Tuesday, May 30, 2017

Monday, May 29, 2017

BOLEH BANTU TAK TANPA IMBUHAN...

Ada sesiapa yang boleh bantu,  bantu dengan ikhlas,  tanpa imbuhan.. 

Bantu nyatakan,  senaraikan fakta 1MDB yang boleh dibanggakan dan peranan PM sehingga ia begitu "sukses"..

Sangat penting,  sebab cuti raya nanti balik kampong,  kalau makcik bedah tanya,  paksu mat soal,  boleh gak aku jawab. 


Anyone!!! 



Saturday, May 27, 2017

CAKAPLAH BENAR WALAUPUN SEKALI

Tak best kalau selalu bercakap bohong dan kantoi pula tu di bulan Ramadhan.. 



Friday, May 26, 2017

TULIS BUKU DAP BAHAYA, SELESAIKAH MASALAH MELAYU DAN ISLAM (?)

Ramadhan Pertama


Nak tanya sikit,  di mana patriotiknya  negara ini diuruskan oleh umno dengan cara kekal,

pertahankan dan tingkatkan kepentingan Melayu dan Islam.
(Jawab dengan hujah,  bagi fakta sikit.)


Bukan sahaja cara baru,  pendekatan baru tetapi jiwa baru Melayu dan Islam pun tidak kelihatan,  masih ditakok lama,  sekadar mewarisi apa yang sudah dilakukan terdahulu.
(Tak payah sebut le kalau benda tu hanya ditokok tambah dari apa yang pernah dibuat sebelum ini) 

Peluk pak arab walau 7 kali dalam masa sebulan pun  bukan tanda Islamik.. 


Cukup ke riuh rendah RUU355 yang sekadar dapat dibentang menjadi kebanggaan (?) dan cukup ke sekadar tulis buku, DAP Bahaya dapat mempertingkatkan Melayu dan Islam.. 


Setakat tu saja ke (?)
Jangan emo,  cer citer dengan fakta.. 




# Sewajarnya DAP mengambil tindakan undang2 terhadap penulis dan puak2 tertentu.. 
Bagaimana nanti kalaulah seorang cina tulis pula buku BAHAYA UMNO DAN LOBAI? 

Kenapa sesuatu yang menggugat perpaduan dan isu perkauman lagi sensitif seolah sengaja dibenarkan, apa motif? 

Thursday, May 25, 2017

ANDA TANYA #NAJIB JAWAB# ELOK BUAT

Bukan sahaja pada bulan Ramadhan, tetapi setiap bulan,  setiap tahun dan selama hayat dikandung badan kena buat benda baik yang disuruh Allah dan tinggalkan segala kemungkaran. 

Kalau bahasa ayat tersebut di arabkan sikit baru nampak Islamik,  begitulah kita dikelirukan oleh sesetengah pihak sedangkan maksudnya sama.. 

Berbalik kepada keutamaan Ramadhan, tetap tidak dapat menghalang cakap dan politik berterusan malah kemungkinan lebih hebat lagi. 

Antara perkara mengelakan fitnah berterusan terhadap PM tercinta dan kerajaan adalah mengadakan dialog terbuka secara langsung, telus dan santai antara rakyat dengan PM dan Menteri. 


Seharusnya pemimpin pembangkang terutama yang bukan ahli parlimen,  ngo dan individu turut dijemput hadir untuk berdialog dalam keadaan sopan dan terkawal.  Sudah tentu majlis ini perlukan moderator team yang tested dan berpengalaman. 

Ala rosyam nor,  ala mat over,  ala david teoh wajar ditiadakan. 

Jika keberanian dan keterbukaan ini dapat dilaksanakan,  sudah tentu kerajaan dapat menangkis banyak perkara.  Kesilapan dan kelemahan kerajaan memang ujud tetapi berlapang dada lah dengan teguran rakyat selari dengan pemimpin tahu semua,  betul semua sudah berakhir. 

Jika sekadar cakap sehala,  bantai pembangkang,  bantai Tun - rakyat dah bosan. Rakyat nak lihat persembahan dan pendekatan baru. 

Ini cakap hari Junaat. 



Wednesday, May 24, 2017

BUATLAH SIKIT KEJUTAN PADA CALON PM PAKATAN HARAPAN.. NAMA NAMA SEPERTI ANWAR, MAHATHIR DAN MUHYIDDIN SUDAH STEREOTYPE WALAUPUN LEBIH BAIK DARI NAJIB

Apabila Anwar di"sepanduk"kan PM7 di Kongress PKR,  nyata ia hanya strategi dan psikolohi politik untuk memastikan mereka yang suka dan setia pada Anwar terus menyokong  PKR berketuakan Wan Azizah dan Azmin. 

"Anwar" jadi penyejuk kepada yang tidak sebulu sesama mereka atas nama semuanya kroni Anwar. 

Setiap parti tentu ingin mencalonkan pemimpin masing masing bagi menerajui selamatkan negara dan seterusnya memajukan negara dan mensejahterakan rakyat. Banyak halatuju dan polisi negara sekarang perlu diperbetulkan. 

Setiap calon berkelayakan dan perlu dihormati. Tidak ada yang tidak bersetuju tetapi permuafakatan akan menghasilkan yang terbaik. 

Sudah tentu Anwar tidak mungkin PM7 cuma keberangkalian PM8 atau seterusnya. Tun Mahathir tidaklah gagal matematik untuk meng"ia"kan dan dipersenda kemudiannya kalau turut mengangkat sepanduk.

Psikologinya yang tidak menyokong atau tidak suka Anwar akan terus sokong BERSATU kerana pendirian yang berkecuali. 

Jadi,  PM7 masih lagi kosong...  Kekosongan menjadikan parti lawan masih kebingungan untuk menyusun strategi menyerang pemimpin yang dinamakan. 

Kenapa tidak Shafie Apdal dinamakan (?)
Keluar dari tradisi dan kotak pemikiran biasa.. 



LOBAI MINTA MAHATHIR TAUBAT..

Lobai politik dia langgar semacam je untuk mengingatkan pihak lain, angkuh dan sombong, di mana ciri ciri kutbah..  (?)


Please excuse me.


# Besok Jumaat,  aku cadangkan lobai tersebut berehat sekejap dari minda politik,  fokus bagaimana corak dan isi kutbah disampaikan secara indah.


Pendedahan Chegu Bard bikin madani goyah

Najib razak didapati bersalah dan dihukum - selesai. Diberi pengampunan oleh Agong Sultan Pahang dan didakwa  ada addendum Pertanyaan telah ...