UMNO YANG MENJADI TUNGGAK KERAJAAN SEPATUTNYA MELAKSANAKAN DASAR DAN PERJUANGAN PARTI YANG DISERAP DALAM PENTABIRAN KERAJAAN DAN BUKANNYA MENGIKUT NAFSU PERDANA MENTERI YANG GAGAL DIKAWAL PARTI.
UMNO BAKAL DITOLAK KESELURUHAN KERANA MAJLIS TERTINGGI DAN KETUA KETUA BAHAGIAN JADI PAK TURUT MEMBUTA TULI HINGGA MENGENEPIKAN PERJUANGAN PARTI.
APA YANG NAK DIBANGGAKAN UMNO HARI INI (?)
KALAU MAHU DIKENANG. ITU ZAMAN SILAM ERA MAHATHIR DAN SEBELUM.
ERA SEKARANG TEMPEK DAN KELEPEK.
BUDAK BUDAK NAJIB SEKADAR CAKAP BOLEH LAWA TAPI TIDAK DAPAT MEMADAMKAN FAKTA..
*Sebatang Tiang Seri Melayu*
#Luahan hati seorang anak kampung kepada UMNO.
Parti keramat aku, ayah, datuk aku tiada lain hanyalah Umno. Malah boleh dikatakan 90% orang Melayu di kampung memilih Umno sebagai wadah perjuangan politik setempat.
Dulu datuk pernah berkata Umno banyak berjasa kepada orang Melayu di Malaysia. Ketua Pemuda masuk ke kampung - kampung mencari dan mengumpulkan pemuda yang tidak berkerja, semua pemuda akan di carikan kerja didalam kilang ais dan pelbagai pekerjaan lain di sekitar kampung.
Pemimpin diatas sangup bergadai bergolok demi Perjuangan Agama, Bangsa dan Negara. Alangkah beruntungnya orang Melayu dahulu dipayungi oleh pemimpin umno seikhlas dan sebegitu sebaik. Memang selayaknya Umno menjadi pilihan semua masyarakat melayu di ketika itu.
Ayah aku juga ada menceritakan Umno ketika zaman *Tun Mahathir* juga tidak kurang atau lebih hebat menaiki nilai Bangsa dan Negara. Tanpa Tun Mahathir dan pemimpin seangkatan tiadalah KLCC, Litar Sepang, Putrajaya, Proton dan bermacam lagi pembangunan telah mereka lakukan. Tetapi paling menarik tentang cerita bagaimana Tun M dan rakan - rakannya *merampas kembali beribu - ribu hektar tanah ladang dari Syarikat Guthrie yang pada masa itu di miliki oleh England*.
Dengan jasa Tun M juga orang Melayu ramai yang berjaya, Malaysia dikenali seantero dunia. Selayaknya pemimpin zaman bapa saya di gelar *Bapa Pembangunan Malaysia*.
*TETAPI PALING MALANG ZAMAN SAYA SENDIRI, APA YANG HENDAK CERITAKAN KEPADA ANAK-ANAK SAYA TENTANG KELEBIHAN UMNO*.
Apa saya hendak jawab...?
*Jika anak saya bertanya tentang* :-
1. Betul ke zaman ayah banyak aset negara dijual...?
2. Betul ke zaman ayah banyak rasuah hingga negara jadi mundur semula...?
3. Betul ke zaman ayah negara Vietnam dan Indonesia mula mengatasi Malaysia dari segi pencapaian ekonominya...?
4. Betul ke zaman ayah orang Melayu mula era merempat di Tanahair sendiri...?
Wahai pemimpin kecil Umno dibawahan cukuplah gula - gulakan pemuda kampung dengan baju jersi bola dan BRIM $1.09 sehari itu.
Berilah mereka ilmu, bimbinglah mereka hingga berjaya berdikari mencari wang sendiri.
Wahai pemimpin cukup - cukuplah memberi sekampit beras.
Mana letaknya maruah orang tua Melayu yang kamu hina sebegitu.
Pada saudara - saudara seMelayu dengan aku bangunlah dari mimpi kita.
*Melayu... sudah tiada maruah*.
*Melayu... sudah tiada tanah*.
*Melayu... sudah tiada apa untuk dibanggakan*.
Melayu yang kita wakil mewakili suara maruah bangsa kita,
sudah menipu kita
sudah menjual maruah kita,
sudah menjual tanah kita...!
*Jika Hang Tuah, Tun Perak, Datuk Onn Jaafar hidup kembali, nescaya mereka akan menangis melihat keadaan bangsa kita kini*.
Oh ya...
Tun M masih ada,
Nasib baik kita masih lagi mempunyai seorang lagi
Tiang Seri Melayu untuk kita. Bangsa kita bertaut dari jatuh dalam lautan kehinaan.
Tun M,
tolonglah kami rencanakan kembali sinar gemilang Bangsa dan Negara. Sesungguhnya anak bangsamu tengah lemas dilautan penipuan.
Pada anak bangsaku hulurkan tanganmu, hulurkan secebis maruahmu.
Ayuh bangun bersama menongkah arus bersama Sebatang Tiang Seri Melayu agar kita semua selamat ke pantai, *BERSATU kembali memulakan jalur - jalur kehidupan yang lebih bermaruah*
*Hidup BERSATU*...
*Hidup BERSATU*...
*Hidup BERSATU*...
*PPBM Batu Gajah, Perak D. Ridzuan*.