Friday, November 11, 2016

BINA MELAYU BARU TANPA BRIM DAN GST

( TANPA RASUAH DAN KEZALIMAN ) 

BRIM DAN GST

Tadi beli nasi lemak 50 sen 
→ makan 
→ tinggal separuh 
→ nampak lalat dalam nasi lemak
→ jumpa mak cik jual nasi lemak tadi 
→ bagitahu ada lalat 
→ mak cik jawab ' Hok alorh , nasi lemak 50 sen takkan nak letak ayam?
....😂 😂 ....

....😂 😂 ....

MORAL OF THE STRORY

US picked a billionaire and made him a leader.
Malaysia picked a leader and made him billionaire!

Dengan UMNO dikalahkan sahaja,  satu overahaul akan dapat dibuat, pembongkaran antara jasa dan pengkhianatan.

Orang Melayu dan Islam,  bangsa Malaysia perlukan satu tsunami untuk bangun sebagai satu Melayu baru.

Ketuanan Melayu harus dibina atas etika dan akhlak Islam.

Titah Sultan Perak,  orang Melayu jangan jadi badut,  Pemimpin Melayu kena berdiri megah atas rasa hormat kawan dan lawan dan bukan kerana ditakuti atas salahguna kuasa.

Thursday, November 10, 2016

DI MANA SUARA WANITA UMNO SEKARANG (?)

Srikandi PPBM memandang kejayaan Donald Trump sebagai suatu petanda bahawa

masyarakat hari ini ingin lari dari kepompong ahli politik konvensional. Masyarakat mahukan perubahan. Mereka tidak lagi percaya kepada ahli politik.

Donald Trump lebih dikenali sebagai taikun perniagaan daripada seorang ahli politik. Dia dilihat sebagai seorang individu pragmatik yang tidak lahir dari acuan politik. Dia lahir dari empayar perniagaan.

Saya tidak melihat persaingan antara Clinton dan Trump dari perspektif polisi Democratic Party atau Conservative Party. Saya juga tidak terlalu ingin menjuruskan penilaian saya kepada manifesto kedua-dua mereka, tetapi kepada latar belakang kedua-dua calon.

Begitu juga di Malaysia, saya melihat kepada keputusan PRU13 di mana masyarakat telah memilih ramai calon dari parti pembangkang kerana mereka mengenengahkan muka- muka baru yang tiada baggage politik. Muka- muka baru yang asing dari dunia politik menjadi pilihan rakyat kerana mereka muak dengan ahli politik.

Saya berpendapat keputusan PRU14 di Malaysia juga akan terus mendapat tempias keputusan pilihanraya presiden US dan PRU13. Rakyat hilang keyakinan kepada ahli politik dan mereka mahukan muka baru bernafas segar.

Bagi pihak Srikandi PPBM, kami melihat trend kehendak rakyat ini dengan serius. Barisan kepimpinan Srikandi PPBM akan secara meluas menampilkan muka-muka segar dan muda yang berketrampilan dalam membentuk ombak baru yang sangat besar menjelang PRU14. Barisan kepimpinan Srikandi PPBM in shaa Allah akan diumumkan minggu hadapan.

Anina Saadudin
Ketua Srikandi PPBM

Wednesday, November 9, 2016

KUMAN DI SEBERANG LAUT, RAKSASA DEPAN MATA..

Apa sangat kita nak takut dengan kemenangan Donald Trump. Dia tak makan orang.
Musuh yang nyata... 

Yang di depan mata lagi merbahaya.....
Gunting dalam lipatan, 
Api dalam sekam, 
Harapkan pagar,  pagar makan padi,
Haruan makan anak, 
Menang sorak,  kampong tergadai, 
Menang kontrak,  negara tergadai... 
Kelepektism.. 

Tuesday, November 8, 2016

SUMBANGAN JAMAL KEPADA UMNO

Tun Dr Mahathir dalam blog terkininya mengucapkan tahniah kepada Jamal,  dengan pertanyaan bila nak dapat Tan Sri.

Sewajarnya sebagai pemimpin muda,  jika benar tidak dipengaruhi dedak dan diikat agenda,  Jamal wajar secara sopan menemui Tun untuk mendengar dari mulut Tun sendiri tentang perjuangannya.

Tidak ada rugi sedikitpun bagi Jamal untuk berbuat demikian.

# DAP tidak akan mampu bertapak di hati orang Melayu kalau pemimpin UMNO , pemimpin Melayu berpegang teguh kepada ajaran dan akhlak Islam.

