Sunday, June 11, 2017

APA NASIB EXCO PEMUDA UMNO?

Apa nasib exco pemuda umno kalau adakan sidang akhbar minta Najib jangan lari kalau Di ajak berdebat oleh Tun dan kalau dia minta najib jangan jadi orang bisu berminggu minggu tentang 9.5j yang dibayar kepada Shafee Abdullah dari akaun peribadi.

Agak agak berapa tinggi Kj akan melompat?

Apapula agaknya nasib exco wanita umno kalau dia adakan sidang akhbar minta Rosmah jelaskan tentang isu shopping sakan di luar negara?

Agak2 berapa orang agaknya pemimpin umno terjun bangunan melatah?




Pecacai elok tumpu isu dalam kain sendiri pun masih banyak,  elok cuci dulu sebelum PRU








Saturday, June 10, 2017

ISA, YOU ARE NOT ALONE..

Pada peringkat awal,  ramai memberi gambaran di belakang Zakaria adalah Shahril,  sebab tu dia berani sangat... 

Telahan Zakaria dan ramai lagi,  Isa akan kecundang kali ini... Kononnya ramai dah tak suka dia. Malah Isa dikatakan penyebab segala masalah kerugian kepada Felda dan FGV... Perkembangan mutakhir FGV... Semua itu meleset. 
Isa lebih selamat dan baik dari sebelumnya lebih lebih lagi pejabatnya tidak disentuh pun oleh SPRM... 

Isa tidak akan di apa-apakan kerana Isa adalah paha kanan yang tidak mungkin dicubit. 




Apakah segala tindakan SPRM juga terhenti sekadar Zakaria akan berundur jika itu atas kehendak PM (?)

Apakah Zakaria fikir dia sudah bersih sekadar mengikut kehendak PM dan tidak wajar dikenakan apa apa tindakan (?)

RM780 SETIAP PENEROKA, KEMELUT FGV SELESAI SEBELUM AIDILFITRI

Semua sudah dirancang rapi. 

SPRM hanya serbu dan selongkar pejabat Zakaria,  yang lain semua bersih. 

Friday, June 9, 2017

KENA TAHU DOSA KECIL DAN BESAR TETAP DOSA TAPI ADA BEZANYA..

Aku sokong pecacai yang siang malam sedang mencari salah laku lim guan eng dan azmin, kalau boleh kejar sampai ke lubang cacing. 

Tapi janganlah sekadar bising tanpa bukti,  lagipun guan eng dan azmin bukannya kebal dan kalis undang-undang dan mereka pun tak cukup wang nak beli semua orang. 

Buatlah kerja suci mulia itu hingga guan eng dan azmin terseret ke mahkamah dan jadikanlah modal politik untuk rampas pulau pinang dan selangor kalau rakyat berkenan. 

Tetapi semua itu jangan ingat berbaloi dan boleh halalkan skandal terbesar dunia. Itu bangkai gajah beb.. Mana boleh rakyat lupa,  bau makin menular satu demi satu.. Nak minta maaf pun sudah tertutup. 

Tetapi puak pecacai ni aku yakin sangat, tulis dan sokong sebab masyuuukkk, bukan pasal kebenaran pun. Mereka ini golongan yang tidak mati,  hidup selamanya sebab tu tanah kubur tak jadi peringatan dan takut. 

YES OR NO, ITUPUN SUSAH KE..

Pemimpin kalau bercakap sehala depan kaumnya ampusana ampusini bukan main lagi, berdegar degar,  am i alone?  Puhhhbh lagakkk

Peguam hebat pun,  kalau menang kes,  wartawan belum sempat buka mulut,  dah menceceh.. 

Berbeza dengan Tun Dr Mahathir,  tanyalah apa sahaja isu,  walaupun isu baru viral lima minit,  spontan sahaja dia jawab,  tanyalah apa pun saolan,  tak adalah melenting nak saman wartawan kerdil... 

Pemimpin berkaitan,  malu le sikit,  kalau nak jawab yes or no pun gelabah... Dua minggu beb membatu. 


Thursday, June 8, 2017

ANWAR BERTINDAK SEBELUM PENAFIAN

Seperti pandangan admin sebelum ini,  laporan SR berhubung pembayaran 9.5J Najib kepada Shafee yang belum dinafikan adalah perkara baru yang boleh dijadikan asas kepada anwar untuk memohon kepada mahkamah supaya mengkaji semula kesnya liwat II. 

Bagaimanapun pendekatan anwar lebih advanced dengan memfailkan saman pemula ke atas kerajaan yang lebih memberi kesan, implikasi dan keberuntungan selain dari keadilan. 

Kurang pasti samada ini bermaksud Najib tiada pilihan untuk tetap kena hadir ke mahkamah dan inilah yang ditunggu sekian lama oleh para peguam anwar dan majoriti rakyat. 



DAH TAK ADA IDEA LAIN KE APA..

PH bertelagah tentang calon PM..
Tu je lah yang dok copypaste ulangtayang blogger pendedak..
Aku nak ketawa berdekah dekah sampai berapa kali????

Aku cadangkan pemimpin PH cubalah kunci mulut,  ikat kakitangan seminggu dari hal politik... Boleh jadi puak ni kebulur sebab dah tak ada bahan nak tulis..

Isu FGV yang sedang melanda sekarang antara isu terbaru selain 9.5J seperti laporan SR sudah cukup memberi kesan moral yang negatif dan rendah menjadikan serangan mereka tumpul.

Jangankan rakyat bandar,  makcik peneroka pun dah tak makan temberang mereka.

6ANGKA