunia agaknya tenggelam, semua fokus pada perkembangan...

Setelah dihantar untuk mohon kelulusan hinggalah ke hsri ini,  ribuan artikel dan ststement pemimpin dikeluarkan - tak ada satu pun kebaikan parti baru ini.

Pemimpin yang sudah tiada pengaruh, yang monopause, yang hilangupaya (akal)  tetapi menolak untuk sertai BERSATU tiba tiba ada nilai berita dan hero bagi mereka.

Apabila Tun memberi ulasan tentang bangsa Johor,  bertambah yakinlah mereka parti Tun tidak akan mendapat tempat di Johor dan Malaysia,  parti itu akan musnah...

Kesilapan, sepatutnya Tun menjadi penyamun, berskandal -  mungkin itu lebih dibangga,  diterima dan disanjung (???)...

Habis madu,  sepah dibuang sangat tepat untuk Tun..

Oleh itu adalah wajar,  parti yang tinggal nyawa nyawa ikan ini diluluskan segera.

Janganlah digambar,  digembur dan dipamirkan umno itu sangat takut pada sebuah parti yang sehalus kuman sedangkan umno itu segagah gajah...



Selepas zapin dipopularkan oleh Ghani,  Khaled patut memikirkan supaya silat pulut atau kuda kepang pula dimajukan... 

SENGAJA BUAT TAK FAHAM

Bila istilah "sujud" digunapakai dalam posting yang lalu,  ramai sangat hipokrik yang bercakap tentang ketuhanan tetapi dalam masa yang sama mereka kekal followers pendedak,  machais dan balacis...

Mereka kononya sangat janggal dengan istilah bahasa "sujud" tetapi rela hati dan sinonim kekal cium bontot..

#Ini selingan,  tak perlu komen.

Pendedahan Chegu Bard bikin madani goyah

Najib razak didapati bersalah dan dihukum - selesai. Diberi pengampunan oleh Agong Sultan Pahang dan didakwa  ada addendum Pertanyaan telah ...