Di hujung ramadhan ni, elok sangatlah kita bermaaf-maafan.
Mcm tadi saya ke bank, bank pun minta maaf dgn saya.
*MAAF BAKI AKAUN ANDA TIDAK MENCUKUPI.*
Saya pun maafkanlah...😬
Monday, June 19, 2017
YANG TINGGAL DALAM UMNO MAKIN TAK CERDIK..
KENYATAAN MEDIA KETUA PEMUDA UMNO PAHANG
Jika dakwaan bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad sanggup membayar USD 5 juta kepada Yayasan Clinton semata-mata untuk tujuan dan agenda politiknya; iaitu supaya DoJ membuat pengumuman berkenaan 1MDB adalah benar, ia merupakan satu pengkhianatan dan jenayah berat kepada negara.
Mungkin jika dibandingkan dengan kekayaan anak-anak beliau yang diperolehi semasa zaman pentadbirannya, USD 5 juta itu adalah jumlah yang kecil, tetapi saya masih sangsi daripada sumber manakah beliau mendapatkan duit tersebut, adakah dengan duit anak-anaknya atau pun duit beliau sendiri hasil yang dikumpul sendiri semasa beliau mentadbir yang dikatakan sangat 'bersih' ataupun duit parti baharu beliau.
Adakah ahli dan penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) rasakan tindakannya memberikan USD 5 juta kepada Yayasan Clinton, satu yayasan luar yang tiada kepentingan adalah tindakan yang adil buat mereka?
Jika benar semua tindakan Tun M kini adalah untuk membela nasib rakyat, mengapa tidak menggunakan USD 5 juta ; jumlah yang sangat besar itu untuk membantu rakyat yang miskin dan memerlukan kerana saya percaya USD 5 juta itu dapat membantu ramai orang.
Jika perbuatan Tun M ini tidak dipersoalkan saya tidak tahu dimana lagi rasional pemikiran penyokong PPBM dan pembangkang dalam menegakkan kebenaran.
Kini saya dan rakyat Malaysia mula sedar, mengapa hari demi hari semakin banyak akar umbi parti baru itu kecundang dan keluar parti dengan alasan kepincangan pucuk pimpinan, kerana mereka mula sedar perjuangan pengerusinya bukanlah satu perjuangan untuk rakyat, sebaliknya hanya untuk melindungi diri, dendam dan hanya satu lakonan yang semakin menampakkan kebenarannya.
SHAHAR ABDULLAH
18 Jun 2017
# Yang nak jadi calon pilihanraya inilah masa menyalak dan tunjuk kebodohan, itu ciri utama untuk terpilih selain dari setia membabi butatuli.

