Tuesday, March 28, 2017

PAS SELANGOR SAY NO... AZMIN RELAX TAK PERLU JAWAB

Memang kerja bodoh geng lebai malang mendesak PAS putuskan kerjasama dengan PKR sedangkan lebai lebai PAS di Selangor masih sayangkan jawatan mereka. 

Hakikatnya yang mendesak itu tak ada jawatan kerajaan di mana mana peringkat. Lagi pun desakan lebai malang yang kalah diperingkat kawasannya sudah tentu tak ada nilai pengaruh. 

Hadi sendiri tidak guna kuasa diktatornya untuk memutuskan kerjasama dengan PKR yang sebelum ini dipanggil biawak lebih besar. 

Demi jawatan,  biawak pun biawaklah.. 

Hakikatnya,  PAS meroyan dan kesipuan apabila BERSATU tinggalkannya tanpa sangka. 

MENTERI CAKAP PANDAI, REALITI RAKYAT..

KUALA LUMPUR - Tindakan buang kerja akan dilaksanakan terhadap anggota polis yang gagal menjelaskan perbelanjaan sebenar mereka secara bulanan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, timbul masalah apabila terdapat anggota polis yang tidak telus menzahirkan hutang selain yang dipotong oleh pengurusan.

"Misalnya hutang beli perabot dan kereta yang mereka tak jelaskan kepada pegawai atasan. Jadi selepas ini memang kita akan ambil tindakan keras kepada anggota polis yang tak dedahkan perbelanjaan mereka yang sebenar.

"Maknanya kita nak pantau mereka benar-benar hidup dengan gunakan gaji sebagai anggota polis. Kalau mereka tak patuhi dan transparent (telus) serta terdedah kepada risiko hutang dan rasuah, kita akan ambil tindakan drastik seperti buang kerja," katanya menjawab soalan tambahan Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) di sidang Dewan Rakyat, di sini, hari ini. 

Terdahulu, menjawab soalan asal Anuar mengenai punca keberhutangan tinggi dalam kalangan anggota polis, Nur Jazlan berkata, ia berikutan kurangnya kesedaran mengenai pengurusan kewangan secara berhemah.

"Kebanyakan anggota yang mengalami masalah ini disebabkan penggunaan kad kredit tanpa kawalan, membuat pinjaman peribadi serta memberli keperluan persendirian yang mahal dan tidak sepadan dengan gaji bulanan secara kredit," katanya.
------------------------

# PEMANTAUAN PATUT BERMULA DARI MENTERI DALAM NEGERI,  KETUA POLUS NEGARA,  KETUA POLIS NEGERI DAN BARULAH KE BAWAH HINGGA ANGGOTA TANPA PANGKAT... 



REALITINYA... 

JAWAPAN BALAS TERBAIK DARI ANGGOTA POLIS KEPADA MENTERI BN.

Dok ckp anggota polis berhutang ni mmg best...tapi pernah terfikir tak kenapa berhutang? Sbb menteri yg bijak mcm datuk la. 

Lif kat berek pun tak pernah terniat nak betulkan, berek rosak sampai air melimpah pun kena repair sendiri. 

Nak harap menteri yg ckp pandai ni, cecah kaki kat perumahan polis pun tak pernah. Kalau dtg pun nak undi untuk pilihanraya. 

Uniform kena buat sendiri baru claim, kasut kena beli sendiri baru claim. Lepas tu claim pulak ikut suka nak bayar bila. 

Duduk berek, tapi motor asyik hilang. Pernah menteri cerita hal ni? 

Gaji banyak tu, nak bayar taska jaga anak sahaja dah rm350-400 seorang. Kalau anak 4 dah berapa? Lepas tu bas sekolah anak dah rm120 sebulan, kalau 4 org? Beli beras, bayar api, beli keperluan asas sama je bayar mcm org kaya. GST kena bayar, tapi BRIM tak boleh claim sbb ikut gaji. 

Nak beli rumah PPR or rumah DBKL tak boleh, sbb had gaji rm2500, nak beli rumah projek swasta pun tak lepas sbb gaji tak cukup syarat, nak duduk berek....rosak teruk. Terpaksa la sewa, sewa pulak dekat rm750-1000. Elaun sewa rumah rm480. 

