Wednesday, January 11, 2017

SO MANY THINGS TO HIDE (?)

Siri : 635

LANGKAH AWALAN PENDEDAHAN LAPORAN AUDIT NEGARA BERJAYA !!!

PERJUANGAN TERHADAP KEBATHILAN MESTI DITERUSKAN !!!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
Assalamualaikum dan Salaam sejahtera :

1. Sepanjang tempoh 2 tahun lalu, satu siri epilog drama telah berterusan ditayangkan kepada orang awam berkaitan SAGA LAPORAN AUDIT NEGARA (LAN) 1MDB, dari masa ke semasa, tentang apa yang pada mulanya dihajatkan sebagai misi peroleh maklumat untuk pengetahuan umum, telah kemudiannya diklasifikasi dan "dipenjarakan di dalam kotak besi" yang dilabel OSA !!

2. Jangan dilupa. Saudara Rafizi Ramli telahpun menjadi mangsa peng"OSA"an LAN 1MDB itu, apabila didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 14.11.2016, untuk kononnya mendedahkan sebahagian daripada kandungan LAN 1MDB itu kepada umum, dek pemakaian OSA !!

3. Rentetan peristiwa dalam siri epilog drama  TV TIGA SUKU yang berjudul "SAGA LAN 1MB" ini adalah secara ringkasnya seperti berikut :

BABAK PERTAMA -

(a) Pada sekitar Mac 2015, dalam kehangatan paluan kritikan berkaitan alegasi SKANDAL 1MDB terhadap pucuk pimpinan Kerajaan yang diketuai NAJIB RAZAK, satu kenyataan telah diberi bahawa Jabatan Audit Negara telah diarahkan Kerajaan untuk menyiasat, menyemak dan menyediakan Laporan Lengkap berkaitan 1MDB itu, supaya segala kegusaran Rakyat dapat dijawab dengan telus dan profesional !

(b) Pada lingkungan masa yang sama juga, satu BADAN TINDAKAN KHAS (Special Task Force) telah ditubuhkan merangkumi kesemua agensi siasatan jenayah utama,  dan diketuai oleh TAN SRI ABDUL GANI PATAIL, mantan PEGUAM NEGARA pada ketika itu, bagi tujuan untuk melakukan siasatan jenayah menyeluruh bersabit SKANDAL 1MDB itu !

(c) Pada 11.05.2015 pula, Mantan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC - sebuah institusi di bawah seliaan Parlimen), NUR JAZLAN MOHAMED mengumumkan bahawa PAC akan memulakan siasatan melalui inkuiri ke dalam isu SKANDAL 1MDB, kerana 1MDB, ditubuhkan melalui dana dari PERBENDAHARAAN, yakni wang Rakyat !

(d) Setakat isu "Special Task Force" dan PAC, masakan kita boleh lupa, akan salah satu klimaks awalan siri epilog drama  TV TIGA SUKU yang berjudul "SAGA LAN 1MDB" pada tayangan 27.07.2015 dan 28.07.2015, pada tarikh-tarikh yang mana ABDUL GANI PATAIL telah dihentikan perkhidmatan sebagai PEGUAM NEGARA atas alasan kesihatan, dan NUR JAZLAN MOHAMED pula terhenti sebagai PENGERUSI PAC disebabkan perlantikannya sebagai TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI, di dalam Jemaah Menteri Kabinet NAJIB RAZAK, masing-masing !!

(e) Dengan penampilan sesi klimaks awalan yang diringkaskan di para 3(d) di atas, maka karakter "Special Task Force" dan PAC, kedua-duanya telah dilumpuhkan oleh TUAN PENGARAH  siri epilog drama  TV TIGA SUKU yang berjudul "SAGA LAN 1MDB" itu, sehingga para penonton telah perlu akur hakikatnya pada masa itu, bahawa peranan kedua-dua "watak" itu, telahpun dikurangkan ke tahap tidak lagi relevan dalam pembongkaran misteri SKANDAL 1MDB !

BABAK KEDUA -

4. Rakyat, sebagai para penonton pada tahap ini telah menaruh sepenuh harapan agar "watak" LAN 1MDB inilah yang akan dapat membongkar misteri SKANDAL 1MDB, supaya segala kegusaran dan ketidaktentuan maklumat lengkap SKANDAL 1MDB itu akan berjaya dijawab dan diselesaikan dengan penuh telus dan profesional !!

