Monday, March 27, 2017

TIADA WAJAH CERIA PAKATAN HARAPAN+BERSATU

Nama Pakatan Harapan akan didaftarkan,  tiada nama baru.
Tiada logo baru,  menggunakan simbol parti masing-masing.
Satu manifesto - tiada keputusan.

Keakuan dan perbezaan masih membelengu.


Hasrat Muhyiddin mungkin tidak kesampaian memandangkan BERSATU paling junior, sudah pasti agihan kerusi juga tidak banyak.


Masih ada masa untuk satu pencapaian kerjasama yang lebih baik dan perlu menunjukan kekuatan kerana BN dan PAS juga ada kekurangan dan kelemahan masing-masing. 


Pada setiap kawasan
AMANAH akan rosakan calon PAS
BERSATU akan rosakan calon umno
PKR dan DAP akan membantu pastikan pengundi bukan Melayu berpihak kepada calon pembangkang.

Segala yang masam manis ini perlu didedahkan secara jujur di peringkat awal kerana yang akan dilawan adalah pemimpin yang zalim lagi luar jangka dibantu pula golongan bertopeng ugama yang korup. 
Sekarang mereka sudah mula menghafal hadis dan petikan ayat suci dipergunakan sebagai selimut untuk menutup kesyaitanan mereka. 
Siapa agaknya yang mereka sedang tipu? 








Sunday, March 26, 2017

NOH OMAR TUNJUK JALAN

# BRIM pun ramai lagi belum dapat..  Tolong tengok-tengok kan.


Mengajak rakyat membuat laporan penyelewengan, bukan sahaja di Negeri Selangor bahkan wajar di seluruh negara dalam semua aktiviti kerajaan dan bukan kerajaan.

Bahkan galak kan sekali ahli parti melaporkan penyelewengan dan salahlaku yang berlaku di dalam parti samada peringkat Pusat,  Negeri atau Bahagian dan Cawangan.

Kenapa tidak semua MB dan exco istihar harta diikuti dengan Ketua Bahagian semua parti,  londeh untuk rakyat lihat sebelum dan selepas.

Rakyat tidak perlu dikejutkan dengan jumlah harta hanya selepas pendedahan SPRM.

Walaupun cadangan Noh Omar ini sangat menarik tetapi auranya belum cukup untuk tawan Selangor. Di kalangan umno Selangor sendiri,   ramai sangat yang promosi dan tonjol diri lebih baik dari Noh Omar.

Kalau diteliti poster poster program,  gambar Noh Omar kecik di belakang,  gambar orang lain pula lebih besar di depan?

Lebih baik serahkan sahaja kepada PAS untuk tawan semula Selangor.


HADI ULAMA CELUPAR

Yang dikejar dunia,  bila tak dapat,  kecewa,  itulah jadinya.

Saturday, March 25, 2017

WAWASAN 20 20 GAGAL KABERAP TN2050

ULASAN | Dulu tak ramai yang berjanggut dan berjubah, tapi tak ada pun yang mendakwa kurang Islamik. Tak ramai yang simpan janggut dan sapu minyak atar, tak timbul pun isu kurang beragama.

Wanita pun tak ramai bertudung tapi masih handal membaca al-Quran seperti Faridah Mat Saman dan Rogayah Sulong yang berulang kali memenangi tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Dulu anak muda ramai yang berkeliaran. Ada yang cenderung kepada budaya hippie pada akhir dekad 1960-an. Ada slogan 'Peace Not War' yang membantah Perang Vietnam. Ada juga 'pop yeh yeh'.

Pilihan Editor



Menggali semula skandal forex 25 tahun lalu

Sebelum itu mereka terpengaruh dengan filem P Ramlee dengan sebahagian pelakon wanitanya berkebaya ketat dan tak bertudung. Tak ada pun timbul cerita siku dan lutut.

Tak ada pun cakap tentang politik matang dan tahaluf siyasi.

Dulu walaupun ada masalah sosial, ahli masyarakat berbincang dan cuba selesai masalah. Mereka tak berusaha merenggangkan hubungan apatah lagi kafir-mengkafir sesama Islam.

Tak ada pun isu "amanat tuan presideng" sehingga terjadinya solat dua imam.

Kaum Cina sudah lama menetap di negara ini. Sebelum sejarah Hang Li Po dan Yap Ah Loy, pedagang Cina antara yang awal datang ke Semenanjung Tanah Melayu bersama pedagang Arab dan India Muslim. Tak timbul pun cerita kafir harbi dan kafir zimmi.