Pak menteri ckp la, siapa yg tak telus dlm hal kewangan ni? Bg naik gaji, tapi kenaikan gaji dari gaji tahunan. Jgn ckp pasal hutang la menteri, jgn sampai semua polis n army sakit hati tak undi BN. 

Polis diam2 buat kerja mcm anjing ada nampak tak? Buat kerja mcm hamba semata-mata nak bg menteri duk dlm aircond, naik kereta ada pemandu, gaji n elaun keraian cecah berbelas ribu. 

Minyak free untuk menteri jalankan tugas. Ada pengawal peribadi dari polis, ada eskot dari polis. 

Pernah fikir kenapa polis berhutang? Minyak petrol harian polis bayar sendiri dgn ikut kenaikan harga semasa. 

Menteri ada fikir yg ni dulu tak sblm cerita pasal hutang polis? Check balik semua masalah ni, baru check pasal hutang polis. Bila raya dpt la kuih dari isteri-isteri menteri konon kebajikan polis, hakikatnya....Allah je yg tahu. 

Bila dekat nak pilihanraya, mcm-mcm program bodek polis dijalankan. Fikir balik la sblm ckp....polis dah meluat dgn hal mcm ni. Polis duk diam2 buat kerja, hargai la yg tu. 

Menteri 5 tahun sekali bertukar, polis 20 tahun pun belum tentu naik pangkat. 

Dari orang lama. Pangkal 9.

TUGAS TERAKHIR TUN

Menebus semula kesilapannya kerana memilih dan mempercayai Najib sebagai Perdana Menteri selepas Paklah berundur.

Kesilapan itu mengakibatkan pelbagai masalah negara khususnya hutang negara yang sangat tinggi,  skandal 1MDB,
penjualan asset negara dan semuanya menjurus kepada kesengsaraan rakyat dengan kos kehidupan yang tinggi.

Tun telah mengorbankan segala kemudahannya sebagai mantan PM yang ditarik balik dan mengorbankan masa rehatnya dengan turun padang bersama rakyat.

Jika pembangkang masih gagal menjadi kerajaan atau Najib terus kekal sebagai PM,  beban dan tanggungjawab itu sudah terletak pada kita.

Tepuk dada tanya selera!!!


Monday, March 27, 2017

TIADA WAJAH CERIA PAKATAN HARAPAN+BERSATU

Nama Pakatan Harapan akan didaftarkan,  tiada nama baru.
Tiada logo baru,  menggunakan simbol parti masing-masing.
Satu manifesto - tiada keputusan.

Keakuan dan perbezaan masih membelengu.


Hasrat Muhyiddin mungkin tidak kesampaian memandangkan BERSATU paling junior, sudah pasti agihan kerusi juga tidak banyak.


Masih ada masa untuk satu pencapaian kerjasama yang lebih baik dan perlu menunjukan kekuatan kerana BN dan PAS juga ada kekurangan dan kelemahan masing-masing. 


Pada setiap kawasan
AMANAH akan rosakan calon PAS
BERSATU akan rosakan calon umno
PKR dan DAP akan membantu pastikan pengundi bukan Melayu berpihak kepada calon pembangkang.

Segala yang masam manis ini perlu didedahkan secara jujur di peringkat awal kerana yang akan dilawan adalah pemimpin yang zalim lagi luar jangka dibantu pula golongan bertopeng ugama yang korup. 
Sekarang mereka sudah mula menghafal hadis dan petikan ayat suci dipergunakan sebagai selimut untuk menutup kesyaitanan mereka. 
Siapa agaknya yang mereka sedang tipu? 








Sunday, March 26, 2017

NOH OMAR TUNJUK JALAN

# BRIM pun ramai lagi belum dapat..  Tolong tengok-tengok kan.


Mengajak rakyat membuat laporan penyelewengan, bukan sahaja di Negeri Selangor bahkan wajar di seluruh negara dalam semua aktiviti kerajaan dan bukan kerajaan.

Bahkan galak kan sekali ahli parti melaporkan penyelewengan dan salahlaku yang berlaku di dalam parti samada peringkat Pusat,  Negeri atau Bahagian dan Cawangan.

