Tuesday, April 4, 2017

LIM KIT SIANG LEBIH HORMATI KAUM MELAYU DARI UMNO

Apa pendirian umno terhadap kaum cina di Malaysia (?)

Apakah umno lebih menghormati kaum cina dari DAP (?)

Apakah umno itu Melayu, Melayu itu umno masih relevan di era Najib (?)

Apakah MCA,  MIC lebih hormati umno dari kaum Melayu (?)

Kikikiki

Monday, April 3, 2017

PEMBANGKANG, KHALID SAMAD - APALAGI LAH DIA ORANG NI NAK..

Aku pun pelik le perangai pembangkang ni,  asyik komplain pasal gst, harga petrol naik,  inflasi makin tinggi dan kos saraan hidup yang menyepit.

Memang le yang dicakap tu betul.. 

Tetapi apabila kerajaan melalui mahkamah dengan kerjasama PDRM dan Peguam Negara menghukum mereka yang sekadar "bergurau dengan Khalid Samad" di perkarangan parlimen dengan kadar terendah RM100, pembangkang terutama Khalid Samad masih membantah. 

Bukankah itu kadar terendah yang tidak membebankan rakyat yang mungkin mereka mereka itu hanyalah orang kampong, nelayan atau petani. 

Tahniah dan syabas ke atas PM Najib,  antara hadiah istimewa 8 tahun pemerintahannya yang cemerlang terbilang gemilang.

Kalau boleh,  meminjam kata Adenan Satim, perintah sampai kiamat. 

Sunday, April 2, 2017

MCA, MIC JUGA BACUL, PENGKHIANAT..

Rata rata dari mulut pemimpin pembangkang seperti Mukhriz dan Husam telah menzahirkan satu persetujuan bersama yang kelak antara intipati manifesto bersama ialah menurunkan kadar gst secara beransur ansur jika dapat menjadi kerajaan. 

Malah yang lebih penting untuk rakyat lihat ialah hasil percukaian tersebut dapat dipulangkan nilainya kepada rakyat secara berkesan dan jelas. 

Kembalikan subsidi petrol dan dasar pendidikan yang lebih murah harus juga dilaksanakan kerana pendidikan adalah penting untuk halatuju rakyat dan negara untuk menjadi maju dan tinggi dayasaing. 

Malaysia kembali tercorot dan ketinggalan 10 tahun ke belakang berbanding negara jiran sejak era Paklah hingga sekarang. Pembangunan hanya lebih kepada pengkhianatan dan penggadaian asset negara kepada warga asing. 

Hak milik kekal memang mereka tak bawa balik tanah ke negara asal mereka tetapi sedikit demi sedikit ia akan jadi umpama Belanda Minta Tanah dan akhirnya negara namanya Malaysia tapi tuannya adalah China dan pelbagai bangsa. 

Yang kaya mendefinasikan indah khabar dari rupa,  yang derita dan papa kedana akhirnya rakyat dan paling bangsat dan geledangan adalah orang Melayu.  

Umno tidak perlu takutkan Melayu dengan DAP.
Di Pulau Pinang dan Selangor berapa banyak tanah kerajaan tergadai kekal oleh DAP. 
Sedangkan yang umno lakukan sekarang lebih berganda teruk dari DAP, PKR dan PAS. 

Yang lebih perlu rakyat takut yang pertamanya adalah umno,  keduanya umno,  ketiganya umno,  diikuti dengan umno dan yang kesepuluh barulah DAP. 

MCA dan MIC juga bacul, tidak patriotik, pengkhianat kerana bersekongkol dengan lanun secara terangan merompak duit rakyat.. 

Pelbagai isu digunakan untuk melagakan pemimpin pembangkang antaranya pertikaian Tun dan Dr Azizah (dibelakangnya Anwar)  menjadi Pengerusi Bersama Pakatan Harapan merupakan kerisauan yang paling besar sehingga RAMAI PEMIMPIN BN YANG CUKUP PRIHATIN DAN IKHLAS bersungguh mencadangkan lim kit siang sebagai Pengerusinya.. 

Apapun rakyat bersetuju jika SPRM terus menggempur pemimpin tanpa kira parti dan asal usul yang berkaitan rasuah dan seleweng, mereka perlu disisih untuk dipilih semula sebagai pemimpin. 

BN dan umno paling elok berhenti bercakap dari membuat pelbagai andaian dan helah dengan memburukan pembangkang sebaliknya adakan pilihanraya segera untuk melihat kebenaran mereka. 


# PAS TAK 



DAH TINGGAL GUSI, HOW TO DEBAT..

Seperti yang pernah (KD)  aku tulis,  kalau namanya umno, memang debat tak jadi..