Masyarakat Melayu menerima mereka. Semua pihak bersatu hati dan saling menghormati.

Teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dan Malaysia pun turut dikaitkan dengan pedagang Cina selain bangsa Arab dan India.

Teori ini dipertahan sehingga kini. Tak timbul pun soal kafir mengkafir. Tak ada pun fatwa haram sembelihan mana-mana pihak.

Saya lahir dan membesar di Kampung Batu Lapan, Nilam Puri, tidak jauh dari Kota Bharu. Nilam Puri sebuah pekan kecil namun terkenal sejak 1950-an kerana ada pusat pengajian Islam.

Pelbagai bangsa datang mengaji Quran dan menadah kitab. Tak timbul pun apa-apa masalah.

Memimpin dengan berhemah

Banyak juga pondok agama. Anak muda pelbagai bangsa datang tadah kitab. Ada yang bersongkok, ada berserban dan berkopiah. Tak timbul pula perbezaan pendapat tentang hukum songkok dan kopiah.

Ada yang bawa ubat gigi Colgate. Ada yang bersugi. Ada juga yang gosok gigi guna serbuk arang kayu. Tak timbul pun soal halal dan haram.

Ketika itu mereka yang belajar agama memasang niat untuk memnjadi pendakwah, bukan pendakyah.

Mereka tadah kitab akhirnya sambung belajar ke al-Azhar, Jordan atau India. Tak timbul pun agama untuk buat baiah sehingga cerai talak tiga apabila keluar dari sesuatu jemaah.

Nilam Puri terkenal sebagai kawasan pendidikan agama. Justeru, agama menjadi medan fahaman berpolitik keagamaan. Pelbagai pandangan tentang tauhid dan akidah dibincang dan diperdebat secara adik beradik. Tak timbul pun pergolakan.

Pusat belajar agama itu kini dikenali Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya yang dianggap wadah terbaik untuk belajar syariah di Malaysia. Nilam Puri juga terkenal kerana kawasan Parlimen ini diwakili oleh Tan Sri Asri Muda, Presiden PAS pada 1969 hingga 1982.

Asri juga Menteri Besar Kelantan dan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Beliau juga Menteri Pembangunan Tanah dan Kemajuan Wilayah ketika PAS menyertai BN pada 1974 hingga 1978.

Asri memimpin PAS dengan berhemah. Tidak menjadikan agama sebagai medan untuk mengkafirkan orang lain. Asri juga sasterawan dan pemidato yang hebat.

Bagi generasi sezaman saya, pidato Asri lebih hebat daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kepetahan berhujah boleh mendorong pendengar berhujan dan berpanas mendengar ucapan pemimpin PAS ini sehingga larut malam.

Asri banyak menyelar kelemahan kerajaan Perikatan ketika itu. Namun beliau tetap pemikir ulung yang tidak menjadikan isu kepartian sebagai medan untuk menjarakkan hubungan dalam masyarakat. Nama Nilam Puri dikenali kerana Asri.

Dulu masyarakat berpolitik kerana kesedaran untuk agama dan bangsa. PAS untuk agama. Umno untuk bangsa. Dalam masyarakat Melayu, agama dan bangsa tetap dianggap satu. Tiada alasan untuk PAS atau Umno bertelagah.

Islam sebagai alat

Hanya apabila timbul generasi baru yang pulang dari Asia Barat, pemikiran politik di kampung berubah. Yang pandai cakap Arab dan lebai Melayu dari Mesir sudah membawa bacaan baru dalam politik Malaysia.

Mereka lebih berpendidikan formal. Mengkaji hadis dan sunnah. Bertajwid. Namun jumud. Di sinilah punca perubahan sikap di luar bandar apabila sebahagian besar penduduk yang belum terdedah rasa lebih terhormat apabila menerima 'didikan' daripada lebai yang baru pulang dari Timur Tengah.

Isu kafir-mengkafir dalam masyarakat bukan lahir secara spontan. Ia manifestasi sikap dan cara berfikir yang sempit. Ia fenomena dibawa untuk menguasai politik di luar bandar. Pengaruh mereka menjadikan Islam sebagai alat untuk menguasai dan berkuasa.

Tidak salah membawa ajaran supaya wanita bertudung dan lelaki berjanggut serta berjubah. Yang salah apabila agama menjadi senjata untuk 'menembak' dan menghukum.

Mereka mengambil kesempatan hasil kejayaan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) yang ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 untuk membentuk generasi muda berakhlak mulia dan berhemah.

