Pecacai tentunya tidak sabar untuk melihat kekechohan kerajaan Azmin selepas PAP tetapi nyata ia tidak berlaku.
Pemimpin pembangkang juga bersahaja tanpa menunjukkan kebimbangan.
Seperti yang diduga dan diyakini penyokong pembangkang, jika PAS turut serta, BN pasti mudah ditumbangkan dan beberapa negeri akan difaraid untuk ditadbir antara sesama parti.
Jika MSU membuat kesilapan berganda meluluskan putus hubungan dengan PKR dan BERSATU.
Untuk menang, PAS tiada pilihan, kena bekerjasama dengan umno dan berdepan dengan satu lagi proses perundingan yang memeritkan.
Jika pertandingan tiga penjuru berlaku, PAS akan dikenang SEJARAH MALAYSIA MODEN sebagai parti yang sanggup diperalatkan oleh musuh tradisinya, umno.
Sungguh malang dan kasihan!