Sunday, October 16, 2016
TUGASAN BARU UNTUK PANG5 JAWAB
Meneliti setiap patah kata Tun, musuh pasti tidak dapat berdiam diri, kena jawab, kena spin, kena kerah segala balaci, pemakan dedak tetap atau sambilan untuk sama sama menggempur dan menjawab, jawab lah apa sahaja asalkan boss rasa bahagia..
Agaknya siapa yang berani berdebat dengan Tun (?) secara langsung, face to face...
Tun bukan pemidato hebat, slow.. Tak pandai tunjuk sana tunjuk sini, pusing badan kiri kanan....
*"Ada orang fanatik parti. Saya fanatik perjuangan. Bila parti tak betul, saya keluar"*kata YBHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
Kita berjuang, *kita tak boleh ikat dari kepada parti, tapi ikat kepada perjuangan.* Kalau parti tidak lagi ikut prinsip perjuangan, kita tinggal parti itu.
Saya rasa yang sokong Umno sekarang bukan sokong parti. Tapi sokong Najib. Mungkin sebab Najib banyak dedak bagi penuh mulut.
1MDB bukan untuk bisnes, tapi untuk curi duit. Sebab Najib kata cash is king. Pemimpin-pemimpin disogok. Dia nak kekal pada setiap kali pilihan raya.
*Rasuah, sogok diharamkan oleh agama.* Tapi Najib tak peduli semua itu. Pada pilihan raya akan datang Najib akan suap kepada siapa yang boleh.
Najib hina orang Melayu. Dia ingat Orang Melayu ini boleh disogok. Saya tak fikir Orang Melayu sekarang macam ini. Orang Melayu sekarang sudah matang, tahu halal haram.
Himpunan Bersih di negara kita aman. Senyap sahaja. Cuma pakai baju kuning.
Saya dah dapat baju kuning. Saya pun nak hadir sama. Sebab Bersih itu aman.
Maka datanglah baju merah Jamal ni tendang peserta Bersih. Mereka sengaja nak cari gaduh. *Supaya Najib boleh isytihar kawasan keselamatan.* Dia boleh tangkap orang.
Tapi orang Bersih baik. Tidak melawan. Saya harap orang Bersatu pun jangan pakai baju merah hari tu. Kita pakai baju kuning.
Kita keluar beramai-ramai bersama PKR, DAP, AMANAH.
Penyokong Najib, Salleh Keruak kata hapuskan legasi saya. Nak tebang KLCC. Saya nak cakap, JPM saya yang buat dulu. Rumah Perdana Menteri tu pun saya buat dulu.
*Saya kata terang-terang Najib curi duit. Dia belum lagi nak saman saya.* Tindakan Najib ini sangat luar biasa.
Tun Mahathir
16 Oct 2016
MENTALITY TO SURVIVE
Anak Sulung : PHD
Anak Kedua : Ijazah
Anak Ketiga : Diploma
Anak Bongsu : Perompak
Jiran : Kenapa kau tak halau saja anak bongsu kau dari rumah?
Bapa : Dia sorang saja yang cari duit. Yang lain belum ada kerja..😂😂
Anak Kedua : Ijazah
Anak Ketiga : Diploma
Anak Bongsu : Perompak
Jiran : Kenapa kau tak halau saja anak bongsu kau dari rumah?
Bapa : Dia sorang saja yang cari duit. Yang lain belum ada kerja..😂😂
Saturday, October 15, 2016
JOM KITA CAKAP YANG BETUL, BAGITAHU YANG BETUL KEPADA RAKYAT... HENTIKANLAH SEGALA TEMBERANG, KARUT MARUT, TAHYOL SEKADAR UNTUK MENUTUP KELEMAHAN SENDIRI...
Majlis di atas tu disertai Rafiq EXCO Pemuda UMNO Melaka yg digantung sbb cuba jemput Tun M.
Tak kiralah berapa orang yang keluar, 10 atau 20, adalah juga pertambahan...
Di luar sana, lebih ramai yang keluar dengan menolak umno dari hati mereka.
Friday, October 14, 2016
MAHATHIR MENGANCAM PERPADUAN DI KOTA BHARU (?)
8
Kehadiran netizen di Kota Bharu, Program Tun Dr Mahathir malam ini.
❇Tun Dr Mahadhir mengingatkan bhw BN boleh ditewaskan... " Saya selalu menang, tak pernah kalah semasa memimpin BN "
" BN menang sebab parti lawan kalah, parti lawan kalah sebab mereka tidak bersatu. Kalau kita menang baru kita boleh dapat royalti..."
" BN menang kerana mereka berjuang sebagai sebuah parti, mereka guna satu simbol dan satu manifesto, mereka hanya letak satu calon, semua 14 parti hanya sokong satu calon "
" Hanya satu cara shj untuk kita menang, kita kena bergabung. Kali ini saya mendesak kalau nak menang, ketepikan perselisihan sesama kita "
*BERSATU.. BERSATU.. BERSATU !!*
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...