*JEMPUTAN MAJLIS RAMAH MESRA BICARA RAKYAT*
*JUMAAT 10 FEBRUARI 2017*
Assalammualaikum wbt
Salam BERSATU...
Dengan segala hormatnya dijemput Dato/Datin/Tuan/Puan ke program bicara tokoh seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 10 Februari 2016 *JUMAAT*
Masa : 8.15 malam
Tempat: Kediaman No. 48
Jalan Dato Musa
Kg.Melayu
Kluang, Johor DT
Pembicara utama :
YB. Tan Sri Hj Muhyiddin
Presiden PPBM
YB. Liew Chin Tong
Ahli Parlimen Kluang
YB. Salahuddin Ayub
Tim.Presiden AMANAH
Kehadiran sahabat & seluruh komuniti amatlah dialu-alukan.
Mohon sebarkan kepada sekelian rakyat Bangsa Johor.
Sekian terima kasih.
Penyelaras & J/K
PPBM Bhg Parlimen Kluang
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1261440383947716&substory_index=0&id=603998729691888
***
*GUNA NAMA LAGI YEE...*
*Majlis Perbandaran Kluang* atau MPK malam tadi telah melakukan satu kesalahan besar.
Bukan kerana menurunkan banner dan bendera parti pilihan rakyat malam tadi.
http://m.malaysiakini.com/news/372016
MPK dengan bongkak dan sedikit bangang telah menggunakan alasan DYAM *TUNKU MAHKOTA JOHOR* (TMJ) tidak suka melihat poster parti.
Alasan yang di berikan oleh pegawai MPK itu sebenarnya telah *MENGHINA* DYAMTMJ yang bersikap terbuka dalam melihat perkembangan *BANGSA JOHOR* menjalani perjalanan politik negeri ini.
Pegawai MPK tersebut juga telah menghina institusi Istana Johor apabila menggunakan alasan tersebut.
*AMPUN TUNKU MAHKOTA* , patik sebagai *BANGSA JOHOR* dan ahli sebuah parti yang berdaftar memohon DYAM TMJ mengambil tindakan kepada pegawai-pegawai MPK yang telah menghina kewibawaan DYAM TMJ mentadbir negeri tercinta saya ini.
Kepada rakyat luar sana , dalam PRU akan datang ini janganlah lagi mengundi calun-calun dari barisan nasional yang berlambangkan *DACING*.
*SAJA NAK BAGITAU* , BNUMNO kalah dalam PRU akan datang ini ,
➡🔴 Perdana Menteri akan datang ini masih tetap lagi orang Melayu.
➡🔴 Agama Islam masih tetap lagi agama rasmi.
➡🔴 Bahasa Kebangsaan masih tetap lagi Bahasa Melayu.
➡🔴 Raja-Raja masih tetap lagi bersemayam di singgahsana.
*SHUKUR MOHAMAD*
(ahli *PPBM* seumur hidup)