Kenapa tidak semua MB dan exco istihar harta diikuti dengan Ketua Bahagian semua parti,  londeh untuk rakyat lihat sebelum dan selepas.

Rakyat tidak perlu dikejutkan dengan jumlah harta hanya selepas pendedahan SPRM.

Walaupun cadangan Noh Omar ini sangat menarik tetapi auranya belum cukup untuk tawan Selangor. Di kalangan umno Selangor sendiri,   ramai sangat yang promosi dan tonjol diri lebih baik dari Noh Omar.

Kalau diteliti poster poster program,  gambar Noh Omar kecik di belakang,  gambar orang lain pula lebih besar di depan?

Lebih baik serahkan sahaja kepada PAS untuk tawan semula Selangor.


HADI ULAMA CELUPAR

Yang dikejar dunia,  bila tak dapat,  kecewa,  itulah jadinya.

Saturday, March 25, 2017

WAWASAN 20 20 GAGAL KABERAP TN2050

ULASAN | Dulu tak ramai yang berjanggut dan berjubah, tapi tak ada pun yang mendakwa kurang Islamik. Tak ramai yang simpan janggut dan sapu minyak atar, tak timbul pun isu kurang beragama.

Wanita pun tak ramai bertudung tapi masih handal membaca al-Quran seperti Faridah Mat Saman dan Rogayah Sulong yang berulang kali memenangi tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Dulu anak muda ramai yang berkeliaran. Ada yang cenderung kepada budaya hippie pada akhir dekad 1960-an. Ada slogan 'Peace Not War' yang membantah Perang Vietnam. Ada juga 'pop yeh yeh'.

Pilihan Editor



Menggali semula skandal forex 25 tahun lalu

Sebelum itu mereka terpengaruh dengan filem P Ramlee dengan sebahagian pelakon wanitanya berkebaya ketat dan tak bertudung. Tak ada pun timbul cerita siku dan lutut.

Tak ada pun cakap tentang politik matang dan tahaluf siyasi.

Dulu walaupun ada masalah sosial, ahli masyarakat berbincang dan cuba selesai masalah. Mereka tak berusaha merenggangkan hubungan apatah lagi kafir-mengkafir sesama Islam.

Tak ada pun isu "amanat tuan presideng" sehingga terjadinya solat dua imam.

Kaum Cina sudah lama menetap di negara ini. Sebelum sejarah Hang Li Po dan Yap Ah Loy, pedagang Cina antara yang awal datang ke Semenanjung Tanah Melayu bersama pedagang Arab dan India Muslim. Tak timbul pun cerita kafir harbi dan kafir zimmi.

Masyarakat Melayu menerima mereka. Semua pihak bersatu hati dan saling menghormati.

Teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dan Malaysia pun turut dikaitkan dengan pedagang Cina selain bangsa Arab dan India.

Teori ini dipertahan sehingga kini. Tak timbul pun soal kafir mengkafir. Tak ada pun fatwa haram sembelihan mana-mana pihak.

Saya lahir dan membesar di Kampung Batu Lapan, Nilam Puri, tidak jauh dari Kota Bharu. Nilam Puri sebuah pekan kecil namun terkenal sejak 1950-an kerana ada pusat pengajian Islam.

Pelbagai bangsa datang mengaji Quran dan menadah kitab. Tak timbul pun apa-apa masalah.

Memimpin dengan berhemah

Banyak juga pondok agama. Anak muda pelbagai bangsa datang tadah kitab. Ada yang bersongkok, ada berserban dan berkopiah. Tak timbul pula perbezaan pendapat tentang hukum songkok dan kopiah.

Ada yang bawa ubat gigi Colgate. Ada yang bersugi. Ada juga yang gosok gigi guna serbuk arang kayu. Tak timbul pun soal halal dan haram.

Ketika itu mereka yang belajar agama memasang niat untuk memnjadi pendakwah, bukan pendakyah.

Mereka tadah kitab akhirnya sambung belajar ke al-Azhar, Jordan atau India. Tak timbul pun agama untuk buat baiah sehingga cerai talak tiga apabila keluar dari sesuatu jemaah.

