Tuesday, February 7, 2017

JAMAL BUAT LAWAK DALAM DRAMA SEDIH



Nak hantar surat perletakan jawatan semua jawatan politik tetapi terpulang kepada keputusan Noh Omar nak terima ke tidak.

Harap ramai ramai ahli umno pujuk Noh jangan setuju. Jom pakat pakat buat demo depan rumah Noh.

Monday, February 6, 2017

LIM GUAN ENG BUAT KERJA GILA




LIM GUAN ENG MUNGKIN TIDAK PERLU WANG YANG BANYAK UNTUK BAYAR HUTANG. 



# Hari ini,  Zaid Ibrahim pun sasau juga,  join DAP




Penulis yang sering membuatkan pemimpin parti keramat meroyan bentan pun ada juga. 


APA SUDAH JADI DENGAN MELAYU. !!!



PAS MENGAKU UMNO BAGUEH...

Siapa tulis (?)
Puak pendedak... 

Betui ka (?)
Betul,  Ada pemimpin PAS dah mengaku... 
Siapa (?)
Pemimpin pemimpin tertinggi mereka.. 

Itu tak u turn ke (?)
Koner sikit jer... 

Sebab apa boleh mereng sikit (?)
Ermmmmm... 


Ooooo
Ok ok ok


# maaf, aku tumbuk sambal hari ini,  tak ada idea nak menulis. 

Sunday, February 5, 2017

POLITIK MAT KILAU



Jika dilihat Sejarah Kerajaan Islam Melayu dari Zaman Kesultanan Kedah Tua,Kerajaan Melayu Melaka,Kerajaan Acheh,Kerajaan Johor-Riau-Lingga-Pahang,atau Kerajaan Mataram di Jawa sekalipun Kerajaan tersebut tumbang bukanlah disebabkan Kekuatan Armada Tentera Penjajah..

Kerajaan tersebut tumbang kerana "Senjata Makan Tuan" iaitu Budaya Menikam dari Belakang yang masih diamalkan orang Melayu hingga kini..

Budaya "Api dalam Sekam" yang menular dalam Pemerintahan akhirnya menjadi "Musuh Dalam Selimut" yang masih sukar dibendung..

Lihat sahaja kekalahan Dol Said di Naning pada tahun 1831..

-Rujuk Kisah Perang Naning 1 dan 2..

(Dol Said Dikhianati Oleh Pengikutnya Yang Berpaling Tadah Kepada Penjajah Setelah Diberi Ganjaran Beberapa Keping Wang Emas)

Dol Said bukanlah calang-calang Orangnya bukan sahaja hebat dari segi Kepahlawanannya bertarung dengan Musuh..tetapi ketinggian Ilmu Kerohanian Agamanya..

Beliau tewas bukanlah disebabkan Penjajah atau Musuh itu lebih hebat ketika berperang tetapi tewas disebabkan wujudnya orang-orang yang seBangsa dan seAgama yang menjadi "Talam Dua Muka" dan sanggup berpaling tadah terhadap perjuangan mereka sendiri..

Demikian juga masalah yang dihadapi oleh Dato Bahaman Orang Kaya Semantan,Mat Kilau dan Tok Gajah Imam Rasu yang pernah di serang Penjajah di Tembeling hingga dikatakan terpaksa berundur di sempadan Siam..Mereka berundur bukan kerana takut pada Penjajah tetapi berundur kerana tidak mahu lebih ramai rakan-rakan yang menjadi Korban akibat pengkhianatan Orang Melayu itu sendiri..

(Mat Kilau dikhianati segelintir Orang Melayu yang memberitahu Penjajah pegerakkan dan persembunyian Mat Kilau di Tembeling,Jerantut dan persembunyiannya beberapa Kubu penting hingga beliau terpaksa berlindung dengan Tok Ku Paloh Terengganu)

Semasa kemunculan Mat Kilau pada tahun 1969,beliau pernah ditanya oleh beberapa kenalan termasuk dari Guru Silat saya sendiri yang pernah berjumpa dan berhadapan dengannya..

