Monday, January 16, 2017

BILA AGAKNYA NAJIB DAN MAHATHIR AKAN KEMBALI BERPELUKAN..

SITUASI & TIPS : Ijtima' Tabligh Sedunia di Tongi, Dhaka, Bangladesh.

Sesi Pertama : 13 - 15 JAN 2017
Sesi Kedua : 20 - 22 JAN 2017

Sesiapa yang berminat boleh beli tiket flight
Malindo
Airasia
Mas
Biman
Thai Airways
(harga sekitar RM800 - 1200 pergibalik)
KL - Dhaka bersesuaian dgn tarikh yang ada.

Satu²nya perhimpunan raksaksa yang aman oleh umat Islam sejagat selepas Haji walaupun berbagai mazhab.

Setiap kali solat berjemaah, saf bertebar sepanjang 3km dari kanan imam ke kirinya, dan dari saf awal hingga akhir pun ±1km. Jemaah dianggarkan seramai 4juta orang. Dua sesi ijtima' terpaksa dibuat kerana tidak mampu menampung lebih dari 4juta.

Servis volunteery yang diberi sangat bagus,
Setibanya di airport Dhaka, ada kaunter khas untuk Ijtima' sahaja. Apa² masaalah ada ahli jemaah tempatan yang akan bantu.
Boleh beli simcard di airport.
Boleh tukar duit di airport atau di medan ijtima'.

Bagi yang tiada duit atau bukan kaki shopping,  tak perlu pun bawa duit. Satu sen pun tak perlu belanja sampai balik ke airport semula.

Keluar dari airport, kenderaan sudah disediakan secara percuma terus ke medan ijtima'.

Di Ijtima' diminta lapor diri untuk simpan passport dan duit di Simpanah Amanah, boleh ambil bila² masa dengan menunjukkan kad yang diberi.

Perlu bawa bedding sendiri, tapi beli di Medan pun ada harga dalam RM30 - RM50 mengikut kualiti dan ketebalan.

Teh O atau Teh Susu disediakan 24jam di Tea Corner secara percuma sepanjang ijtima'

Makan pagi, tengahari dan malam disediakan percuma di dewan makan.

Sama ada menu Asia atau menu Arab. Makan dalam talam. Sederhana tetapi sedap InsyaAllah. Beratus² anak² pelajar² universiti dan kolej akan serving makan.

Selepas makan, orang tempatan beratur untuk beri khidmat lidi cungkel gigi😊, ajiiib!

Cuaca musim sejuk, perlukan baju sejuk tetapi dalam khemah panas selesa.

Ribuan bilik air dan bilik mandi disediakan. Tekanan air bagus dan suam!

Khemah hanya berlapikkan tikar dan, berbumbungkan zink bagi foreigner tetapi untuk local, rumput dan kain guni

Tiada kawalan ketat oleh polis, ahli jemaah yang mengawal kesesakan.

Alhamdulillah  semuanya bersemangat tolong menolong,  tiada suasana pertengkaran atau tengking menengking.

Orang local sangat menghormati tetamu² luar negara. Mereka sebolehnya ingin bersalam dengan anda.

Sejam sebelum subuh, akan kedengaran Chai³! (teh) untuk diminum.

Ada khemah² besar yang menampung tetamu² luar negara yang mencecah 30 - 40ribu orang.

Setiap kawasan ditentukan nama negara² seluruh dunia.
Anda merasakan dari negara ke negara dengan beberapa langkah sahaja!

Jika anda pergi ke dapur, anda akan lihat beratus² kawah.

Ada khemah khas untuk para masyaikh dan syura² negara² seluruh dunia.

Anda juga akan kagum melihat orang² arab di sini dengan sikap yang sangat merendah diri.

 Dengan semangat dakwah yang ada, mereka hebat mirip para sahabah!

Raja² Arab juga ada yang mengambil bahagian. Mereka sangat bersederhana dan menikmati kesederhanaan yang ada. Jemaah berkenal²an dengan rakan² dari pelbagai negara. Saksikan sendiri keajaiban dan keindahan
persaudaraan dalam ijtima' ini 👥👥👥 walaupun tak faham bahasa

Pada hari Ahad, doa ijtima' akan berlangsung. Akan kedengaran ratusan ribuan suara² tangisan, terasa rahmat Ilahi menyelubungi.

Bertuahlah mayat yang berkesempatan untuk disolatkan jenazahnya.

Setakat ini saya pernah menyediakan jenazah seorang pakcik Melayu, arwah Abu Bakar Mansur yang meninggal di medan Ijtima' beberapa tahun yang lepas. Jenazahnya disolatkan oleh jutaan manusia. Cemburunya!

