Bagaimana agaknya mereka tahu DAP bersalah sedangkan semua orang belum tahu isi kandungan surat ROS dan DAP bersedia menjawab atau menjelaskannya.
GAMBAR: Pecacai sudah bersiapsedia menyerang PH.... Takutnyaaaa...
Begitu juga dengan penubuhan RCI Forex, siasatan belum tamat, Tun Mahsthir tidak dipanggil, pembentangan laporan belum buat tapi menteri dan pemimpin umno dah tahu Tun bersalah.
Bukan sahaja menteri dan pemimpin, pecacai bawahan low class pun dah tahu siapa yang bersalah..
Logiknya, kes belum siasat, belum siasat tentulah belum didakwa atau belum tentu didakwa dan bila tidak ada pendakwaan, ertinya tiada lagi kes, belum ada kes, belum ada dakwa, belum ada mahkamah, belum ada hakim... Tiba tiba menteri, pemimpin, pecacai sudah menjatuhkan hukum salah.
Jangan tunjuk sangat gelabah tu..
# DAP kena semak semula, arahan datang dari mana sebenarnya sebab ada dua ROS di Puterajaya.