5. Namun, TUAN PENGARAH siri epilog drama  TV TIGA SUKU yang berjudul "SAGA LAN 1MDB" itu, telahpun menyediakan skrip baru untuk mencetuskan klimaks kedua dalam siri epilog ini, iaitu pelan untuk mencorak dan mencoret rangkaian peristiwa lanjut, supaya "watak" LAN 1MDB ini pun akan juga dilumpuhkan sebagai "watak" yang tidak dapat membongkar SKANDAL 1MDB itu daripada terjawab kepada para penonton, melalui penggunaan label OSA, supaya LAN 1MDB itu akan akhirnya "dipenjarakan di dalam kotak besi", dan tidak dapat menyumbang kepada tujuan "watak" ini kononnya diwujudkan sebagai "penyelamat" SKANDAL 1MDB, sama-sekali !!

6. ALAS !!! Skrip TUAN PENGARAH siri epilog drama  TV TIGA SUKU yang berjudul "SAGA LAN 1MDB" itu, kini besar kemungkinan, akan melalui rombakan besar apabila 2 individu yang mengambil "watak" baru,telah dalam satu sesi tayangan pada 11.01.2017, berjaya melalui halangan pertama dalam pembongkaran keluar LAN 1MDB dari  "dipenjarakan di dalam kotak besi", apabila berjaya peroleh Perintah Kebenaran untuk meneruskan dengan TINDAKAN SEMAKAN KEHAKIMAN bagi tujuan perolehan Perintah agar LAN 1MDB itu dapat didedahkan kepada umum, seperti yang pada awalnya diumumkan akan hajatnya oleh Kerajaan, iaitu pendedahan telus dan profesional SKANDAL 1MDB, agar Rakyat dapat peroleh hakikat dan kebenaran masalah yang sudah sekian lama membelengui negara tercinta ini !!

BABAK KETIGA  - ?? !!

IN SHAA ALLAH !!!

PERJUANGAN TETAP DITERUSKAN !!!

In GOD we have faith...
In COURTS we have trust.. ,and
In OUR SUITs we are confident !!!...

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!

(Sila lihat Siri : 634)

(Sila lihat Siri : 5, 7, 9, 11, 12, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 25, 26, 27, 28, 35, 36, 37, 57, 58, 85, 87, 88, 90, 95, 98, 99,106, 110, 117, 121, 131, 147, 152, 153, 164, 165, 166, 201, 212, 213, 214, 216, 217, 218, 219, 220, 221, 222, 225, 226, 228, 229, 230, 233, 237, 238, 239, 240, 256, 257, 258, 259, 260, 263, 266, 268, 270, 276, 282, 283, 285, 290, 291, 292, 294, 296, 297, 299, 300, 301, 303, 304, 311, 312, 318, 319, 323, 365, 368, 375, 381, 418, 422, 430, 432, 452, 453, 457, 474, 478, 481, 482, 483, 484, 487, 489, 492, 500, 501, 502, 539, 556, 558, 560, 561, 563, 564, 567, 569, 570, 572, 573, 575, 576, 577, 580, 581, 582, 583, 584, 587, 588, 595, 596, 597, 600, 601, 602, 603, 604, 605, 606, 607, 608, 609, 610, 612, 613, 615, 618, 619, 620, 621, 622, 623, 624, 626, 627, 628 & 633) - Najib Razak

Tuesday, January 10, 2017

MAHATHIR IN BIG BIG PROBLEM...







KETEGASAN MUHYIDDIN DIGERUNI LAWAN

Ketegasan Muhyiddin tanpa berlengah dan kompromi dalam soal perform dan prestasi Srikandi dengan memecat Anina serta merta sangat tepat.





Tindakan pantas telah mematikan isu sampingan ciptaan pihak lawan dan menunjukkan walaupun bercuti ke eropah,  Muhyiddin masih bertugas dan fokus dengan parti.

Ia juga direstui oleh Tun dan menasihat anina secara berhemah.

BERSATU masih satu dan stay fokus.