Antara Soalan yang ditanya pada Mat Kilau adalah tentang Perjuangan Melayu menentang Penjajah..

Mat Kilau menjawab,

" Orang Melayu ini seperti Buah Manggis,
Diluarnya Hitam,
Dalamnya Putih..."

Bermaksud :

" Orang Melayu ini semangatnya hanya meluap-luap semangatnya pada Zahirnya sahaja..
Sedangkan Batinnya masih Lembut.."

Katanya lagi,

" Buah Manggis juga bergetah,
Sama seperti Buah Bacang,
Sayangnya Buah Manggis tidak BerBisa seperti Buah Bacang yang kalau ia disentuh boleh menyebabkan Kulit menjadi Kudis..."

Ia bermaksud luahan hati Mat Kilau ketika itu yang kecewa dengan Bangsa Melayu di zamannya yang mudah ditakutkan atau tidak berani melawan apabila terancam,hanya segelintir dari mereka sahaja yang sanggup berjuang hingga sanggup meninggalkan keluarga,harta benda,pangkat kekayaan dan gelaran serta kampung halaman untuk berjuang menentang Penjajah..

Mat Kilau juga menjawab Orang Melayu juga ibarat " Buntut Buah Manggis ",

 "Kalau Buah Bunganya Kembang Lima,
Maka Isinya juga Lima,
Kalau Bunganya Kembang Enam,
Isinya juga Enam..."

Maksudnya:

Orang Melayu di zamanya tidak dapat Menahan dan Menyimpan Rahsia-rahsia penting mengenai Strategi Perjuangan Sulit mereka..

Inilah sebabnya Bangsa Melayu di zamannya Gagal Menentang Penjajah...

Kesimpulannya,

Jatuhnya Kerajaan Islam Melayu itu sendiri atas Faktor :

-Kezaliman Diri Mereka Sendiri

-Budaya Rasuah(Dapat Ganjaran Wang Emas,Pangkat dan Harta dan Gelaran Dari Penjajah)

-Fitnah(Budaya Dengki Sesama Sendiri)

-Pengkhianatan(Tikam Belakang,Rebut Jawatan Pembesar)

Kesemuanya itu disebabkan Lemahnya Akidah mereka untuk memperjuangkan Pengorbanan Harta Benda, Nyawa dan Negara...

Bukan sahaja di Tanah Melayu sendiri tetapi juga di Era atau Zaman Khulafa Al Rasyidin,Umaiyah,Abbasiyah hingga Uthmaniah juga terkena Penyakit yang sama..

Persoalannya Wujudkah lagi " Budaya Talam Dua Muka" oleh Bangsa Melayu di zaman Moden ini ???

Jawapannya,

Ya ! .. Ia masih tetap wujud !

"Islam Melayu,Melayu Islam"

"JihadulBilNafsi JihadulBimal"

Walahualam..

#Akidah
#Syariat
#Akhlak
#PengorbananHartadanNyawa

PETRON VS PETRONAS

Satu Kenyataan!

Masa aku on the way ke KLIA, Aku nak singgah isi minyak di stesen minyak Petron Salak Tinggi, aku tengok bersusun kereta nak isi minyak. Aku tanya kat budak pam attendan,

"Dik..! Biasanya kat Petron ni tak ramai orang. Kenapa hari ni penuh sesak..? Minyak murah 20 sen ke kat sini?"

Jawab budak tu...,

"Harga sama je bang...! Tapi dia orang kata dari bayar 20 sen lebih kat Petronas untuk Najib balun, lebih baik bayar 20 sen kat Petron untuk Tun M balun Najib...!"