Nilam Puri terkenal sebagai kawasan pendidikan agama. Justeru, agama menjadi medan fahaman berpolitik keagamaan. Pelbagai pandangan tentang tauhid dan akidah dibincang dan diperdebat secara adik beradik. Tak timbul pun pergolakan.

Pusat belajar agama itu kini dikenali Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya yang dianggap wadah terbaik untuk belajar syariah di Malaysia. Nilam Puri juga terkenal kerana kawasan Parlimen ini diwakili oleh Tan Sri Asri Muda, Presiden PAS pada 1969 hingga 1982.

Asri juga Menteri Besar Kelantan dan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Beliau juga Menteri Pembangunan Tanah dan Kemajuan Wilayah ketika PAS menyertai BN pada 1974 hingga 1978.

Asri memimpin PAS dengan berhemah. Tidak menjadikan agama sebagai medan untuk mengkafirkan orang lain. Asri juga sasterawan dan pemidato yang hebat.

Bagi generasi sezaman saya, pidato Asri lebih hebat daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kepetahan berhujah boleh mendorong pendengar berhujan dan berpanas mendengar ucapan pemimpin PAS ini sehingga larut malam.

Asri banyak menyelar kelemahan kerajaan Perikatan ketika itu. Namun beliau tetap pemikir ulung yang tidak menjadikan isu kepartian sebagai medan untuk menjarakkan hubungan dalam masyarakat. Nama Nilam Puri dikenali kerana Asri.

Dulu masyarakat berpolitik kerana kesedaran untuk agama dan bangsa. PAS untuk agama. Umno untuk bangsa. Dalam masyarakat Melayu, agama dan bangsa tetap dianggap satu. Tiada alasan untuk PAS atau Umno bertelagah.

Islam sebagai alat

Hanya apabila timbul generasi baru yang pulang dari Asia Barat, pemikiran politik di kampung berubah. Yang pandai cakap Arab dan lebai Melayu dari Mesir sudah membawa bacaan baru dalam politik Malaysia.

Mereka lebih berpendidikan formal. Mengkaji hadis dan sunnah. Bertajwid. Namun jumud. Di sinilah punca perubahan sikap di luar bandar apabila sebahagian besar penduduk yang belum terdedah rasa lebih terhormat apabila menerima 'didikan' daripada lebai yang baru pulang dari Timur Tengah.

Isu kafir-mengkafir dalam masyarakat bukan lahir secara spontan. Ia manifestasi sikap dan cara berfikir yang sempit. Ia fenomena dibawa untuk menguasai politik di luar bandar. Pengaruh mereka menjadikan Islam sebagai alat untuk menguasai dan berkuasa.

Tidak salah membawa ajaran supaya wanita bertudung dan lelaki berjanggut serta berjubah. Yang salah apabila agama menjadi senjata untuk 'menembak' dan menghukum.

Mereka mengambil kesempatan hasil kejayaan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) yang ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 untuk membentuk generasi muda berakhlak mulia dan berhemah.

Perjuangan Abim untuk mengekang budaya kuning yang dibawa golongan hippie ketika era Perang Dingin. Abim mengambil pendekatan dakwah dan mendidik. Secara halus anasir jumud menyerap masuk ke Abim dan cuba mempengaruhi Anwar supaya terikat dengan pendekatan ekstrem mereka.

Anwar bukan pengasas Abim. Tapi pada zaman Anwar, Abim dilihat lebih berwibawa dan dikenali ke peringkat antarabangsa. Ajaran Islam progresif menjadikan Abim dihormati dan masyarakat juga menerima Islam sebagai agama tarbiah.

Politik kita juga menerima tempias daripada Revolusi Islam Iran pimpinan Ayatullah Khomeini pada 1978. Revolusinya berjaya menjatuhkan diktator monarki Shah Mohammad Reza Pahlavi.

Iran bukan sekadar kehilangan kuasa dinasti, bahkan tidak lagi menjadi tunggangan AS dan Nato dalam percaturan Perang Dingin di antara Washington dan Moscow.

