Kalaulah aku pecacai dan pendedak, pun aku tidak akan bersetuju dengan perancangan ini, satu lagi projek bodoh BN.
Dalam ketika umno sedang bermasalah dengan pelbagai isu terutama skandal 1mdb, sedang sakit, pendekatan yang sesuai ialah pi berubat, cari ubat, cari penawar, bukan pi cari dan tambah penyakit dengan penubuhan RCI Forex.
Satu dunia tahu itu motif politik untuk memburukan parti pembangkang dan Tun yang menerajui pertentangan terhadap Najib dan umno.
Apakah RCI itu menjadikan Tun takut, gentar dan terjejas??? Atau sekadar mengukuhkan lagi perjuangan Mahathir dan sebagai Pengerusi PH, sudah tentu menjadi tanggungjawab pakatan mempertahankannya.
Saolannya, jika RCI untuk forex kenapa tidak RCI untuk 1mdb ??
Mungkin juga boleh tanya Hadi, Mufti, Majlis Fatwa, antara Forex dan 1mdb mana satu yang lebih afdhal (?) untuk RCI.
Apakah Mufti Pahang buat² lupa untuk nasihatkan Pekan (?)
RCI Forex sekadar pembuka jalan, lambat laun 1mdb juga akan melalui pelbagai proses siasatan dan tidak mampu jalan² tikus dihapuskan..