Semasa zaman pergeseran Krisis Perlembagaan, Pemecatan Anwar Ibrahim, Perwaja, Semangat 46 dan banyak lagi isu ia lebih melibatkan pihak yang berkaitan dan orang politik sahaja, sangat sedikit ia menjadi isu rakyat atau merugikan, menekan rakyat secara langsung.
Krisis Perlembagaan melibatkan istana misalnya, rakyat terlibat dengan menambah sokongan kepada kerajaan dan parti, bukan sebaliknya.
Hari ini di kedai kopi, di perjumpaan sosial dan lebih lebih lagi di semua media yang bebas, tentangan ke atas kerajaan sangat ketara, terbuka dan keras.
Jawapan Menteri dan parti sudah tidak lagi laku, tidak dipercayai, hilang integriti kerana rakyat sudah mula pandai berfikir dan menilai.
Apa yang kerajaan wajar buat (?)
Sekadar menyalahkan pembangkang, memburukan Tun Dr Mahathit adalah cara salah yang makin mendalam silapnya.
Prinsip melindungi kesalahan dan jenayah tidak akan dapat mengatasi kewibawaan parti, lambat laun terburai juga.. Bersedialah atas pilihan itu...
Bila No1 dan No.2 caught bercakap bohong...the rest of gang is zero.