Monday, November 7, 2016

MALAYSIA MAKIN MISKIN, KOS SARA HIDUP MENINGKAT... RAKYAT SUBSIDIKAN KERAJAAN

Oleh itu adalah perlu pemimpin jangan berlagak sangat dengan rakyat...

BERAPA MARKAH KITA NAK BAGI KEPADA ANNUAR MUSA

Ucapan yang paling lengkap segenap tujuh penjuru alam. 
Sayangnya ia datang dari seorang sekadar Ketua Penerangan parti dan ahli parlimen di mana audiencenya sangat terhad.

Kebolehan luar biasa annuar musa bukan sekadar di padang bola. Bukan sekadar menjinakan datuk vida tetapi jika diangkat menjadi Menteri Penuh ianya sangat berguna kepada rakyat malaysia dari sumbangan berkata kata. 

Pembinaan landasan keretapi hingga ke Kelantan akan menurunkan harga barang?????? Satu lagi "ahmad maslan" yang menjamin gst menurunkan harga barang!!!!!!!! Teori hampehhh

Apapun setakat ini,  perlantikan annuar musa sebagai ketua penerangan parti sangat berbaloi baloi.  Kecerdikannya jauh belakang meninggalkan salleh kruak,  shabery chik,  ahmad maslan,  rahman dahlan yang masih terkulat kulat mencari kata kata untuk menyokong landasan termahal di dunia. 

Alangkah baiknya landasan tersebut dibina merentasi Sandakan di Sabah hingga ke Tebedu di Sarawak. 
Mereka lebih memerlukan. 

SURAT TERBUKA KEPADA PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Perdana Menteri,

Bagi pihak pengundi kawasan saya dan seluruh rakyat di Pantai Timur, saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas usaha YAB Datuk Seri dalam melaksanakan East Coast Railway Line (ECRL). Kereta api bersejarah ini bukan hanya sekadar satu projek, tapi umpama satu titik dakwat terang tertera pada sehelai kertas yg putih. Ia secara radikal akan mengubah kehidupan rakyat sepanjang koridor Pantai Timur, mewujudkan pekerjaan yang baik dan peluang ekonomi kepada rakyat biasa dari yang sekecil-kecil daripada kampung hinggalah ke sebesar-besar daripada bandar.

Saya amat berpuas hati kerana, seperti yang YAB Datuk Seri sedia tahu, isu ini berada dekat di hati saya. Di Parlimen, sebelum ini saya telah berkali kali mengetengahkan isu jurang perbezaan antara wilayah, antara negeri Pantai Barat dan Pantai Timur. Dan saya sering mengutarakan betapa negeri Pantai Timur harus dibawa keluar daripada situasi kemiskinan dan kemunduran.

Saya telah berkali kali menyentuh isu perbezaan ini semasa UCAPAN MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG, pada Mac 2015. Sekali lagi, pada bulan Jun saya berucap panjang lebar di Parlimen semasa perbahasan RMK-11. Jadi, projek ECRL ini dan perhatian peribadi YAB Dato' Seri terhadap Negeri-negeri Pantai Timur mengembirakan dan memuaskan hati saya.

Saya gembira kerana YAB Dato' Seri mempunyai keberanian dan komitmen tinggi untuk melakukan apa yang gagal dilakukan oleh Perdana Menteri terdahulu. YAB Dato' Seri berhak mendapat kredit yang tinggi kerana membuat satu usaha yang berani dan belum pernah dilakukan sebelum ini bagi meletakkan negeri-negeri Pantai Timur sebahagian dari Initiatif One Belt One Road (OBOR) dan inisiatif New Maritim Silk Road (MSR) yang baru dilancarkan Republik Rakyat China. Ini sudah tentu akan menjadikan negeri Pantai Timur bakal mendapat manfaat terbesar dari ledakan ekonomi China.