Perjuangan Abim untuk mengekang budaya kuning yang dibawa golongan hippie ketika era Perang Dingin. Abim mengambil pendekatan dakwah dan mendidik. Secara halus anasir jumud menyerap masuk ke Abim dan cuba mempengaruhi Anwar supaya terikat dengan pendekatan ekstrem mereka.

Anwar bukan pengasas Abim. Tapi pada zaman Anwar, Abim dilihat lebih berwibawa dan dikenali ke peringkat antarabangsa. Ajaran Islam progresif menjadikan Abim dihormati dan masyarakat juga menerima Islam sebagai agama tarbiah.

Politik kita juga menerima tempias daripada Revolusi Islam Iran pimpinan Ayatullah Khomeini pada 1978. Revolusinya berjaya menjatuhkan diktator monarki Shah Mohammad Reza Pahlavi.

Iran bukan sekadar kehilangan kuasa dinasti, bahkan tidak lagi menjadi tunggangan AS dan Nato dalam percaturan Perang Dingin di antara Washington dan Moscow.

Lebai meresap halus

Asia Tenggara ketika itu amat panas dengan suasana politik yang tidak menentu. Teori Domino dikaitkan dengan kejatuhan kerajaan demokrasi kepada kuasa komunis dan sosialis.

Dekad 1970-an adalah era komunisme di kebanyakan negara. Vietnam Utara dan Vietnam Selatan bersatu di bawah panji komunis. Kemboja dan Laos juga dikuasai komunis. Malaysia dan Indonesia - walaupun terselamat daripada Teori Domino - tetap berdepan dengan ncaman Parti Komunis Malaya dan Parti Komunis Indonesia.

Gerakan Islam diharapkan menjadi benteng untuk menyekat kekuasaan komunis. Agama adalah ad-din, amalan dan benteng kekuaan ummah.

Gerakan pelajar di beberapa pusat pengajian tinggi pada 1974 dibimbangi dikuasai komunis walaupun Anwar berkali-kali bersuara bahawa mereka membawa isu rakyat. Mereka siswa Islam yang bergerak dari kampus kepada masyarakat.

Generasi muda di luar kampus melihat Abim sebagai medan untuk mempertahankan jati diri. Malangnya secara halus lebai yang baru pulang dari Asia Barat mula meresap masuk ke Abim.

Gerakan kesederhanaan Abim cuba dicabul oleh golongan fanatik yang bertopengkan perjuangan Syiah di Iran. Ramai ahli PAS terpengaruh dengan Revolusi Iran ketika itu. Mereka lebih cenderung menghukum daripada membijaksana.

Keadaan ini memberi kesan kepada parti itu sendiri, dan akhirnya bukan sahaja ahli Umno disebut kurang Islamik, bahkan Asri sendiri pun diragui keimananya.

Kesilapan Asri ialah kerana tidak berkopiah dan berjubah. Asri dianggap sekular kerana pakai baju kot, bersongkok dan mempelajari falsafah Barat dalam kehidupannya. Imej agama Asri dipertikai oleh golongan yang kononnya lebih beriman. Istilah taghut dan murtad dilontar secara terbuka dan tak bertanggungjawab.

Pada Muktamar PAS 1982, generasi muda merendahkan Asri secara terbuka. Beliau diaibkan. Asri akhirnya meninggalkan PAS dan menubuhkan parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) pada 24 Mac 1983.

Anak muda PAS yang menyelar Asri sebagai sekular ketika itu, kini sudah tersingkir daripada Pas dan menubuhkan Parti Amanah Negara. Dulu mereka menyelar, kini diselar oleh PAS sendiri.

Begitulah acuannya apabila selar-menyelar dijadikan agenda parti hingga boleh menimbulkan kesan keselamatan dan akidah. Kejadian Memali pada 1985 dan peristiwa Lubuk Merbau adalah fenomena yang memang sudah dirancang. Kejadian itu bukan kes politik. Ia kes pemikiran dan krisis minda dalam masyarakat Melayu.

Politik hanya alat untuk menghalalkan cara. PAS dan Umno juga alat untuk berkuasa dan kekuasaan. Yang berlaku sebenarnya krisis minda dan sikap mendorong manusia bersikap ganas dan rakus.

Cabaran krisis keyakinan

Hari ini masyarakat Melayu sedang berdepan krisis keyakinan yang amat mencabar. Fahaman politik bukan lagi sesuatu yang boleh diharapkan. Umno dengan krisis kepemimpinan. Isu rasuah dan salah guna kuasa menjadi polemik. PAS pula terbeban dengan imej memperalatkan agama.

