Thursday, March 30, 2017

(PROFILE) RIWAYAT AUTA

Asal saja bontot kena songket,  dulu Anwar,  sekarang ameno... Yusuf Qardawi juga diheret sama...

Bukan sahaja tidak mahu mengaku salah,  tuduh pula pihak lain yang salah.. 

Lepas kencing.. Tak mengaku.. Tuduh pula orang lain kencing. 

Sebahagian pemimpin PAS pula mengaku,  memang jangka akan kena kencing... Mereka tahu siapa yang kencing! 

Yang kencing kita pun dah tahu,  yang kena kencing pun dah tahu,  dah mengaku...











"Memahami *Aulawiyat* iaitu keutamaan dalam tindakan dalam isu *RUU355*..."
                    ○○○
Syeikh Prof. Dr Yusof Al Qardawi mengarang kitab fiqh yang berjudul "fiqh aulawiyat" yang menerangkan tentang pentingnya memahami keutamaan dalam sesuatu perkara.

Apabila YAB Perdana Menteri mengumumkan yang Kerajaan BN tidak akan membawa usul pindaan RUU355 dalam sidang Parlimen kali ini, pelbagai pihak terutamanya penyokong Pas, ahli agama, pimpinan NGO Islam, para ilmuan dan sebagainya menyalahkan UMNO dan Kerajaan dengan mengatakan UMNO tidak minat memperjuangkan kepentingan Islam. 

Ada yang mengatakan 'Pas kena kencing dengan UMNO' dan 'UMNO tikam Pas dari belakang'!. Itu antara nada kecewa dan marah terhadap Kerajaan.

Namun sebagai ahli politik saya memahami pertimbangan yang dibuat oleh YAB PM sebagai suatu pertimbangan yang meletakkan kepentingan besar lebih utama dari kepentingan kecil. *Jangan salah anggap pernyataan saya ini*.

Kepentingan besar sebagaimana konsep *fiqh aulawiyat* disini iaitu menjaga kuasa & negara adalah lebih utama dari kepentingan suatu akta@ rang undang-undang. Perlu difahami bahawa pembentukan Kerajaan adalah dengan kerjasama parti-parti komponen dalam BN. Jika berlaku perkara yang boleh memecahbelahkan kesatuan BN, maka ini akan menyebabkan hilangnya kuasa pemerintahan negara atau ianya akan membuka ruang kepada pihak lawan untuk mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Kerajaan BN.

Hakikatnya bilangan kerusi parlimen dari parti-parti komponen dalam BN adalah jauh lebih banyak dari bilangan kerusi Parlimen milik PAS. Jika UMNO bersama dengan PAS, ini menjadikan jumlah kerusi (86 + 12 = 98) yang masih gagal membentuk kerajaan. 
Jadi UMNO membuat keputusan tepat untuk mengekalkan kuasa dengan menjaga kepentingan kerjasama dalam BN. Ini tidak bermakna UMNO menolak islam. Jika usul RUU355 dibawa oleh PAS sekalipun, ia tidak bermakna UMNO akan menolaknya. Sebaliknya akan memberi ruang kepada semua wakil rakyat untuk mengundi samada menyokong atau tidak.

*RUU355 bukanlah hukum hudud*. Menolak pindaan RUU355 bukan bermakna menolak hudud@ menolak islam. RUU355 adalah Akta yang menetapkan bidang kuasa bagi mahkamah syariah. Pindaannya akan membolehkan negeri-negeri masing-masing untuk melakukan cadangan penambahbaikan bagi perundangan syariah yang sedia ada. Ianya bukan bermakna sesebuah negeri itu akan melaksanakan hukuman hudud.

Jadi tohmahan terhadap *UMNO menolak islam adalah tidak benar*.
UMNO tidak memusuhi islam atau mempermainkan hukum islam. Apa yang kepimpinan UMNO lakukan kini adalah demi menjaga kepentingan yang lebih besar iaitu kuasa pemerintahan negara yang dengan kuasa itulah dapat menjaga dan memelihara kedudukan agama, bangsa & negara. Realitinya jika UMNO & PAS bekerjasama, ia belum mampu untuk membentuk kerajaan. Jadi UMNO perlu
memilih rakan yang lebih ramai kerana dengannya akan mengekalkan kuasa pemerintahan sesebuah negara.