YAB Dato' Seri tentunya sudah lama memahami bahawa rakyat di Pantai Timur telah ketinggalan dari segi ekonomi. Sudah terlalu lama, mereka telah disingkirkan dari kemakmuran dan kemajuan yang dinikmati di Pantai Barat, terutamanya di Lembah Klang. Sudah terlalu lama, bandar-bandar dan kampung-kampung telah dikosongkan belia yg terpaksa berhijrah.Ramai daripada mereka terdesak untuk mencari kehidupan yang lebih baik di bandar besar di Pantai barat.Ibu bapa telah dipisahkan dari anak-anak mereka. Datuk nenek dari cucu mereka. Ramai yang telah terputus hubungan dengan keluarga mereka.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri, Semua itu akan berubah tidak lama lagi kerana initiatif Dato Seri.  Apabila sudah siap, kereta api ini akan menghubungkan Pantai Timur ke Lembah Klang di Pantai Barat, Singapura di Selatan, dan China di Utara. Kos barang akan turun, masa perjalanan antara Timur dan Barat akan singkat dan taraf hidup rakyat akan meningkat.Sebagai seorang Perancang Bandar, saya dapat meramalkan Bandar-bandar kecil dan besar akan tumbuh serta kampung-kampung akan menjadi pusat pertumbuhan baru...dan peluang ini membolehkan belia kekal membina Dan memperkukuh ekonomi Dan kehidupan mereka ditempat sendiri.
Pada masa dahulu, Pantai Timur telah terpisah oleh kekurangan sistem perhubungan yg baik.  Kelantan misalnya masih tidak mempunyai lebuh raya, walaupun ada yang baru nak dibina sekarang. Saya masih ingat sewaktu kecil betapa sukarnya perjalanan saya ke sekolah berasrama penuh di Ipoh dan Kuala Lumpur. Perjalanan dengan bas dan kereta api dari Kelantan adalah panjang dan sukar, satu realiti yang masih dialami oleh ramai penduduk Pantai Timur hingga hari ini, sama ada mereka peniaga,pelajar, petani, nelayan, atau seorang pelancung.Projek kereta api ini akan mengubah kehidupan mereka dengan cara yang mereka tidak boleh bayangkan sebelum ini.
Tidak lama lagi, seluruh Pantai Timur akan menjadi hab perdagangan,destinasi pelancungan,dan tumpuan pelaburan yang mengagumkan di pentas global.Segalanya kerana keputusan dan kebijaksanaan YAB Dato' Seri yang berpandangan jauh .Dengan mengambil kesempatan dari inisiatif OBOR China SURAT TERBUKA KEPADA PERDANA MENTERI MALAYSIA

Tidak lama lagi, seluruh Pantai Timur akan menjadi hab perdagangan,destinasi pelancungan,dan tumpuan pelaburan yang mengagumkan di pentas global.Segalanya kerana keputusan dan kebijaksanaan YAB Dato' Seri yang berpandangan jauh .Dengan mengambil kesempatan dari inisiatif OBOR ChinaSURAT TERBUKA KEPADA PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Perdana Menteri,

Bagi pihak pengundi kawasan saya dan seluruh rakyat di Pantai Timur, saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas usaha YAB Datuk Seri dalam melaksanakan East Coast Railway Line (ECRL). Kereta api bersejarah ini bukan hanya sekadar satu projek, tapi umpama satu titik dakwat terang tertera pada sehelai kertas yg putih. Ia secara radikal akan mengubah kehidupan rakyat sepanjang koridor Pantai Timur, mewujudkan pekerjaan yang baik dan peluang ekonomi kepada rakyat biasa dari yang sekecil-kecil daripada kampung hinggalah ke sebesar-besar daripada bandar.

Saya amat berpuas hati kerana, seperti yang YAB Datuk Seri sedia tahu, isu ini berada dekat di hati saya. Di Parlimen, sebelum ini saya telah berkali kali mengetengahkan isu jurang perbezaan antara wilayah, antara negeri Pantai Barat dan Pantai Timur. Dan saya sering mengutarakan betapa negeri Pantai Timur harus dibawa keluar daripada situasi kemiskinan dan kemunduran.

Saya telah berkali kali menyentuh isu perbezaan ini semasa UCAPAN MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG, pada Mac 2015. Sekali lagi, pada bulan Jun saya berucap panjang lebar di Parlimen semasa perbahasan RMK-11. Jadi, projek ECRL ini dan perhatian peribadi YAB Dato' Seri terhadap Negeri-negeri Pantai Timur mengembirakan dan memuaskan hati saya.

Saya gembira kerana YAB Dato' Seri mempunyai keberanian dan komitmen tinggi untuk melakukan apa yang gagal dilakukan oleh Perdana Menteri terdahulu. YAB Dato' Seri berhak mendapat kredit yang tinggi kerana membuat satu usaha yang berani dan belum pernah dilakukan sebelum ini bagi meletakkan negeri-negeri Pantai Timur sebahagian dari Initiatif One Belt One Road (OBOR) dan inisiatif New Maritim Silk Road (MSR) yang baru dilancarkan Republik Rakyat China. Ini sudah tentu akan menjadikan negeri Pantai Timur bakal mendapat manfaat terbesar dari ledakan ekonomi China.