Melayu pula terkesan dengan Maharaja Lawak Mega yang entah berapa episod. Janggut, jubah, kopiah bukan citra Melayu. Ia hanya topeng golongan jumud. Ketika harapan Wawasan 2020 kian menghampiri kegagalan, kita bersandiwara dengan Transformasi Nasional 2050.

Bukan tradisi Melayu untuk berdebat. Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Nazri Aziz ada jawapannya. Seperti juga lebai yang guna siku dan lutut.

IMLAN ADABI bekas wartawan dan kolumnis Berita Harian. Beliau juga penulis sajak, cerpen dan panel penerbitan. 

APA YANG NAZRI BERITAHU TUN PETANG TADI DI KUALA KANGSAR

Ox
"Dia mai. Nak sangat jumpa saya. Tapi tak cakap apa. Duk diam pandang depan aja. Ingatkan dia nak bagi tau saya dia nak keluar UMNO ka apa. Yang dia cakap kat saya.." tu Sungai Perak". Saya pun tau tu



Sungai Perak. Tak payah dia bagi tau"

- Tun M berkenaan kehadiran (tak di undang) Nazri di program PPBM di Padang Renggas petang tadi -


# Bersuara pun tidak,  tengok muka Tun pun tidak.. Agak2 debat 7april jadi tak (?) baju pun dah bendera putih. 

Friday, March 24, 2017

BIAR LEMBU JADI LEMBU





GESAAN MELAYU TOLAK DAP SUDAH TIDAK BERKESAN

Gesaan umno yang menggunakan isu racist dan PAS yang menggunakan isu ugama untuk Melayu tolak DAP terutama menjelang pilihanraya sudah tidak berkesan tetapi lebih kepada menunjukan kedua dua parti tetsebut cemas dan takut.

PAS atau umno,  calon mereka tidak akan bertembung dengan calon DAP tetapi kebencian mereka terhadap DAP sangat melampau.

PAS Hadi Awang sepatutnya lebih beruntung jika bersama DAP untuk berhadapan dengan umno telah memilih jalan songsang untuk bersama umno yang sedang runtuh.

Betul lah kata azmin,  lebai sedang berangan nak tawan Selangor sedangkan Kelantan dalam tangan pun belum tahu lagi kali ini.

Politik kebencian kepada sebuah parti yang sah di sisi undang-undang menunjukan kedua parti hilang pedoman, tidak matang dan tidak budiman.

Punca kenapa orang Melayu semakin boleh menerima DAP kena diketahui.

Sokongan Melayu kepada DAP bukan membabi buta,  ada sempadan dan had.

Masih dalam kewaspadaan DAP masih dikuasai orang kapir,  musuh Islam tetapi boleh berkawan selagi selari dengan nilai Islam dan tidak menunjuk pertentangan secara kasar.

Selagi mereka bersuara dan menuntut hak mereka mengikut Perlembagaan, adalah dibenarkan, kena rasional.

Bila Pakatan BERSATU terima DAP ia tidak banyak beza umno terima mca dan mic,  tidak banyak beza semasa PAS nik aziz terima dap.

Jika dikaji,  PAS pecah kepada ANANAH atas beberapa faktor dan antaranya PAS mungkir janji terhadap DAP dan PKR dalam konsep permuafakatan Pakatan Rakyat.

Umno sendiri berpecah kepada BERSATU atas faktor skandal 1MDB yang melibatkan peribadi Najib yang dibebankan kepada umno dan kerajaan.

Apabila BERSATU bekerjasama dengan dap, secara tidak langsung ahli dan penyokong akan menyokong DAP dengan prinsip dan dasar yang telah ditentukan parti.

Apakah umno akan minta pengundi Melayu jangan sokong calon mca dan mic semata mata mereka bukan Melayu dan kapir?

Jangan double standard?

Momokan DAP akan menguasai BERSATU, AMANAH DAN PKR sangat lucu tidak bertempat.  Yang percaya tidak lain dan tidak bukan kerana gagal berfikir.

Mereka yang memusuhi DAP atau berkawan dengan DAP wajar mempunyai jati Melayu yang tinggi dan berakhlak mulia mengikut sunnah dan Al Quran untuk DAP takut atau hormat.

Sekadar menyatakan DAP jahat dan buruk tetapi diri sendiri terpalit najis adalah kerja sia sia.


6ANGKA