SEBELUM INI NAZRI KECUNDANG DI TANGAN MAHATHIR, KALI NI DENGAN ORANG SARAWAK...
Semasa paklah menjadi MO1, harga petrol dinaikkan melantun berganda yang belum pernah terjadi sebelumnya, masa zaman mahazalim, diktator dan firaun pun tidak pernah terjadi.
Alasannya ialah untuk dibelanjakan menambakbaik infrastruktur, rupanya untuk melengkap dan membangunkan tingkat empat supaya lebih berkuasa dan berpengaruh...
Kali ini idea auta yang sama diguna oleh Nazri dalam menghalalkan kenaikan cukai perlancongan dengan tujuan yang sama, membangunkan infrastruktur perlancongan dan dana untuk mempromosi Malaysia di luar negara.
Apakah produk " kelepektasi " belum cukup mempopularkan Malaysia secara percuma!!!!
Apapun jawapan dari Perlancongan Sarawak dan Pemuda BN Sarawak sangat tepat untuk mengajar Menteri Persekutuan supaya lebih beradab..
Kenyataan Media Pengerusi Pemuda BN Sarawak & Ketua Pemuda PBB Sarawak
1. Pemuda BN Sarawak mengecam kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz terhadap Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Karim Abdul Rahman Hamzah, yang kasar dan tidak melambangkan semangat kekeluargaan dalam Barisan Nasional (BN).
2. Tindakan melabelkan Menteri Sarawak itu sebagai setahun jagung dan masih budak lagi adalah satu penghinaan terhadap Datuk Karim yang telah diberi kepercayaan oleh pucuk kepimpinan negeri untuk menerajui kementerian berkenaan di peringkat negeri.
3. Sebagai sebuah keluarga besar dalam BN apa juga isu terutama menyentuh sensitiviti rakyat di mana-mana peringkat, seharusnya ditangani secara musyawarah dalam semangat BN dan bukannya menerusi kenyataan umum atau menerusi hebahan media, kerana ia boleh mencetuskan kemarahan nitizen.
4. Jika ada isu-isu yg hendak dijelaskan, maka ianya harus dilakukan secara baik dan berhemah dan bukannya dengan memperlekehkan sesama pemimpin dalam parti komponen yang sama.
5. Pemuda BN Sarawak berpendirian bahawa semangat saling menghormati dan permuafakatan antara pemimpin dalam parti komponen harus diutamakan dengan sebarang perbezaan pendapat mestilah diselesaikan dalam saluran parti yang harmoni.
6. Kita boleh berbincang, berbeza pendapat dan seterusnya mengambil kesempatan itu untuk bermuafakat bagi mendapatkan penyelesaian terbaik kepada semua perkara.
7. Tindakan melabelkan sesama kita sebagai 'samseng' juga tidak wajar sama sekali kerana ia bukan sahaja satu penghinaan kepada individu terbabit malah boleh menjejaskan imej parti, apa lagi samseng bukanlah budaya dalam BN, apatah lagi dalam PBB.
8. Dalam berdepan apa juga isu Pemuda BN Sarawak berpendirian, yang paling utama ialah semangat dalam sebuah keluarga besar iaitu keluarga BN, parti yang telah diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat, perlu dijunjung dan dipertahankan.
Dato' Sri Fadillah Yusof
Pengerusi Pemuda BN Sarawak
Merangkap Ketua Pemuda PBB
(12 Jun 2017)
# ISU FGV DAN CUKAI PERLANCONGAN TIDAK MAMPU MENGALIHKAN PANDANGAN RAKYAT KE ATAS ISU 9.5J, 90J, 2.6B, 1MDB DAN BANYAK LAGI...
MALAH IA AKAN JADI MENU POPULAR AIDIL FITRI UNTUK DIBUALKAN KELAK DI KAMPONG DAN FELDA... ANAK² DARI BANDAR AKAN KEMASKINIKAN INFO PADA MAKCIK²
Monday, June 12, 2017
Sunday, June 11, 2017
INI UNGKAPAN SESAMA MEREKA, MANA SATU PUS MANA SATU PIS
# Jika atas ilmu dan amalan mereka menjadi ulama yang hanya takut pada Allah, berapa kali tukar kerajaan pun, rakyat akan sokong ulama dan tidak menjadi masalah.
Tetapi jika mereka menjadi ulama atas LABEL dan bersekongkol dengan pemerintah, mereka jugalah yang turut mencuri bersama pemimpin kerajaan. Itu yang menambahkan masalah.
APA NASIB EXCO PEMUDA UMNO?
Apa nasib exco pemuda umno kalau adakan sidang akhbar minta Najib jangan lari kalau Di ajak berdebat oleh Tun dan kalau dia minta najib jangan jadi orang bisu berminggu minggu tentang 9.5j yang dibayar kepada Shafee Abdullah dari akaun peribadi.
Agak agak berapa tinggi Kj akan melompat?
Apapula agaknya nasib exco wanita umno kalau dia adakan sidang akhbar minta Rosmah jelaskan tentang isu shopping sakan di luar negara?
Agak2 berapa orang agaknya pemimpin umno terjun bangunan melatah?