YAB Dato' Seri tentunya sudah lama memahami bahawa rakyat di Pantai Timur telah ketinggalan dari segi ekonomi. Sudah terlalu lama, mereka telah disingkirkan dari kemakmuran dan kemajuan yang dinikmati di Pantai Barat, terutamanya di Lembah Klang. Sudah terlalu lama, bandar-bandar dan kampung-kampung telah dikosongkan belia yg terpaksa berhijrah.Ramai daripada mereka terdesak untuk mencari kehidupan yang lebih baik di bandar besar di Pantai barat.Ibu bapa telah dipisahkan dari anak-anak mereka. Datuk nenek dari cucu mereka. Ramai yang telah terputus hubungan dengan keluarga mereka.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri, Semua itu akan berubah tidak lama lagi kerana initiatif Dato Seri.  Apabila sudah siap, kereta api ini akan menghubungkan Pantai Timur ke Lembah Klang di Pantai Barat, Singapura di Selatan, dan China di Utara. Kos barang akan turun, masa perjalanan antara Timur dan Barat akan singkat dan taraf hidup rakyat akan meningkat.Sebagai seorang Perancang Bandar, saya dapat meramalkan Bandar-bandar kecil dan besar akan tumbuh serta kampung-kampung akan menjadi pusat pertumbuhan baru...dan peluang ini membolehkan belia kekal membina dan memperkukuh ekonomi serta kehidupan mereka ditempat sendiri.

Pada masa dahulu, Pantai Timur telah terpisah oleh kekurangan sistem perhubungan yg baik.  Kelantan misalnya masih tidak mempunyai lebuh raya, walaupun ada yang baru nak dibina sekarang. Saya masih ingat sewaktu kecil betapa sukarnya perjalanan saya ke sekolah berasrama penuh di Ipoh dan Kuala Lumpur. Perjalanan dengan bas dan kereta api dari Kelantan adalah panjang dan sukar, satu realiti yang masih dialami oleh ramai penduduk Pantai Timur hingga hari ini, sama ada mereka peniaga, pelajar, petani, nelayan atau seorang pelancung. Projek kereta api ini akan mengubah kehidupan mereka dengan cara yang mereka tidak boleh bayangkan sebelum ini.

Tidak lama lagi, seluruh Pantai Timur akan menjadi hab perdagangan, destinasi pelancungan dan tumpuan pelaburan yang mengagumkan di pentas global. Segalanya kerana keputusan dan kebijaksanaan YAB Dato' Seri yang berpandangan jauh.  Dengan mengambil kesempatan dari inisiatif OBOR China, Pantai Timur akan menjadi sebahagian daripada laluan perdagangan luas yang menakjubkan sehingga ke Eropah Asia dan Afrika. OBOR meliputi 65 negara dengan jumlah penduduk seramai 4.4 bilion orang, jadi bayangkanlah kepelbagaian kemungkinan untuk rakyat Pantai Timur. Ketika mana banyak negara berundur disebabkan kebimbangan perdagangan, kita berani melangkah ke hadapan dengan keberanian dan keyakinan. Tidak akan ada masa yang lebih baik untuk menjadi seorang pemastautin negeri Pantai Timur.
Saya teruja dan berbangga, saya pasti YAB Datuk Seri juga begitu.

YAB Datuk Seri, semua ini tidak akan tercapai tanpa kepimpinan Dato' Seri yang komited lagi BERISTIQAMAH .  YAB Dato' Seri berani meletakkan sasaran yang tinggi apabila mereka menggesa Dato' Seri bersasar rendah. Dato' Seri sentiasa berkesanggupan bergerak ke hadapan dan menyesuaikan diri dengan kaedah baru apabila mereka menggesa Dato' Seri untuk mundur ke belakang. Dato' Seri terus memberi tumpuan memikul amanah demi rakyat walaupun mereka memfitnah, mencaci dan mencela.  Seperti yang YAB Datuk Seri pernah berkata "pantang berundur, pantang menyerah!".  Kami, rakyat Pantai Timur berbangga dan akan sentiasa bersama dengan YAB Dato' Seri dalam perjuangan ini.

Semoga Allah SWT sentiasa memberkati YAB Dato' Seri jua, In Sya Allah.

TAN SRI ANNUAR MUSA
AHLI PARLIMEN P026 KETEREH November 7, 2016

Sunday, November 6, 2016

NO WONDER TUN JEALOUS !!!

Kata seorang kawan " Kita bakal menempa sejarah lagi. Kita sewajarnya bangga kerana Malaysia bakal memiliki railway yang termahal di dunia. Pasti tidak ada negara lain yang akan beat"

No wonder Tun Dr Mahathir jealous sangat-sangat seperti kata Nazri.

Tun jealous kat mana (?)

6ANGKA