PAS tentunya kini sudah tahu apa rasa apa warna apa bau terkena kencing biawak, kencing berdepan, kencing di muka.
Kena kencing selepas PAS menolak BERSATU...
Kena kencing selepas Hadi gelar UMNO biawak..
Turut terkena tempias ialah seorang pemimpin kanan umno yang sebelum ini terlepas cakap.. Sanggup bersama pas
walau hilang kawan lama.
Semasa mahu memnentangkan Hudud di Parlimen awal 2016, PAS keluar dari Pakatan Rakyat atas dakwaan DAP tiada hak untuk menentang usul PAS mengenai hudud walaupun bersetuju hak mereka untuk tidak menyokong di Parlimen.
Keputusan kerajaan untuk membentangkan RUU355 dibawa ke mesyuarat Barisan Nasional (?) Kenapa urusan kerajaan tidak dibawa ke kabinet sebaliknya ke komponen parti?
Sudah tentu umno mahu memaklumkan bukan umno yang tolak bukan kerajaan yang tolak tetapi komponen BN. Umno tak salah maa..
UMNO tidak pula mengambil sikap bodoh sombong seperti PAS untuk bergaduh sesama rakan komponen BN apabila mereka tidak bersetuju umno/kerajaan membentangkannya. Keputusannya umno mendahului keputusan barisan Nasional dari remeh temeh selera PAS.
Apakah itu petanda umno tidak Islamic seperti PAS atau jawapan yang paling budiman dan syahdu, PAS menghormati dan memahami pendirian umno?
Kikikiki
Kalau ikut liga bolasepak FAM yang kebetulan masih ditakok lama, PAS adalah pasukan yang paling corot, nasib baik ada parti Kadir Sheikh Fathil paling bawah.
Nasib baik PAS Selangor tak ikut rentak lebai malang yang mahu memutuskan kerjasama dengan PKR.
Ini semua cerita malang buat PAS tetapi tidak semestinya sama duka sama sedih buat Hadi Awang, politik adalah permainan/game !!!
Untuk PAS Hadi jadi PAS Nik Aziz dan berada di landasan yang betul semula, lepaskan Hadi Awang, Nik Abduh dan konco konconya di muktamar nanti.
Tuan Ibrahim Tuan Man pengganti yang layak.