In sya Allah jika PAS jujur untuk meminda RUU355 demi untuk memartabatkan Islam, saya yakin UMNO akan sokong sepenuhnya. Namun begitu ia belum mencukupi untuk diluluskan. Jadi bukan salah UMNO bukan salah BN. Yang mesti dipersalahkan adalah ahli2 Parlimen islam dari PKR, PAN & PPBM yang tidak menyokong agenda Islam..merekalah musuh islam yang sebenar bersama dengan DAP yang sejak dulu kini dan selamanya akan memusuhi serta membenci islam. Merakalah yang sepatutnya dikecam... *bukan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional.*

Ikhlas daripada,
*Dato' Hj Zein Isma Hj Ismail*
Ketua Penerangan UMNO Selangor
Jumaat 31 Mac 2017; 02:22hr; Bukit Antarabangsa

# Agaknya berhutang dah nak sampai thrillion tu pun "aulawiyat" juga.

9 comments:

  1. Jelas seorang munafiq.

    Yang salah Pkr, amanah, bersatu, dap??

    Parti PBB dan komponen BN lain di sarawak tak disalahkan????

    Wallahuaklam

    ReplyDelete
  2. Itu lah korup nya mentaliti puak Pakatan Pelahap ni. Bila ade je modal untuk dipelahapkan... dispinnya sampai kering. Ingat lah dalam keburukan ada kebaikannya, dalam kebaikan ada keburukan nya. Tapi puak2 Pelahap ni lain sikit....semuanya buruk belaka, tak pernah dengar cerita baik2.
    Astagfirullahalazim.

    ReplyDelete
  3. Ini lah org islam sentiasa mengunakan ugama sebagai senjata,, Sudah sudah lah tu PAS dah jadi biawak hidup dan duri dalam daging untuk melayu Islam yg lemah,, UMNO SEKARANG macam sampah,,
    Masing masing nak jaga parti ,, rakyat sekarang sedang mendapat tekanan kos sarahidup yg tinggi, umnoa BN buat wayang naik kan gaji tapi tak kawal inflasi,, seharusnya tak perlu naik kan gaji tapi kawal kos hidup supaya seimbang dgn pendapatan wlpun pendapatan kecil,, kuat kan mata wang agar rakyat Malaysia ada kuasa membeli , buka layan kan cerita dongeng menteri umno jika duit jatuh pelancung akan ramai datang,, bodoh memang benar bodoh,, di UK , Paris nilai mata wang mereka tinggi rakyat mereka automotik jadi kaya dan berpusu pusu pelancung datang melawat buang duit di sana,, di Malaysia yg datang pelancung yg tiada duit tidur tepi jalan naik basikal atau tumpang kereta,, dan pekerja pekerja haram dan halal dari negara yg paperkedana,,
    Nilai mwta wang harus di kukuh kan gaji takpelu di naikkan ,, tabirurus negara perlu di perbaiki,
    Org politik harus jaga negara dan rakyat bukan jaga parti dan boss,, kurang kan makan rasuah nak berhenti memang mustahil untuk org melayu islam,, kurang kan,,,,, kurang kan jadi pemimpin yg amanah insyallah negara aka maju dan kedepan dgn rezeki yg di kurnia kan oleh Allah pd Malaysia negara tercinta ini,, insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benarlah kata2 Allah.
      Siapa yang dah tersingkir?Siapa yang dah tersingkir?

      6:45 So the people that committed wrong were eliminated. And praise to Allah , Lord of the worlds.

      5:100 Say, "Not equal are the evil and the good, although the abundance of evil might impress you." So fear Allah , O you of understanding, that you may be successful.


      Yang belum tersingkir... kekalkan niat kerana Allah.

      Delete
  4. PARTI CAP BUNGA SEMBANG BERDEGAR2 TAPI BAB CERITA BAB ISLAM, TELOR MENGUCUP MASUK DALAM TAKUT PD DAP...
    KALAU SEMUA MP ISLAM SOKONG RU355, NESCAYA LULUS

    ReplyDelete
  5. Setuju dan sokong Anon 6.45.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak sokong apa ke bendanya,, Peminpin kalian tak betul orangnya.....!!!!

      Delete
  6. Dah cakap umno ni putar belit ...hidup nk menipu jrr.beriaria jer..sampau berbuih mulut last skali pas gak yh kena...ketua penerangan umno selangor.. Cubalah berenti bagi alasan bodoh..dh tahudah umno mana ada teloor. Takut kt parti lain .takut kuasa hilang..macammacam takut. Umno dh reput kena makan anaianai.tahnoah kt umno inflasi meningkat.rokok dh naik nk tanya betapa ramai dh berenti hisap rokok. ??? Secara tk labgsung akan menyusahkan rakyat.hisaplah rokok seludup.kena tangkap Rakyat gak susah .takkiralah apa alasan kalau parti dipilih rakyat patut kena tolong rakyat bukan bagi susah walaupun isu cuma rokok. Kalau asyik susahkan rakyat maknya pemimpin tu tak layak jadi pemimpin..betul tak tarantula..lepss ni apavplak nk naik minyak.keta.toll .gula beras..tulah umno dh patut dikuburkan..

    ReplyDelete

WORLDCOIN dan AI

PERKENALAN  Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...