Tidak dapat di elak kan untuk blog ini daripada menyentuh Konvensyen Reformasi 2017 yang hangat diperkatakan kerana Tun Dr Mahathir ditolak secara kasar oleh sebahagian peserta.
Mungkin Tun tidak menjangka sebegitu buruk layanan fizikal yang diterimanya ketika hadir tanpa dijemput.
Tetapi mengetahui dari awal kumpulan tersebut memang masih berdendam dan marah kepadanya, langkah Tun hadir sangat tepat kerana adalah lebih baik dia berhadapan dengan situasi sebenar daripada mengelak dan berpura pura semuanya akan okay.
Keakraban semula Tun dengan Anwar sejak kebelakangan ini sekadar menunjukan bahawa sikap dan perangai otai otai reformasi berkenaan lebih sudu dari kuah, emo desperado terperasan hebat.
Kehadiran Tun mengesahkan lagi keazamannya untuk memastikan umno tidak mampu lagi menang di PRU kerana Tun telah pun menjinak kan hampir semua musuh musuhnya satu demi satu.
Kalau mahu dilihat kembali, ejekan dan kutukan segelintir peserta reformasi tersebut masih lagi dianggap biasa dan ringan jika dibandingkan sikap biadap ahli dan pemimpin umno sendiri mengutuk, memburuk, menghina, memfitnah, melabel dan menarik balik segala keistimewaanya selaku mantan PM.
Adalah tidak penting siapa Tun di kacamata manusia dan bukan penting pun jika itu pandangan pendedak kerana perjuangan Tun lebih kepada kepentingan menjaga alam kubur dalam istilah perjuangannya.
Lebih lebih lagi semua mereka yang sering mengkritik keras ke atasnya termasuk yang bermotor besar mewah bukanlah golongan yang banyak pun pengaruh atau jasa kepada ugama, bangsa dan negara.