Ke Pulau Pinang minggu ini, bercuti, urusan bisnes dan memang nak survey politik terkini, 3dalam1.
Jumpa rakyat marhaen, ada motor tak ada kereta sekitar Sungai Dua dan jumpa jutawan, rumah bungalow, tiga empat biji kereta, berzakat puluhan ribu..
Jawapan yang dapat, sama seperti dua tahun yang lepas.
Pengurusan Kerajaan Negeri lebih baik di bawah pentadbiran Lim Guan Eng...
Tidak perlulah dihurai satu persatu kebaikan dan kehebatan, tidak perlu juga dipertikaikan kerana mereka yang merasa, mereka yang lebih tahu.
Apakah berdosa untuk mengaku atau menerima bahawa DAP Kerajaan Pulau Pinang lebih excellent (?)
Soal KM didakwa rasuah, biarlah mahkamah tentukan dan biarlah proses politik umno dan DAP mencari penyelesaian.
Politik serba kemungkinan.
# Apa pandangan atau lebih tepat pembohongan dan momokan orang luar terhadap orang Melayu di kerajaan DAP menambah lagi benci orang Melayu PP kepada umno.