*Bagaimana DAP menguasai kerajaan di peringkat Persekutuan?*
Persoalan itu dilontarkan oleh penyokong-penyokong Pas, PAN, PPBM & Pkr peringkat akar umbi yang cuba untuk menghilangkan kebimbangan orang melayu. Umat melayu khususnya penyokong UMNO sangat bimbang jika kerajaan BN tumbang, maka kerajaan baru akan dikuasai oleh DAP....kata mereka.
Sedangkan hakikatnya penguasaan DAP cuma sekitar 50-60 kerusi sahaja...mana mungkin DAP bakal menguasai kerajaan pusat?
Pemikiran dangkal dan cetek itu perlu diberbetulkan dengan penjelasan berfakta.
Disini saya ingin tegaskan bahawa DAP tidak perlukan jumlah majoriti besar untuk menguasai kerajaan peringkat persekutuan. Mari kira renung beberapa kemungkinan yang boleh berlaku.
1. Untuk membentuk kerajaan di peringkat persekutuan, jumlah kerusi yang perlu dimenangi adalah 112 dan keatas. Iaitu majoriti mudah. Agaknya bagaimana pencapaian yang bakal diperolehi oleh Pakatan Harapan? Jika Pkr menguasai 40 kerusi, PAN 20 kerusi, PPBM 15 & DAP 43, ini bermakna mereka menguasai 118 kerusi dan layak mengusai kerajaan. Parti manakah yang dominan dalam Pakatan? Sudah tentu DAP. Apakah jawatan yang selayaknya diberikan pada DAP? Adakah sebagai PM? Tentunya tidak. Jawatan yang bakal diberikan pada wakil dari DAP adalah sebagai Speaker Dewan Rakyat. Kenapa jawatan Speaker? Kerana kuasa Speaker yang menentukan apa usul & soalan yang bakal dibawa dalam persidangan dewan.
2. Realiti yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Selangor sebagai contoh. Pasca PRU 13, DAP menang 15, PAS 15 & Pkr 14. Dengan sokongan PAS, jawatan MB diberikan pada Pkr. Namun jawatan Speaker milik DAP. Kerana itu sebarang usul berkaitan hal ehwal islam tidak pernah dibenarkan untuk dibahaskan dalam dewan undangan negeri. Siapa yang kuasai kerajaan negeri? Tentulah DAP
Umat melayu perlu sedar bahawa pada PRU yang lepas DAP mendapat sokongan padu orang cina sehinga 90%. Jika trend sokongan itu meningkat bermakna DAP mampu untuk menang sekitar 45-55 kerusi parlimen. Dengan andaian parti-parti lain seperti PAS, Pkr, PAN & PPBM boleh menang dengan tidak melebihi 30 kerusi, maka pastinya kerajaan yang akan dibentuk adalah kerajaan yang dominan dari DAP. Kemungkinan yang bakal berlaku ialah:
1. Jawatan TPM diterajui oleh DAP
2. Wakil rakyat DAP akan lebih ramai dilantik sebagai Menteri dan menguasai portfolio penting seperti Menteri Kewangan, Menteri Pelajaran, Menteri Pengajian Tinggi, MITI, KPDNKK dan sebagainya
3. Speaker dewan rakyat milik DAP
4. Sebahagian besar Ahli Dewan Negara juga dari kalangan DAP
5. CEO & Pengarah di GLC juga dari kalangan DAP
Begitulah maksud DAP menguasai kerajaan Pusat. PM walaupun orang melayu, namun nasibnya sebagai puppet sebagaimana MB Sgor kini yang langsung tiada agenda islam & melayu.
Bersediakah orang melayu menerima hakikat itu?
Relakah hak & maruah sebagai tuan tergadai lagi kerana Perak, Penang & Selangor menjadi bukti hak & maruah melayu semakin dihina dicaci & diketepi.