Pecacai elok tumpu isu dalam kain sendiri pun masih banyak, elok cuci dulu sebelum PRU
Saturday, June 10, 2017
ISA, YOU ARE NOT ALONE..
Pada peringkat awal, ramai memberi gambaran di belakang Zakaria adalah Shahril, sebab tu dia berani sangat...
Telahan Zakaria dan ramai lagi, Isa akan kecundang kali ini... Kononnya ramai dah tak suka dia. Malah Isa dikatakan penyebab segala masalah kerugian kepada Felda dan FGV... Perkembangan mutakhir FGV... Semua itu meleset.
Isa lebih selamat dan baik dari sebelumnya lebih lebih lagi pejabatnya tidak disentuh pun oleh SPRM...
Isa tidak akan di apa-apakan kerana Isa adalah paha kanan yang tidak mungkin dicubit.
Apakah segala tindakan SPRM juga terhenti sekadar Zakaria akan berundur jika itu atas kehendak PM (?)
Apakah Zakaria fikir dia sudah bersih sekadar mengikut kehendak PM dan tidak wajar dikenakan apa apa tindakan (?)

Friday, June 9, 2017
KENA TAHU DOSA KECIL DAN BESAR TETAP DOSA TAPI ADA BEZANYA..
Aku sokong pecacai yang siang malam sedang mencari salah laku lim guan eng dan azmin, kalau boleh kejar sampai ke lubang cacing.
Tapi janganlah sekadar bising tanpa bukti, lagipun guan eng dan azmin bukannya kebal dan kalis undang-undang dan mereka pun tak cukup wang nak beli semua orang.
Buatlah kerja suci mulia itu hingga guan eng dan azmin terseret ke mahkamah dan jadikanlah modal politik untuk rampas pulau pinang dan selangor kalau rakyat berkenan.
Tetapi semua itu jangan ingat berbaloi dan boleh halalkan skandal terbesar dunia. Itu bangkai gajah beb.. Mana boleh rakyat lupa, bau makin menular satu demi satu.. Nak minta maaf pun sudah tertutup.
Tetapi puak pecacai ni aku yakin sangat, tulis dan sokong sebab masyuuukkk, bukan pasal kebenaran pun. Mereka ini golongan yang tidak mati, hidup selamanya sebab tu tanah kubur tak jadi peringatan dan takut.

YES OR NO, ITUPUN SUSAH KE..
Pemimpin kalau bercakap sehala depan kaumnya ampusana ampusini bukan main lagi, berdegar degar, am i alone? Puhhhbh lagakkk
Peguam hebat pun, kalau menang kes, wartawan belum sempat buka mulut, dah menceceh..
Berbeza dengan Tun Dr Mahathir, tanyalah apa sahaja isu, walaupun isu baru viral lima minit, spontan sahaja dia jawab, tanyalah apa pun saolan, tak adalah melenting nak saman wartawan kerdil...
Pemimpin berkaitan, malu le sikit, kalau nak jawab yes or no pun gelabah... Dua minggu beb membatu.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Perkhidmatan Doa, Solat Hajat & Bacaan Al-Quran
خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ "Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain" (HR Ibn Hibban) Perk...
-
Selera pemimpin ketiga-tiga parti ini lebih cocok, sama perangai. Usaha ke arah ini harus disegerakan sebelum rakyat lebih menyokong Tun se...
-
Umpan rafizi dan team sudah mengena, ada pemimpin lain yang memberi komen.. Inilah yang mereka mahu dan nantikan. Kalau...
-
Two days ago, I had the good fortune to spend some time in the company of the Honourable Former Prime Minister of Malaysia. He ...