Saturday, January 7, 2017

PETUA NAK BERJUANG








# Yang tidak sokong pembangkang,  tak komen lagi bagus. Go fly kite... 

JOM KRITIK PEMBANGKANG

Bercakap mengenai Parti Pembangkang sebenarnya jauh lebih baik dari bercakap dari parti yang bakal tewas di PRU kelak.

Mendedahkan kelemahan parti pembangkang jauh lebih membina daripada bercakap soal parti yang sudah lupa daratan. 

Memberi pandangan kepada pemimpin pembangkag jauh lebih berfaedah dari memberi pandangan kepada pemimpin yang merasakan diri mereka sahaja yang betul. 

Bertanya saolan kepada pembangkang sudah tentu bukan satu kesalahan,  bukan satu hasutan.

Kalau buat laporan polis berhubung pemimpin pembangkang jauh lebih berkesan, pagi report, petang dah kena tahan. Kecekapan kelas pertama. 

Dan akhirnya berhujah dengan fakta jauh lebih baik dari sekadar maki hamun kemuflisan dialog. 

Perbezaan antara yang makan dedak dengan tidak,  jauh berbeza. 

Friday, January 6, 2017

DAP PERLU BUKTIKAN TIDAK ANTI MELAYU DAN ISLAM

Perlembagaan DAP mesti tidak bertentangan dengan Perlembagaan Negara.

Kerajaan perlu mengharamkan parti tersebut jika perlembagaannya bercanggah dengan Perlembagaan Negara.

DAP mesti memohon maaf kepada orang Melayu dan Islam atas apa jua sikap anti nya di masa lepas dan berjanji tidak mengulanginya.

DAP wajar memberi separuh dari kerusi yang di menanginya sekarang kepada AMANAH untuk ditandingi pada PRU akan datang dan berkempen untuk penyokongnya mengundi AMANAH.

Untuk itu DAP juga layak diganti kerusi yang di menangi PKR dan AMANAH di kawasan Melayu nya majoriti.

# Masih ada nota tertinggal...

-------------------------

Apapula umno wajar lakukan (?)


AGAK AGAK ADA SESIAPA TAK NAK SAMAN DATO BAHRI..



Jho Leo.. 



SPRM berbohong???? 


Apalagi nak?  Bawalah Tun ke mahkamah... 



# Kalau saman Dato Bahari,  kena masuk mahkamah !!!!! 
# Tuan Ibrahim ni pun nak kena saman dengan Jho Low agaknya.. 




Thursday, January 5, 2017

JANGAN BUAT PERANGAI MACAM ORANG TAK ADA UGAMA..

Saya baru balik dari luar negara,  negara yang sedang bersalji ketika ini,  5h4m...
Hujan emas di negeri orang,  best lagi hujan batu di negara sendiri,  ye ke?

Kena kaji semula pepatah itu kerana kini ia melibatkan soal maruah,  ia bukan sekadar perbezaan pembangunan atau sosio-ekonomi.

Apabila kita di luar negara,  apabila dipersoalkan (bukan sekadar ditanya secara sopan)  tentang Malaysia,  tentang PM, tentang rakyat yang "silent", tentang undang2 yang tumpul.
Apa sebenarnya jawapan terbaik?????

Bolehkah kita guna jawapan ala suharli masrop,  ala keris berayon???
Bolehkah sekadar bla bla bla hak tuiii... Lendir, mamakutty.. bolehkah mereka faham..sekadar itukah iq kita,  hujah kita..

Kalau itulah jawapannya,  benarlah kata mereka, kita ini vanganggg..

Dalam keadaan negara luar, negara kapir,  sedang menyiasat dan mendakwa yang ada hubungkait dengan 1MDB,  negara dan pemimpin tidak ada jawapan yang melegakan kecuali mereka menjual kulit muka yang tebal.

Kita tidak ada jawapan kecuali tunduk malu dan cepat2 berlalu.

Alangkah untungnya kalau tak tau bahasa Inggeris,  kita tak tahu saolan mereka sambil kata " i no english" sambil tersengeh menunjukan kebodohan..

Bolehlah kita kata "i not malay" untuk menyorok bangsa..

Bagaimana dengan ugama?

Sesungguhnya yang hipokrik dan yang tidak ambil peduli tentang sikap pemimpin politik atasan sangat mengecewakan,  majoritinya Melayu.

Sekadar brim,  sekadar sekampit beras,  sebotol air oren,  itulah kerajaan yang baik.

Tidak dinafikan tapi itu tidak menghalalkan segala bentuk kecuaian,  penyelewengan,  salahgunakuasa.

Sudah tentu  "haram dan bangsat sangat" mencuri dan merompak duit rakyat dalam pelbagai bentuk.

Jangan buat semua itu seperti orang yang tiada ugama.
Siapa pemimpin kita?  Bangsa dan ugamanya?

Tak perlulah kita sebok nak tuding jari pada orang kapir,  memanglah semulajadi mereka anti Islam.

Dan anti mereka berganda ganda  kalau tengok sikap dan pemimpin Islam hari ini.

Ada beza?
Ada contoh baik untuk mereka hormati dan suka?


----------------------------------------

Jejak ke bumi Malaysia,  dengar pula orang pandai ugama berhujah guna akal dunia... Adoiiii..

Kalau pergi haji duit sumber syubahat,  kabur,  haram.. Mabrur atau tidak kenapa berdalih Allah sahaja tentukan...
Kalau solat berkain najis... Sah atau tidak kenapa berdalih Allah sahaja tentukan...

Tak tau.. Taubat
Dah tau.. Insaf,  jangan ulang.