Walaupun UMNO diasak dari segenap ruang, namun asas perjuangan yang diletakkan demi agama, bangsa & negara akan terus dipertahankan. Orang melayu perlu yakin bahawa masa depan agama akan terus terpelihara jika memilih antara UMNO dan PAS sahaja. Tidak pada yang lain.
Salam perjuangan,
Dato' Hj Zein Isma Hj Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor
Jumaat 10 Februari 2017; 04:38hr;
# Fikiran dan teori umno kini bukan lagi mewakili pemikiran orang Melayu.
umno itu melayu, melayu itu umno kalau ada lagi adalah sekadar melayu yang takut pada bayang sendiri.
Adakah anda melayu umno (?)
Thursday, February 9, 2017
Tuesday, February 7, 2017
JAMAL BUAT LAWAK DALAM DRAMA SEDIH
Nak hantar surat perletakan jawatan semua jawatan politik tetapi terpulang kepada keputusan Noh Omar nak terima ke tidak.
Harap ramai ramai ahli umno pujuk Noh jangan setuju. Jom pakat pakat buat demo depan rumah Noh.
Monday, February 6, 2017
LIM GUAN ENG BUAT KERJA GILA
LIM GUAN ENG MUNGKIN TIDAK PERLU WANG YANG BANYAK UNTUK BAYAR HUTANG.
# Hari ini, Zaid Ibrahim pun sasau juga, join DAP
Penulis yang sering membuatkan pemimpin parti keramat meroyan bentan pun ada juga.
APA SUDAH JADI DENGAN MELAYU. !!!
PAS MENGAKU UMNO BAGUEH...
Siapa tulis (?)
Puak pendedak...
Betui ka (?)
Betul, Ada pemimpin PAS dah mengaku...
Siapa (?)
Pemimpin pemimpin tertinggi mereka..
Itu tak u turn ke (?)
Koner sikit jer...
Sebab apa boleh mereng sikit (?)
Ermmmmm...
Ooooo
Ok ok ok
# maaf, aku tumbuk sambal hari ini, tak ada idea nak menulis.
Sunday, February 5, 2017
POLITIK MAT KILAU
Jika dilihat Sejarah Kerajaan Islam Melayu dari Zaman Kesultanan Kedah Tua,Kerajaan Melayu Melaka,Kerajaan Acheh,Kerajaan Johor-Riau-Lingga-Pahang,atau Kerajaan Mataram di Jawa sekalipun Kerajaan tersebut tumbang bukanlah disebabkan Kekuatan Armada Tentera Penjajah..
Kerajaan tersebut tumbang kerana "Senjata Makan Tuan" iaitu Budaya Menikam dari Belakang yang masih diamalkan orang Melayu hingga kini..
Budaya "Api dalam Sekam" yang menular dalam Pemerintahan akhirnya menjadi "Musuh Dalam Selimut" yang masih sukar dibendung..
Lihat sahaja kekalahan Dol Said di Naning pada tahun 1831..
-Rujuk Kisah Perang Naning 1 dan 2..
(Dol Said Dikhianati Oleh Pengikutnya Yang Berpaling Tadah Kepada Penjajah Setelah Diberi Ganjaran Beberapa Keping Wang Emas)
Dol Said bukanlah calang-calang Orangnya bukan sahaja hebat dari segi Kepahlawanannya bertarung dengan Musuh..tetapi ketinggian Ilmu Kerohanian Agamanya..
Beliau tewas bukanlah disebabkan Penjajah atau Musuh itu lebih hebat ketika berperang tetapi tewas disebabkan wujudnya orang-orang yang seBangsa dan seAgama yang menjadi "Talam Dua Muka" dan sanggup berpaling tadah terhadap perjuangan mereka sendiri..