Lebai meresap halus

Asia Tenggara ketika itu amat panas dengan suasana politik yang tidak menentu. Teori Domino dikaitkan dengan kejatuhan kerajaan demokrasi kepada kuasa komunis dan sosialis.

Dekad 1970-an adalah era komunisme di kebanyakan negara. Vietnam Utara dan Vietnam Selatan bersatu di bawah panji komunis. Kemboja dan Laos juga dikuasai komunis. Malaysia dan Indonesia - walaupun terselamat daripada Teori Domino - tetap berdepan dengan ncaman Parti Komunis Malaya dan Parti Komunis Indonesia.

Gerakan Islam diharapkan menjadi benteng untuk menyekat kekuasaan komunis. Agama adalah ad-din, amalan dan benteng kekuaan ummah.

Gerakan pelajar di beberapa pusat pengajian tinggi pada 1974 dibimbangi dikuasai komunis walaupun Anwar berkali-kali bersuara bahawa mereka membawa isu rakyat. Mereka siswa Islam yang bergerak dari kampus kepada masyarakat.

Generasi muda di luar kampus melihat Abim sebagai medan untuk mempertahankan jati diri. Malangnya secara halus lebai yang baru pulang dari Asia Barat mula meresap masuk ke Abim.

Gerakan kesederhanaan Abim cuba dicabul oleh golongan fanatik yang bertopengkan perjuangan Syiah di Iran. Ramai ahli PAS terpengaruh dengan Revolusi Iran ketika itu. Mereka lebih cenderung menghukum daripada membijaksana.

Keadaan ini memberi kesan kepada parti itu sendiri, dan akhirnya bukan sahaja ahli Umno disebut kurang Islamik, bahkan Asri sendiri pun diragui keimananya.

Kesilapan Asri ialah kerana tidak berkopiah dan berjubah. Asri dianggap sekular kerana pakai baju kot, bersongkok dan mempelajari falsafah Barat dalam kehidupannya. Imej agama Asri dipertikai oleh golongan yang kononnya lebih beriman. Istilah taghut dan murtad dilontar secara terbuka dan tak bertanggungjawab.

Pada Muktamar PAS 1982, generasi muda merendahkan Asri secara terbuka. Beliau diaibkan. Asri akhirnya meninggalkan PAS dan menubuhkan parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) pada 24 Mac 1983.

Anak muda PAS yang menyelar Asri sebagai sekular ketika itu, kini sudah tersingkir daripada Pas dan menubuhkan Parti Amanah Negara. Dulu mereka menyelar, kini diselar oleh PAS sendiri.

Begitulah acuannya apabila selar-menyelar dijadikan agenda parti hingga boleh menimbulkan kesan keselamatan dan akidah. Kejadian Memali pada 1985 dan peristiwa Lubuk Merbau adalah fenomena yang memang sudah dirancang. Kejadian itu bukan kes politik. Ia kes pemikiran dan krisis minda dalam masyarakat Melayu.

Politik hanya alat untuk menghalalkan cara. PAS dan Umno juga alat untuk berkuasa dan kekuasaan. Yang berlaku sebenarnya krisis minda dan sikap mendorong manusia bersikap ganas dan rakus.

Cabaran krisis keyakinan

Hari ini masyarakat Melayu sedang berdepan krisis keyakinan yang amat mencabar. Fahaman politik bukan lagi sesuatu yang boleh diharapkan. Umno dengan krisis kepemimpinan. Isu rasuah dan salah guna kuasa menjadi polemik. PAS pula terbeban dengan imej memperalatkan agama.

Melayu pula terkesan dengan Maharaja Lawak Mega yang entah berapa episod. Janggut, jubah, kopiah bukan citra Melayu. Ia hanya topeng golongan jumud. Ketika harapan Wawasan 2020 kian menghampiri kegagalan, kita bersandiwara dengan Transformasi Nasional 2050.

Bukan tradisi Melayu untuk berdebat. Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Nazri Aziz ada jawapannya. Seperti juga lebai yang guna siku dan lutut.

IMLAN ADABI bekas wartawan dan kolumnis Berita Harian. Beliau juga penulis sajak, cerpen dan panel penerbitan. 

6ANGKA