APA KATA BEKAS ANAK BUAH KETUA POLIS NEGARA SELEPAS BERSARA



Seorang polis trafik telah bersara dan menjadi imam.
Dalam khutbahnya yg pertama, beliau naik ke mimbar dan berkata :

“Wahai sidang Jumaat yg dimuliakan!!
Perbaharuilah lesen taubat.
Pakailah tali pinggang taqwa.
Perlahankanlah kelajuan maksiat.
Pastikanlah kawasan liputan niat.
Bersihkanlah jentera dalaman
Patuhilah isyarat-isyarat al-Quran.
Memandulah di atas jalan Allah.
Sesungguhnya di hadapan kalian roadblock (pemeriksaan).
Hindarkanlah daripada mendapat saman yg senilai neraka!!!.

# Kata2 yg sangat tepat hasil daripada pengalaman


................................................................

Malaysia adalah sebuah negara yang degil. Rakyat mahu mengadu bahawa kerajaan adalah korup tetapi mereka begitu mudah dimanipulasi kerana kekurangan pendidikan dan memilih untuk kekal dalam penafian dan tidak mahu menerima kebenaran. Kita tidak pernah mengakui masalah yang sebenar dan menyatakan isu sebenar untuk menjadikan negara ini lebih baik.

SUMBER: (?)

Monday, January 9, 2017

TOP 5

TAHNIAH

Maka genap la top 5 manusia yg mengharumkan nama malaysia...


1. POLITIK


2. HIBURAN 
Harith Iskander-Comedian

3. SUKAN 
Mohd Redzuan Mohd Puzi-Paralympic 100m

4. SUKAN 
Khairul Idham Pawi-Motor Racing(moto3)

5. SUKAN 
Mohd Faiz Subri-Football



Berbanggalah kita sebagai rakyat Malaysia kerana ramai sudah anak Malaysia yang dapat mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Kalau 10-15 tahun dahulu amat payah nak melihat nama anak Malaysia di persada antarabangsa.

Sejak 2008 nama Malaysia semakin terserlah di arena antarabangsa dan rasanya di tahun 2017 ini akan bertambah _"harum"_ nama Malaysia di persada antarabangsa.

*SAJA NAK BAGITAU* , kalau BNUMNO kalah dalam PRU akan datang ini....

🔴 Perdana Menteri tetap Melayu.

🔴 Bahasa Kebangsaan tetap bahasa Melayu.

🔴 Agama Islam tetap agama rasmi.

🔴 Raja-Raja Melayu tetap bersemayam di singgahsana.

Hanya pemimpin (sendiri tau) yang korup akan di hadapkan kemuka pengadilan.


#sumber asal
SHUKUR MOHAMAD
(ahli PPBM seumur hidup)

SEKALI LAGI DIBERI PERINGATAN

Yang menyalak terus atas tugasanya, itu tak dapat kita nak tolong atau tak perlu layan komen. 




Cuma kita terus istiqamah atas pesanan Tun.

Semakin kuat asakan dan kritikan ke atas BERSATU pertanda mereka sudah semakin goyah,  terasa bahang tolakan rakyat. 


Kritikan tajam Tun yang berterusan memaksa pemimpin umno seperti Nazri dan Salleh menangkisnya secara kasar dan ini menambah buruk imej umno. 

Pembesar umno lain pun semakin hilang suara mereka mempertahan Najib. 

Agak pelik BERSATU yang tidak seberapa ahlinya, tanpa sebutir Bahagian dan Cawangan pun digeruni sedangkan musuh tradisi - PAS,  dijentik pun sudah tidak lagi. 

Kali ini umno akan terperangkap dan kecewa dengan mainan jinak merpati PAS. 

Sunday, January 8, 2017

HANYA TANPA PILIHANRAYA UMNO BOLEH MENANG

Berdasarkan rating tv3 dan utusan,  rakyat sedang meminggirkan diri mereka.

Di kedai kopi,  tidak ada lagi yang berani mengaku secara terbuka sokong BN.

Sungguh menyedihkan.






GAE10x

  📢 Pengumuman Rasmi daripada World Digital Gold Bullion (WDGB) 12 Oktober 2025 Memperkenalkan GAE10X Premier — Bab Baharu Bermula di Bawah...