Secara ikhlasnya saya sendiri yakin umno akan menang dan jadi kerajaan sekali lagi selepas menang tactically PRU akan datang.
Tun Dr Mahathir dan Muhyiddin lebih tahu tentang perkara ini, itulah kelebihan BN yang diketuai umno, mereka mempunyai banyak card yang sukar dibendung untuk menang di Pusat dengan melepaskan beberapa negeri.
Kelebihan itu tidak diketahui oleh ramai akar umbi menjadikan mereka panik dan takut umno kalah.
Walau seribu tuduhan skandal ke atas pemimpin umno dan kalaupun PAS tidak mahu menyokong umno, semua itu tidak menjadi halangan untuk umno menang lagi.
BERSATU adalah serpihan umno yang paling lemah dan bukan mengejutkan jika satu kerusi pun tidak akan dimenanginya.
Begitu juga PAS yang akan masuk perangkap tiga penjuru dan menerima nasib yang sama buruk dengan BERSATU.
Fokus sekarang kepada merampas semula Selangor dan dengan bantuan PAS, di atas kertas ia boleh berjaya.
Ini semua menjadikan umno lebih kuat dari masa sebelum belumnya dan Najib wajar diangkat menjadi wira baru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
WORLDCOIN dan AI
PERKENALAN Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...
-
Plan 'Investment' dalam Aurawave2u lebih selamat dan sihat , TIADA OVERPAID - dapatkan maklumat di www.mudahkaya01.bl...
Salam tuan KD.
ReplyDeleteMohon penjelasan apa kaitan isi entry dgn gambar? Adakah ia kenyataan seseorang yang di dalam gambar atau kenyataan KD sendiri.
Apa pun saya mohon berselisih pendapat dalam isu ini.
UMNO di bawah Najib memang kelihatan lebih solid disebabkan mereka yang berani menentang atau mempersoalkan pun habis dicantasnya, tetapi untuk mengatakan ia lebih kuat saya rasa ia tak betul.
Pada tahun 1988 dan 1998 orang-orang yang kecewa dan marahkan kepimpinan UMNO tidak menyertai UMNO baru, dan keluar UMNO tubuhkan PKR. Yang tinggal adalah solid UMNO. Mereka ini yang pertahankan UMNO dari serangan pihak luar. Majoriti rakyat yang tidak berparti juga bersama pemerintah.
Hari ini pula ramai yang kecewa dengan kepimpinan UMNO masih stay di dalam UMNO tetapi sudah bertekad tidak lagi akan mengundi BN disebabkan UMNO hari ini diketuai oleh penyamun. Mereka ini bukan sahaja tidak akan pertahankan UMNO-Najib bahkan mereka bersedia untuk menjatuhkannya. Rakyat tidak berparti juga banyak tidak lagi dilihat menyokong pemerintah.
Maka di dalam situasi ini UMNO sendiri tiada kaedah untuk menentukan tahap sokongan ke atasnya. Zaman jumlah ahli sebagai tanda aras jumlah sokongan sudah berlalu. Disebabkan itulah UMNO dari atas sampai ke bawah merasa resah.
Mohon berkongsi cerita yang telah diceritakan seseorang secara terbuka. Apabila Tun M menubuhkan PPBM untuk tumbangkan UMNO-Najib, di dalam satu pertemuan di antara ahli core group, beliau telah menggunakan terma mission impossible ke atas misi menjatuhkan UMNO-Najib. Salah seorang telah menjawab 'its not that impossible when you are the leader, sir".
Ini dinamakan keyakinan. Apabila ia disertai gerak kerja dan doa ia tidak boleh dipanggil angan-angan. Ia adalah perancangan dan sekiranya diizinkanNya ia pasti akan berjaya walau apa pun rintangannya.
Diejek, dipersendakan dan lain2 sepatutnya diambil sebagai pendorong dan bukan pelemah semangat. Di dalam sejarah dunia sudah banyak kali terbuku kisah orang-orang kecil mengalahkan yang besar.
Paling klasik ialah kisah David and Golliath sehinggakan apabila disebut sahaja 'a match between David and Golliath' kita akan serta merta memahami bahawa ia adalah kisah si kecil mengalahkan yang besar, si lemah mengalahkan yang kuat dan golongan yang sedikit mengalahkan yang ramai.
Ia pernah berlaku dan tidak mustahil akan berlaku lagi di antara UMNO the Golliath and PPBM the David.