Islam bukan milik Mufti,  milik sendiri,  masuk kubur sendiri jawab..


TERIMA KASIH KD



# Jom sama sama saling mengingati.

PENGAKUAN BERANI STU

SELAMAT TINGGAL UMNO (STU)

Saya merupakan ahli, penyokong & jentera tegar UMNO sehingga kan saya pernah menjawat jawatan diperingkat DUN sebagai Setiausaha DUN dan Setiausaha Pilihanraya 13 DUN. Sekarang saya hanya SU Pemuda Cawangan Kuala Ibai.

Namun ini semua berubah kira-kira 2 tahun yang lalu bila skandal 1MDB mula mendapat liputan.

Pada awalnya, saya masih menyokong dan mempertahankan penubuhan syarikat 1MDB dan menganggap semua laporan negatif terutamanya drp Sarawak Report, WSJ dan sumber sumber yang lain hanyalah tohmahan yang berniat jahat dan memburukkan imej YAB DS Najib Razak.

Tetapi satu demi satu fakta dan jawaban balas yang dikeluarkan kerajaan serta jurucakap serta kenyataan yg dibuat oleh beberapa Menteri dan agensi berkenaan serta dari YAB DS Najib sendiri mengenai syarikat itu mula saya ragui, sehinggalah beberapa siri pemecatan yg semuanya sudah anda semua sedia maklum termasuk terkini tindakan bersara awal oleh Pegawai Kanan SPRM.

Isunya dan hujah saya adalah: 

Pertamanya adalah pinjaman wang yg banyak yang dilakukan dengan begitu cepat sekali.

Dana drp pinjaman ini digunakan untuk membeli janakuasa yang hasilannya ganjil tidak boleh membiayai kos hutang.

Walhal adalah asas mana-mana perniagaan, pendapatan mestilah melebihi kos hutang.

Beban hutang kemudiannya menjadi terlampau tinggi sehingga mencapai angka RM42 billion ( skrg mencecah RM52 ++ disamping kadar bunga yag melampau tinggi) dalam masa yang begitu singkat.

Untuk membayar hutang ini, aset yg berbentuk 2 plot tanah terpaksa dijual dengan harga yg begitu murah kepada 1MDB.

Nasib baik 1MDB gagal untuk membuat penyenaraian di dalam Busar Saham Malaysia, kalau ia berjaya maka orang ramai dan instituisi yg melabur akan menanggung hutang tersebut.

Kemuncak pembohongan ini adalah pendedahan WSJ yg disokong DOJ dimana wang 1MDB disonglap untuk membeli berbagai jenis kemewahan yang melampaui batas di Amerika Syarikat seperti rumah-rumah mewah, jet peribadi, berjudi, lukisan mewah dan berbagai lagi termasuk derma jutaan ringgit untuk mengabui mata orang ramai. Salah seorangnya merupakan ahli keluarga PM sendiri.

Dokumen 137 mukasurat DOJ itu meneliti bagaimana duit dialihkan sebaik sahaja pinjaman besar dibuat 1MDB.

RM2.6 billion yang pada awalnya dinafikan PM juga akhirnya dibuktikan benar.

Rakyat dihidang berbagai-bagai cerita dongeng mengenai wang ini.

Dari derma seorang kerabat, menjadi beberapa orang, wang derma ahli UMNO, wang melawan IS hingga ke dana melawan DAP.

Jika itu tidak mencukupi, pendedahan WSJ mengenai perbelanjaan RM24 juta oleh isteri PM yang tidak langsung dibantahnya.

Kini hutang 1MDB sudah menjadi RM52 billion.

Faedah bank sahaja melebihi RM3 billion ringgit setahun atau RM8 juta sehari.

Ditambah dengan pelbagai isu, skandal seperti FELDA dan pelbagai dasar serta tindakan yang amat tidak menguntungkan negara, bangsa dan agama. Ini tidak lagi boleh diterima dimasa rakyat disuruh mengikat perut dan menyokong kerajaan. Ditipu dan dalam masa yang sama harta rakyat dirampas sewenangnya.

Hari ini tibalah masanya saya berbuat sesuatu dan melakukan perkara yang sepatutnya.

Parti UMNO pada asalnya parti keramat yg memperjuangkan kemerdekaan dan negara. Dato Onn, Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak yang membuatkan UMNO menjadi parti keramat. Ia bukan lagi parti keramat. Ianya bukan lagi wadah membela nasib bangsa dan agama, kerana manusia yang membentuk parti dan nafsu telah memusnahkan intergriti parti UMNO.

Cantik dan buruknya parti bukan bergantung kepada nama UMNO tetapi orang di dalamnya iaitu Pimpinan Parti UMNO.

Apabila orang di dalamnya gagal dan menyeleweng dari tujuan asal parti dan mula mempertahankan seorang pemimpin yang tidak lagi boleh dipertahankan maka ia bukan lagi parti keramat. Bila kita bertanya dan menyoal kita di tuduh pengkhianat parti dan melayu, itu saya tidak boleh terima.

Maka dengan ini saya

MOHAMMAD NASYUHA FADZLY BIN DAUD

NO AHLI UMNO : 04804584
CAWANGAN : KUALA IBAI
DUN : BATU BURUK
BAHAGIAN : KUALA TERENGGANU

Dengan lafaz Bismillah,  atas dasar kebenaran dan kesedaran membuat pengistiharan keluar dari Parti UMNO dan secara rasmi menjadi Ahli Parti Pertubuhan Pribumi BERSATU Malaysia.

ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR

#STU
#PPBMMALAYSIA
#PPBMTERENGGANU
#PPBMKUALATERENGGANU

BRIM NOT BRIBE








6ANGKA