Demikian juga masalah yang dihadapi oleh Dato Bahaman Orang Kaya Semantan,Mat Kilau dan Tok Gajah Imam Rasu yang pernah di serang Penjajah di Tembeling hingga dikatakan terpaksa berundur di sempadan Siam..Mereka berundur bukan kerana takut pada Penjajah tetapi berundur kerana tidak mahu lebih ramai rakan-rakan yang menjadi Korban akibat pengkhianatan Orang Melayu itu sendiri..
(Mat Kilau dikhianati segelintir Orang Melayu yang memberitahu Penjajah pegerakkan dan persembunyian Mat Kilau di Tembeling,Jerantut dan persembunyiannya beberapa Kubu penting hingga beliau terpaksa berlindung dengan Tok Ku Paloh Terengganu)
Semasa kemunculan Mat Kilau pada tahun 1969,beliau pernah ditanya oleh beberapa kenalan termasuk dari Guru Silat saya sendiri yang pernah berjumpa dan berhadapan dengannya..
Antara Soalan yang ditanya pada Mat Kilau adalah tentang Perjuangan Melayu menentang Penjajah..
Mat Kilau menjawab,
" Orang Melayu ini seperti Buah Manggis,
Diluarnya Hitam,
Dalamnya Putih..."
Bermaksud :
" Orang Melayu ini semangatnya hanya meluap-luap semangatnya pada Zahirnya sahaja..
Sedangkan Batinnya masih Lembut.."
Katanya lagi,
" Buah Manggis juga bergetah,
Sama seperti Buah Bacang,
Sayangnya Buah Manggis tidak BerBisa seperti Buah Bacang yang kalau ia disentuh boleh menyebabkan Kulit menjadi Kudis..."
Ia bermaksud luahan hati Mat Kilau ketika itu yang kecewa dengan Bangsa Melayu di zamannya yang mudah ditakutkan atau tidak berani melawan apabila terancam,hanya segelintir dari mereka sahaja yang sanggup berjuang hingga sanggup meninggalkan keluarga,harta benda,pangkat kekayaan dan gelaran serta kampung halaman untuk berjuang menentang Penjajah..
Mat Kilau juga menjawab Orang Melayu juga ibarat " Buntut Buah Manggis ",
"Kalau Buah Bunganya Kembang Lima,
Maka Isinya juga Lima,
Kalau Bunganya Kembang Enam,
Isinya juga Enam..."
Maksudnya:
Orang Melayu di zamanya tidak dapat Menahan dan Menyimpan Rahsia-rahsia penting mengenai Strategi Perjuangan Sulit mereka..
Inilah sebabnya Bangsa Melayu di zamannya Gagal Menentang Penjajah...
Kesimpulannya,
Jatuhnya Kerajaan Islam Melayu itu sendiri atas Faktor :
-Kezaliman Diri Mereka Sendiri
-Budaya Rasuah(Dapat Ganjaran Wang Emas,Pangkat dan Harta dan Gelaran Dari Penjajah)
-Fitnah(Budaya Dengki Sesama Sendiri)
-Pengkhianatan(Tikam Belakang,Rebut Jawatan Pembesar)
Kesemuanya itu disebabkan Lemahnya Akidah mereka untuk memperjuangkan Pengorbanan Harta Benda, Nyawa dan Negara...
Bukan sahaja di Tanah Melayu sendiri tetapi juga di Era atau Zaman Khulafa Al Rasyidin,Umaiyah,Abbasiyah hingga Uthmaniah juga terkena Penyakit yang sama..
Persoalannya Wujudkah lagi " Budaya Talam Dua Muka" oleh Bangsa Melayu di zaman Moden ini ???
Jawapannya,
Ya ! .. Ia masih tetap wujud !
"Islam Melayu,Melayu Islam"
"JihadulBilNafsi JihadulBimal"
Walahualam..
#Akidah
#Syariat
#Akhlak
#PengorbananHartadanNyawa
PETRON VS PETRONAS
Satu Kenyataan!