Yang paling penting ialah usaha, doa dan tawakkal. Sekiranya kita yakin kita di pihak yang benar kita mesti yakin juga kita yang akan diberikan kemenangan akhir walau apa pun perkiraan matematiknya.
In shaa Allah kemenangan akhir berada di tangan pihak yang benar. Yakin dan bersabarlah.
Bukan yakin dengan saya tapi yakinlah dengan janji Allah.
كَم مِّن فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةًۢ بِإِذْنِ ٱللَّهِ وَٱللَّهُ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ
"Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.”
Terbaik
DeleteAminnnnnnnn....semoga semua usaha dipermudahkan Allah.
ReplyDeleteBerjuang untuk KEBENARAN!!!!
Dalam komen2 yang lepas saya tetap berpendapat hisham keris IS A WEAK LEADER WHO ALWAYS SEEN CORROBORATION in anything he does. A good example was the MH370 TOTAL DISAPPEARANCE. Had he been more proactive, more forward thinking and believe in his on strength, things could have been different.
ReplyDeleteIf the above article were words of hisham lembik, no surprise at all. HE IS SEEKING CORTOBORATION BY OTHERS. If he is positive, he would have been more confidenT then just fishing for CORROBORATED statements and agreements by others.
Kalau itulah taraf kepimpinan hisham.....bye bye umno and hisham
Yg paling lemah bukan pemimpin umno.... yg haprak bekas bekas pemimpin umno yg meninggalkan umno ada yg mudah lupa... ada yg jenis tak mengenang budi dan tatau berterimakasih samada jadi pemimpin
ReplyDeleteTettinggi maupun setakat jadi pengerusi 5 penggal... dll lagi lah..... kikikikiki....
1.54,
DeleteAnda salah. Yang telah memimpin 22 tahun tak pernah lupa dan belum nyanyok. Yang tinggalkan umno tak mahu bersekongkol.
Yang masuk 5 tahun memimpin belum terbukti dah jadi penyamun. Mudah lupa wang di samun wang rakyat, mudah lupa yang ditipu ahli umno yang didedak, mudah lupa ada sg buluh resort tunggu mereka dan ahli kumpulan samun, mudah lupa kerana KETUA PENYAMUN ITU APABILA BERCAKAP BERBOHONG, BERJANJI KHIANATI JANJI, DIBEFI AMANAH, AMANAH DIKHIANATI....itulah ciri2 orang munafiq dan orang mudah lupa siapa dirinya sendiri
Macam mana nak sedarkan ahli akar umbi? Dengan dedak ke sebab najib is cash is king dan kuat tabur dedak dan kuat bohong?
ReplyDeleteFakta 22 tahun yg mamak kerala cakap dulu skg suma kahak muntah hijau dan taik yg dihambur skg mamak kerela jilat balik... fakta melayu oopppss mamak mudah lupa. .. ko nak campak kemano..?
ReplyDeleteCuba huraikan satu persatu apa kahak hijau 22 tahun yang lalu?
ReplyDeleteSaya lahir seusia dengan malaya merdeka. Saya nak spesifik dan bagi contoh...kalau anda gagal anda sah memfitnah. Jangan pantun pantin, jangak alih tiang gol. Berfakta, berkebebaran dan berrealiti.
Kejora tidak faham @ fahamnya salah. Dia buta hati untuk 'mengadaptasi changes' perkembangan semasa hingga tergamak melontar kata2 jijik "kahak hijau dijilat". Apakah DAP & Anwar Ibrahim selamanya harus dikutuk? Apakah UMNO yg dah jauh menyimpang selamanya terus didukung? Apa sumbangan UMNO pimpinan Najib kpd agama, bangsa & negara..kecuali belenggu hutang berbilyon-bilyon?
DeleteSetuju dengan pak Othman.
DeleteKesetiaan dan perjuangan sepatutnya diletakkan kepada kebenaran dan bukan ke atas entiti.
Apabila entiti yang didukung itu telah melakukan pengkhianatan maka terus menyokong entiti yang sama akan menjadikan para penyokong itu juga sebagai pengkhianat.
Berpaling tadah adalah tindakan yang betul apabila entiti yang memegang amanah itu melakukan pengkhianatan.
Umno bawah najib memang KUAT pelahap duit rakyat. Sebab itu sokongan rakyat semakin KUAT kpd pembangkang.
ReplyDelete