Selepas doa ijtima', sama ada nak pulang ke negara asal atau nak tambah masa keluar belajar bertabligh. Terpulang!
Yang pasti akan gembira dengan layanan yang diberi InsyaAllah

Sunday, January 15, 2017

MAHATHIR MAKIN MENGUASAI



Kalau tak ada komen komen kasar,  biadab, pedas,  label itu ini kepada Tun aku anggap Tun sudah tidak relevan.

Tetapi apabila ramai yang sentap,  nyata Tun sedang menguasai. 

Psikologi politik Tun menjadikan kerajaan sendiri was was dengan apa yang mereka lakukan betul atau tidak. 
Kerajaan dan umno tanpa sedar terpaksa menari ikut gendang Tun. 
Apabila Tun kata BRIM dalam bentuk version dan vision yang baru boleh diteruskan jika Barisan Rakyat memerintah,  baru lah kerajaan merasa legaa... 

GST akan dihapuskan secara beransur ansur dan diganti dengan percukaian yang lebih sederhana menunjukkan kerajaan seolah sengaja meneruskan GST untuk mendera rakyat. 

Keazaman untuk siasat habis habisan 1MDB atau penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja menjadikan pertuduhan bahawa 1MDB merupakan skandal kini sudah menjadi kepercayaan penuh rakyat. 

Apabila dimomok dan diviralkan bahawa Perhimpunan BERSATU tidak mendapat sambutan, kerusi kosong,  hambar dan tawar maka viral pembohongan itu makin terserlah kepada makcik dan pakcik di felda dan kampung - makan tuan. 

Aura Tun Dr Mahathir menjadikan bukan sahaja ketajaan tetapi Istana,  Mufti,  Badan Kehakiman,  PDRM,  SPRM,  Peguam Negara makin jauh di hati rakyat. 

Cabaran terbaru: Benarkah kerajaan sedang menggadai kedaulatan negara (?) Jika lewat dan tidak bijaksana,  satu lagi persepsi yang akan diyakini rakyat. 

Tak Tumbuh Tak Melata,  Tak Sungguh Orang Tak Kata. 




TANGKAPAN SPRM : RAKYAT JADI KELIRU...





Berbulan intipan,  berkilo kilo dokumen diangkut,  berpuluh jam kira duit

Akhirnya...

Salah intip,  salah timbang,  salah kira..

Terima kasih SPRM,  kami tahu anda juga insan biasa, ada kekurangan, kelemahan dan kesilapan.
Anda hanya menjalan kan tugas,  saya yang menurut perintah.

Saturday, January 14, 2017

ADAKAH SATU KESALAHAN ATAU MUSTAHIL BERSATU MENGGANTIKAN UMNO MENJADI KERAJAAN YANG LEBIH BAIK.

Bagi yang ingin membuat ulasan,  tolong baca dulu teks penuh ucapan Perasmian BERSATU di Stadium Melawati 14/1/17 oleh Tun Dr Mahathir supaya tulisan anda relevan dan tidak emosi serta semborono yang memalukan diri sendiri.

GOHEAD GOSETAN











:-)   :-)   :-)  :-)   :-)

APAKATA KALAU KJ HANTAR SEKALI LAGI SURAT PERLETAKAN JAWATAN (?)


Semasa zaman pergeseran Krisis Perlembagaan,  Pemecatan Anwar Ibrahim,  Perwaja,  Semangat 46 dan banyak lagi isu ia lebih melibatkan pihak yang berkaitan dan orang politik sahaja,  sangat sedikit ia menjadi isu rakyat atau merugikan,  menekan rakyat secara langsung.

Krisis Perlembagaan melibatkan istana misalnya,  rakyat terlibat dengan menambah sokongan kepada kerajaan dan parti,  bukan sebaliknya.

Hari ini di kedai kopi, di perjumpaan sosial dan lebih lebih lagi di semua media yang bebas,  tentangan ke atas kerajaan sangat ketara,  terbuka dan keras.

Jawapan Menteri dan parti sudah tidak lagi laku,  tidak dipercayai,  hilang integriti kerana rakyat sudah mula pandai berfikir dan menilai.

Apa yang kerajaan wajar buat (?)
Sekadar menyalahkan pembangkang, memburukan Tun Dr Mahathit adalah cara salah yang makin mendalam silapnya.

Prinsip melindungi kesalahan dan jenayah tidak akan dapat mengatasi kewibawaan parti,  lambat laun terburai juga.. Bersedialah atas pilihan itu...

Bila No1 dan No.2 caught bercakap bohong...the rest of gang is zero.

GAE10x

  📢 Pengumuman Rasmi daripada World Digital Gold Bullion (WDGB) 12 Oktober 2025 Memperkenalkan GAE10X Premier — Bab Baharu Bermula di Bawah...