Sunday, June 18, 2017
ANGAN ANGAN TINGGI NAK TAWAN SELANGOR TETAPI BOLEH KE STRATEGI BUDAK TADIKA @ RACIST DIGUNAPAKAI... .
Membaca satu monolog orang kuat Noh Omar menjadikan aku lebih yakin strategi tawan Selangor elok diserahkan kepada Jamal Sekincan.
Lagipun ada urusan yang belum selesai antara Azmin dan Jamal. Biarlah MB bertemu buku dengan ruas dengan calon bakal MB yang lebih sesuai.
Renungan Bersama...
*"Siapa kuasai dapur, dia menguasai menu"*
Ramadhan mengingatkan kita tentang pelbagai menu juadah sajian makanan untuk berbuka puasa dan bersahur.
Ada orang sanggup membayar sehingga beratus ringgit untuk menikmati buffet ramadhan di hotel-hotel terkemuka.
Siapa yang menentukan menu juadah yang disediakan itu? Pastinya ia datang dari siapa yang menguasai 'dapur' di hotel itu. Hanya mereka yang akan memasak sesuatu juadah lebih tahu apa dan bagaimana juadah itu bakal disediakan.
Ini mengingatkan saya pada realiti politik dalam negara kita. Dasar tadbir urus negara umpama menu juadah yang ditentukan oleh siapa yang menguasai parlimen. Institusi Parlimen negara umpama "dapur" untuk memasak. Siapa yang menguasai dapur, dia akan menguasai menu. Begitu jugalah siapa yang menguasai Parlimen, dia akan menguasai apakah 'menu' yang akan menjadi citarasa kesukaannya dan bagaimana ianya akan disediakan. Melihat kepada realiti yang berlaku di negeri Selangor yang meletakkan jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri dikuasai oleh DAP, maka kita dapati menu juadah yang menjadi citarasa tadbir urus negeri ditentukan oleh DAP.
Begitulah juga sekiranya Pakatan Harapan diberi mandat untuk mentadbir negara. Jawatan sebagai Perdana Menteri mungkin diserahkan kepada calon melayu, namun jawatan sebagai Speaker Parlimen pasti akan dipegang oleh DAP. Ini menjadikan perjalanan halatuju dasar perundangan negara akan berjalan menurut kehendak DAP!
Apakah akan ada agenda memartabatkan Islam oleh DAP sebagaimana yang mereka lakukan di Selangor? Walaupun sudah 2 penggal menjadi kerajaan, namun rakyat Selangor masih tidak menikmati sajian menu yang islamik dari kerajaan negeri kerana "dapur"nya dikuasai oleh DAP.
Rakyat pastinya akan dihidangkan dengan apa yang menjadi 'menu' kesukaan DAP yang pastinya membenci islam, perkauman yang anti melayu & bumiputera, kebebasan atas nama hak asasi manusia, dan pelbagai menu baru yang bakal disajikan oleh mereka mengikut citarasa dan kehendak mereka.
Jika kita rela menu tradisi kita hilang digantikan dengan menu baru, maka rakyat akan memilih Pakatan Harapan sebagai kerajaan pada PRU nanti. Ibarat kita beraya tanpa ketupat lemang, rendang dan dodol serta pelbagai juadah tradisi dihari raya, itulah yang akan berlaku jika "dapur" kita dikuasai oleh mereka.
Pertahankan Institusi Parlimen dari dikuasai oleh DAP! *Kembalikan* Dewan Undangan Negeri Selangor kepada BN supaya *menu Islam dan melayu akan kembali subur* dipertahan oleh UMNO bersama BN.
Selamat meneruskan pecutan akhir kita dalam bulan ramadhan ini.
Salam perjuangan,
*Dato' Hj Zein Isma Bin Hj Ismail*
Ketua Penerangan UMNO Selangor /
Ketua UMNO Bahagian Subang
Ahad 18 Jun 2017; 16:48hr
Bukit Antarabangsa
# Apakah Zein Isma menganggap Sultan Selangor sebagai Ketua Ugama Islam di Selangor gagal (?)
# Siapa Speaker DUN Perak Sekarang (?)
# Siapa menguasai Pulau Pinang sebelum ini (?)
Tak terasa ke tepuk air di dulang (?)
Tak terasa ke ludah air ke langit (?)
Tak terasa ke memaku dulang paku serpih (?)

Saturday, June 17, 2017
ROSMAH KENA TUNJUK KEPIMPINAN.. BERTINDAK
Masa bercakap dan menafikan tanpa modal (dengan air lior sahaja) sudah tamat. Masa untuk buktikan dengan bertindak...
Apapun komen Tuan Ibrahim sebagai tugasnya menasihati kerajaan sangat berbaloi dan berketepatan..
Masa untuk pihak berkuasa bertindak berani mencari kebenaran..
Saranan itu bukan baru, dah berbueh mulut rakyat mahu PDRM, BNM, SPRM, LHDN dan AG menjalankan tugas secara telus dan berani..
Friday, June 16, 2017
KALAU FITNAH, BERTINDAKLAH..
DOJ bukan setakat menuduh dan mendakwa tetapi membogelkan satu persatu..
Apakah sekeping surat dari AG menafikan secara dangkal boleh menyelamatkan maruah bangsa, ugama, rakyat dan negara.
Boleh kah sekeping kertas itu dapat menutup beberapa muka yang disabitkan dan bersubahat.
Kalau tidak boleh bertindak, biarlah rakyat percaya tuduhan itu 100% benar.
Apakah kerajaan berdoa siang dan malam mengharap rakyat ini supaya bodoh dan bangang untuk memahami dan menilai yang mana satu betul yang mana satu satu palsu.
# Hentikanlah isu isu remeh lain yang sengaja direka dan dibentuk, isu penamaan calon PM Pakatan Harapan, isu ahli keluar bersatu, isu budak mentah armada, isu dap perkudakan muhyiddin, isu FGV, isu seleweng kerajaan PP dan Selangor... Semua ini tidak mampu menutup skandal 1mdb dan rentetannya.

Subscribe to:
Posts (Atom)
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...