Perangai pemimpin umno..
Dia cabar orang debat,  dia yang tak jadi..
Orang cabar dia debat.. Lagilah dia lari..

Yang dia boleh buat,  cakap dengan puak dia atau dengan tunggul... Gah le sangat






Press statement.. Sehala
Buat report... Yang buat report kena tangkap...

Cuma kesian yang di cawangan,  kena sebat dengan akar umbi bila tak dapat jawab isu..
1MDB.. berniaga tak ada untung,  hutang dah habis bayar,  mana ambik duit????
Satu bala lagi nak jawab..

Jadi puak yang nak berimpian..
Yang ingin mencabar..
Lupakanlah..
Bertaubatlah..

Dalam umno yang paling garang adalah Nazri,  tapi Tun dah cabut giginya, tinggal gusi.


Kikikiki

Mat Lena



JAWAPAN YANG PALING TEPAT

Biasalah,  bayang sendiri pun disangkanya hantu.. 
Mengaku direct macam tu kan lagi senang.. 
Kalau perlu,  Nazri boleh berehat diIndia seminggu dua lagi,  tak perlu pulang segera.. 


Cadangan Johari supaya debat dibuat dihotel juga cerita karut,  Polis ada kuasa waima dalam kelambu.  Sebaiknya buat di dewan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. 



Saturday, April 1, 2017

DEBAT SAMA BAHAYA DENGAN TSUNAMI

Sebagai penduduk Shah Alam aku rasa bersyukur dan cukup bangga dengan tindakan PDRM yang telah membatalkan satu perdebatan Yang Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Nazri. 

Ini bagi mengelakan satu malapetaka dan bencana yang paling buruk dalam sejarah negara dari berlaku.

Semoga demokrasi negara kita terus subur dan bukan sahaja perdebatan patut dihalang malah ceramah umum, berkumpul lebih dari dua orang dan tulisan yang mengkritik kerajaan harus dihentikan sama sekali. 

Penjawat awam dan guru guru misalnya harus dikawal pergerakan mereka selepas waktu pejabat atau dikenakan tahanan dalam rumah. 

PRU juga perlu dikaji semula samada sesuai diterus-adakan atau tidak kerana kesejahteraan dan kebajikan rakyat telah pun dijaga dengan baiknya oleh kerajaan sekarang.  

Cubaan pembangkang dalam apa jua bentuk boleh disifatkan sebagai sabotaj kepada negara. 

Sekali lagi terima kasih atas kebijaksanaan pihak atasan PDRM yang sentiasa menyelamatkan berkali kali dan berbaloi. 
Jasamu dikenang! 

Malaysia akan sentiasa dipandang tinggi. 



SIAPA YANG KENA APRIL FOOL

KENYATAAN YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN, PRESIDEN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membuat kenyataan bahawa 1MDB telah membayar kesemua hutang jangka pendek dan jangka panjangnya berjumlah RM3 bilion sepanjang dua tahun lalu. Kenyataan ini sengaja dibuat untuk mengelabui mata rakyat seolahnya 1MDB telah terlepas daripada segala bebanan hutangnya.

Apa yang tidak dijelaskan oleh Najib ialah berapakah baki keseluruhan hutang dan tanggungan 1MDB pada masa ini? Pada tahun 2014, keseluruhan hutang dan tanggungan 1MDB berjumlah RM42 bilion dan meningkat kepada RM50 bilion pada tahun 2016.

Najib juga tidak menjelaskan jumlah semasa komitmen bon  1MDB yang ditanggung oleh kerajaan. Komitmen ini biasanya dikelaskan sebagai tanggungan kontinjen oleh kerana bon tersebut dijamin kerajaan. Najib gagal menjelaskan adakah 1MDB mempunyai sumber kewangan sendiri yang mencukupi untuk membayar kesemua hutang piutang ini tanpa bantuan daripada kerajaan.

Antara tanggungan 1MDB yang dijamin oleh kerajaan ialah bon sukuk berjumlah RM5 billion yang akan mencapai tempoh matang pada tahun 2039, bon sukuk berjumlah RM2.4 billion untuk Bandar Malaysia dan pinjaman daripada PERKESO berjumlah RM800 juta yang perlu dijelaskan keseluruhannya pada tahun 2022.

Selain itu, 1MDB juga mempunyai komitmen untuk melangsaikan USD3 billion dollar bon antarabangsa yang akan matang pada tahun 2023 dan sejumlah USD6.48 billion dollar komitmen hutang dalam pertikaian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya Aabar Investments PJS.