Masa aku on the way ke KLIA, Aku nak singgah isi minyak di stesen minyak Petron Salak Tinggi, aku tengok bersusun kereta nak isi minyak. Aku tanya kat budak pam attendan,
"Dik..! Biasanya kat Petron ni tak ramai orang. Kenapa hari ni penuh sesak..? Minyak murah 20 sen ke kat sini?"
Jawab budak tu...,
"Harga sama je bang...! Tapi dia orang kata dari bayar 20 sen lebih kat Petronas untuk Najib balun, lebih baik bayar 20 sen kat Petron untuk Tun M balun Najib...!"
_#CnP jer
# Sketsa di atas menguji iq dan emosi.. Itulah kemungkinan realiti yang kena dihadap oleh 6.6%.
Moral of the story..
Rakyat menzahirkan kesedaran dan bantahan dalam apa jua bentuk yang boleh diterjemahkan.
Masa aku on the way ke KLIA, Aku nak singgah isi minyak di stesen minyak Petron Salak Tinggi, aku tengok bersusun kereta nak isi minyak. Aku tanya kat budak pam attendan,
"Dik..! Biasanya kat Petron ni tak ramai orang. Kenapa hari ni penuh sesak..? Minyak murah 20 sen ke kat sini?"
Jawab budak tu...,
"Harga sama je bang...! Tapi dia orang kata dari bayar 20 sen lebih kat Petronas untuk Najib balun, lebih baik bayar 20 sen kat Petron untuk Tun M balun Najib...!"
_#CnP jer
# Sketsa di atas menguji iq dan emosi.. Itulah kemungkinan realiti yang kena dihadap oleh 6.6%.
Moral of the story..
Rakyat menzahirkan kesedaran dan bantahan dalam apa jua bentuk yang boleh diterjemahkan.
Saturday, February 4, 2017
DUN PP WAJAR DIBUBAR BAGI MENJAWAB CADANGAN KUNAN
Kebencian melampau ke atas DAP yang cuba ditanam secara buat buat oleh sesetengah pihak makan diri.
DAP bukan sahaja kini terpaksa mempertahankan diri tetapi mengambil langkah mesra Melayu. DAP sedar akan limitasinya.
Kemasukan BERSATU dalam saluran pembangkang tambah menenggelamkan persepsi dan hakikat penguasaan DAP ke atas pembangkang.
Jika diambilkira di Selangor, Azmin sebagai MB mengekalkan exco PAS sangat stabil dan bebas dari campurtangan DAP.
Malahan ketika lim guan eng bercadang bubar ADUN PP pun masih menghormati pandangan AMANAH dan PPKR untuk tidak melakukannya.
Tanyalah Melayu PP, apakah mereka akan kekalkan kerajaan sekarang yang Ketua Menterinya sedang didakwa atau mahu berketuakan pemimpin yang menyusahkan hidup rakyat, berketuakan ketua yang menjual aset negara atau ketua yang kelepek duit rakyat.
PRU awal untuk DUN PP mungkin sesuai dibuat bagi menjawab cadangan kunan yang bercadang mewilayahkan PP.
# DAP hanya takut pada Melayu yang berakhlak.
Melayu yang rasuah, penyamun hanya jadi makanan dan mainan kaum cina dan China.
# DAP hanya takut pada Melayu yang berakhlak.
Melayu yang rasuah, penyamun hanya jadi makanan dan mainan kaum cina dan China.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pendedahan Chegu Bard bikin madani goyah
Najib razak didapati bersalah dan dihukum - selesai. Diberi pengampunan oleh Agong Sultan Pahang dan didakwa ada addendum Pertanyaan telah ...
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
Aku pun pelik le perangai pembangkang ni, asyik komplain pasal gst, harga petrol naik, inflasi makin tinggi dan kos saraan hidup yang me...
-
Bustari Yusof, the No. 1 go-to person in the Najib administration The Bustari-owned company, Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd, is the proj...