_#CnP jer




# Sketsa di atas menguji iq dan emosi.. Itulah kemungkinan realiti yang kena dihadap oleh 6.6%.

Moral of the story..  
Rakyat menzahirkan kesedaran dan bantahan dalam apa jua bentuk yang boleh diterjemahkan. 

Saturday, February 4, 2017

DUN PP WAJAR DIBUBAR BAGI MENJAWAB CADANGAN KUNAN

Kebencian melampau ke atas DAP yang cuba ditanam secara buat buat oleh sesetengah pihak makan diri. 

DAP bukan sahaja kini terpaksa mempertahankan diri tetapi mengambil langkah mesra Melayu. DAP sedar akan limitasinya. 

Kemasukan BERSATU dalam saluran pembangkang tambah menenggelamkan persepsi dan hakikat penguasaan DAP ke atas pembangkang. 

Jika diambilkira di Selangor,  Azmin sebagai MB mengekalkan exco PAS sangat stabil dan bebas dari campurtangan DAP. 

Malahan ketika lim guan eng bercadang bubar ADUN PP pun masih menghormati pandangan AMANAH dan PPKR untuk tidak melakukannya.

Tanyalah Melayu PP,  apakah mereka akan kekalkan kerajaan sekarang yang Ketua Menterinya sedang didakwa atau mahu berketuakan pemimpin yang menyusahkan hidup rakyat, berketuakan ketua yang menjual aset negara atau ketua yang kelepek duit rakyat. 

PRU awal untuk DUN PP mungkin sesuai dibuat bagi menjawab cadangan kunan yang bercadang mewilayahkan PP. 



# DAP hanya takut pada Melayu yang berakhlak. 
Melayu yang rasuah,  penyamun hanya jadi makanan dan mainan kaum cina dan China. 


MELAYU TAKKAN HILANG, YANG HILANG MARUAH..

PROTON ketika di Tun Dr Mahathir menjadi Penasihat,  selori fitnah yang dilemparkan... 
Rupanya si pengkhianat ada hajat... 


Trend menjual, menjual dan menjual kepada China nampaknya berterusan lagi. Setelah sekian banyak diserahkah kepada negara tersebut, kini kita dikejutkan lagi dengan berita syarikat kereta nasional, Proton juga mahu dijual kepada mereka.


Kali ini, syarikat pembuat kereta China, Geely dikhabarkan akan membeli 51 peratus pegangan dalam kilang pembuatan Proton di Tanjung Malim yang sebelum ini menjadi kebanggaan negara kerana kemampuan membinanya tanpa berhutang dengan sesiapa.


Dengan kata lain, kilang itu dibina dengan wang tunai milik Proton sendiri


Mahu tidak mahu dan walaupun cuba disembunyikan daripada orang-orang kampung serta makcik Felda, hakikatnya, inilah satu lagi bahana 1MDB yang menimpa kita.


Disebabkan hutang yang terlalu tinggi, tidak mampu membayarnya serta terdesak ingin mengambusnya sebelum tiba tarikh pilihanraya, maka cara mudahnya  ialah dengan pemimpin kita menukar gelaran mereka lebihnkepada "jurujual".


Sebab itulah, berita mengenai Proton ini tidak akan dijumpai dalam Utusan dan TV3. Kalau boleh biar orang kampung dak makcik Felda tidak tahu mengenainya.


Apabila China sudah menguasai 51 peratus pemilikan Proton, apakah nasib vendor-vendor Bumiputera yang selama ini "cari makan" di situ?


Mampukah mereka terus bersaing dengan vendor-vendor daripada China yang tentu lebih murah harganya?


Adakah juga kilang itu nanti, daripada memasang  dan mengeluarkan model kereta sendiri, akan bertukar menjadi tempat untuk hanya pasang pintu, bonet, cermin dan lain-lain model Geely daripada China?


Maka, apa jadi kepada Proton akhirnya?


Proton jadilah  Ploton jawabnya!!! (SH 04/02/2017).

6ANGKA