Bagaimana hutang-hutang ini akan dibayar oleh 1MDB? Dari manakah 1MDB akan menjana sumber pendapatannya untuk membayar kesemua hutang ini setelah aset-aset strategiknya dijual dan wang miliknya berjumlah berbilion ringgit dilaporkan hilang?

Najib juga menyebut dalam kenyataan bertulisnya kepada Parlimen bahawa 1MDB telah menjelaskan hutangnya dengan Marstan Investments N.V berjumlah RM2 billion pada bulan April tahun lalu. Apakah identiti syarikat ini dan siapakah pemiliknya? Apakah kaitan syarikat ini dengan Marstan Investments N.V LLC, sebuah 'shell company' yang ditubuhkan di Nevada pada tahun 2007 dan dibatalkan pendaftarannya pada bulan Mei 2013?

Bagaimana pula dengan wang 1MDB yang dinyatakan secara jelas dalam Laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat telah dimasukkan ke dalam akaun Malaysian Official One dan orang-orang yang rapat dengan Najib? Ini termasuk:

(a) Sejumlah USD700 juta yang dimasukkan ke akaun Good Star Limited milik Jho Low di RBS Coutts Bank, Switzerland pada 30 September 2009. Menurut Laporan DOJ sejumlah USD400 juta daripada wang ini telah digubah secara haram ke Amerika Syarikat dan digunakan untuk kepentingan Jho Low dan rakan-rakannya.

(b) Sejumlah USD330 juta lagi wang 1MDB yang dimasukkan ke akaun Good Star Limited milik Jho Low antara 20 Mei dan 25 Oktober 2011. Berdasarkan rekod perbankan JP Morgan Chase, antara bulan Februari dan Jun 2011, sejumlah USD24.5 juta telah dimasukkan ke satu akaun di Riyadh Bank milik seorang 'Putera Raja Saudi' dan sejumlah USD20 juta daripada wang ini telah dipindahkan ke akaun milik Malaysian Official One di AmBank Private Banking, Kuala Lumpur.

(c) Antara bulan Mei dan Disember 2012 Sejumlah USD1.1 bilion wang 1MDB yang diperolehi menerusi terbitan bon untuk membiayai pembelian Tanjong Energy dimasukkan ke akaun Blackstone milik Eric Tan Kim Loon, seorang rakan Jho Low, di Standard Chartered Bank Singapura. Sejumlah USD473 juta daripada wang ini telah dimasukkan ke akaun Vasco Investment Services milik Khadem Al-Qubaisi di Bank Rostchild, Luxemborg, USD66.6 juta dimasukkan ke akaun milik Mohamed Al- Husseiny di BHF Bank, Frankfurt dan USD30 juta dimasukkan ke akaun milik Malaysian Official One di AmBank Private Banking, Kuala Lumpur.

(d) Antara bulan Jun dan November 2012, sejumlah USD238 juta wang 1MDB telah dipindahkan daripada Akaun Aabar-BVI Switzerland kepada akaun milik Riza Aziz, anak tiri Najib. Wang ini telah digunakan oleh Riza untuk membiayai penerbitan filem lucah “Wolf of the Wall Street” dan membeli hartanah mewah di Amerika Syarikat dan United Kingdom.

(d) Pada tahun 2013, sejumlah USD1.26 bilion daripada USD3 bilion hasil bon yang diterbitkan untuk melabur dalam Abu Dhabi Malaysia Investment Company (ADMIC), iaitu syarikat usahasama antara 1MDB dan Aabar, telah dipindahkan secara haram ke akaun Tanore Finance Corporation milik Tan Kim Loon. Antara 21 dan 25 Mac 2013 sejumlah USD681 juta atau RM2.6 bilion telah dipindahkan daripada akaun ini ke akaun milik Malaysian Official One di AmBank Private Banking, Kuala Lumpur. Daripada jumlah ini, sejumlah USD620 juta telah dipulangkan semula ke Akaun Tanore pada 26 Ogos 2013. Menurut Laporan DOJ, wang ini telah digunakan oleh Jho Low dan Eric Tan untuk membeli lukisan-lukisan mahal dan kepentingan di dalam Park Lane Hotel, New York. 

Saya ingin bertanya kepada Najib, adakah ini wang yang dikatakan telah dipulangkan kepada “penderma Arab Saudi” ketika saya mengajukan soalan tentang ke mana perginya baki wang RM2.6 bilion dalam akaun beliau dua tahun lalu?

Nampaknya, lebih banyak persoalan yang mesti dijawab oleh Najib. Sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang mempunyai kuasa penuh dalam membuat keputusan mengenai setiap komitmen kewangan 1MDB, beliau bertanggungjawab untuk membuat penjelasan secara menyeluruh, jujur dan telus kepada rakyat.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

1 April 2017

6ANGKA