Pembangkang ramalkan kedudukan Khalid Nordin sebagai MB Johor tergugat.
Ramalan pembangkang selalunya meleset. !!
Pembangkang dakwa Umno bakal berbalah kerana kes rasuah:
http://babe.news/ms-my/read/309740
*KEDUDUKAN MB JOHOR TERGUGAT*
.....
Isu skandal rasuah yang melibatkan nama baik keluarga usahawan Arwah Hj Bandi yang belum ada pendakwaan dibuat menggegarkan politik Johor dan menjejaskan konsep "muafakat" dan gagasan "bangsa Johor.
Adalah sangat logik Sultan Johor turut murka.
Jika cadangan kepada MB Johor untuk dia turut bercuti atau meletak jawatan, tentulah bertalu talu pecacai menuding jari kepada lim guan eng dan kesnya.
Bukan sahaja lim guan eng, Najib pun masih tunggu.
Sudah tentu apa yang berlaku kepada kepada lim guan eng seperti jarak bumi dan langit dengan MB Johor yang langsung tiada isu.
Tetapi atas nama tanggungjawab, kenapa tidak.
Adakah jadi satu kesalahan untuk turut rasa sedih dengan apa yang berlaku kerana ada kaitan dengan exco kanannya dan menawarkan diri berundur.
Pengunduran diri adalah satu sikap yang cukup murni dan boleh membantu kecemerlangan politik umno untuk terus kuasai Johor di PRU.
Kekal MB, belum tentu umno Johor dapat bertahan.